Bismillahirrahmanirrahim....
Diam tak diam dan menunjukkan betapa occupiednya diriku ini, dah setahun lebih rupanya tak mencoret blogku ini...Lepas melayari blog kenalanku masa PTK, Deb(Wan Adibah Wan Ismail), hati meronta nak menulis juga, akibatnya hari ni diriku terpacak juga depan laptop dalam telekung...menyambung penulisan yang sepi buat sekian lama...
Tentu sekali dalam setahun terlalu bayak yang kulalui.. Paling signifikan, aku jadi terlalu sebok dengan tugas mengajar 21 jam kredit (kedua2 sem), Setiausaha Unit Kualiti Fakulti, siri2 perundingan ( Siri Kursus Pengurusan Rekod Perubatan - KKM dan swasta, Kursus SPSS, Seminar Postgrad, e-fatwa dll), menyedia dan mengurus MOU antara UiTM dan Kementerian Kesihatan (KKM), dengan Arkib Negara Malaysia dan dengan Pustaka Negeri Sarawak, Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC), Anugerah Kualiti Perdan Menteri (AKPM), International Conference on Legal Information & Records Mgt (ICLIRM)-sebagai Project Manager, AJK Pembentukan Kurikulum Sarjana Pengurusan Rekod, project Information Literacy - Training of Trainers tajaan UNESCO dan lain-lain. Sempat juga aku membentang paper di National Seminar on Records Managements di Akademi Audit Negara dan Seminar Bridging Digital Divide anjuran UKM-kecut juga sebaris dengan professor2, dr2-national & international-aku di tengah terasa begitu kecil sekali...
Namun banyak lagi plan aku yang belum terlaksana, terbengkalai termasuk menulis 2 buah buku yang telah dirancang, menganalisa data, menyiapkan 2 bua research yang masih dalam pembikinan ....ahhh masa...masa...
Dalam kesibukan dan kepenatan mengejar kerja yang tak habis-habis, Alhamdulillah Allah hadiahkan berita gembira, mulanya anjakan gaji (setelah berjaya dapat result Aras 4 dalam PTK lepas) dan disusuli berita naik pangkat DM52. Terima kasih wahai Tuhan yang Maha Bijaksana, Maha Adil dan Maha Tahu. Hanya padaMu aku bersyukur, berserah. Semoga aku akan lebih kuat keazaman mencapai cita-cita tertinggi yang tersimpan di sanubari..