Ahad, April 25, 2010

Pergerakan gaji DM52 P2

Alhamdulillah..baru ni K Tie bgtau aku dapat pergerakan gaji ke DM52 P2- tadi check maybank2u, ada beza RM3128.00. Alhamdulillah. Rasanya kenaikan sebanyak 500, diberi backdate dari bulan pergerakan gaji tahun lepas, Okt 2009. So, 5 bulan dapat backdate...Alhamdulillah...

Ahad-bertapa di Opis

Hari ni, kena ada kekuatan utk didi sendiri ..dgn apa cara sekali pun. Kali ni..cara menipu diri sendiri, masa bangun tidur, pujuk hati..bangun utk gi Gebbs Cross...smpai bilik air..mandi la terus..Bila dah siap , dah fresh, buat keputusan utk terus dtg opis,,tak yah gi Gebbs Cross...hmm dgn diri sendiri pun kena buat trick.. Utk pujuk diri, esok pg insya Allah gi Brighton...

Kena camni...Selasa, SV pasti expect kerjaku siap...tambahan 5 problem areas ke dlm proposal, plus, Islamic aspect...aduss.. tolonglah aku Ya Allah..biarlah ahari ni hari yang berhasil lumayan..Amiiiin...

Rabu, April 21, 2010

Semoga diberkati..tinggal sebulan lagi...

11pm. Salisbury East.

Malam sunyi sepi, kecuali suara adik Muhammad yang berkumandang dari bilik anak2 yang sedang tidur. Tadi, ruang tamu ini dipenuhi anak2 dan dewasa. Tadi, ruang ini menjadi medan majlis ilmu..anak2 mengaji dan kelas tajwid/fardhu ain, majlis biasanya dimulai dgn magrib berjemaah, diikuti mengaji quran, kelas dan diakhiri isyak berjemaah. Dua malam berturut2 ni, Mak Tok mencium & memelukku dgn erat sambil menangis sebak,dan membisikkan kata2 syukurnya...Esok malam, akan ramai lg yg akan datang, termasuk dari City Adelaide utk bacaan tahlil & Yasin..semoga rumah ini terus menjadi madrasah ilmu dan dilimpahi berkat...Amiin

Hari ni, agak lewat ke ofis..paginya, berpeluang bertemu & bersembang dgn Landlord kami, pasangan Italy yang dah berusia. mereka biasa datang 2 kali setahun utk bersihkan gutter rumah. Seronok bersembang dgn mereka..mesra..dan hampir pasti kami akan dapat menyewa lama d rumah mereka ini..rumah yang sangat selesa..besar..penuh carpet, 2 hall, 3 bilik, lawn luas dilengkapi pokok2 buahan - pear, epal, orange, grapefruit dan lemon. Musim pear dah berlalu-sungguh lebat buahnya, dan ternyata sedap dan manis. Kebangayakannya menjadi rezeki burung sebab pokok tinggi. Sekarang, orange pula sedang menguning..tunggu ranum..kata landlord, itu baka oren terbaik..sangat sedap..telah diakui org2 yg pernah makan. Epal pun dah besar2 tapi masih hijau. Grapefruit pun buah dah hampir masak. Lemon sentiasa berbuah lebat. Dan yang paling syok, bunga ros dgn petal yang besar, sentiasa bebunga..selang beberapa hari, akan kupetik dan jadikan hiasan dalam rumah yang harumnya semulajadu dan wangi....


Suami keluar menolong Yong, pelajar Malaysia yang selalu minta tolong dia -mlm ni, g ambil barang d Unley Street..agak jauh dan suami kepenatan sebenarnya..tapi sebab niat menolong dia gagahi juga..dia akan kena bawa kereta yang disangkut dengan trailer. Tak semua orang berani bawa treler tu..kena pandai control...


Semalam, !st time dapat peluang masuk bilik head of school-taaruf ringkas. Dia nampak perpandangan positif bila tau background & score IELTSku-hai..risau la pulak..takut beri dia impression yang akan makan diri..harap tidak..juga takut dia meletakkan v high expectation ...serah saja pd Allah..

Meeting dengan SV hari ni semata2 bincang research question/problem area...yg lain2 katanya dah ok..tinggal lg masukkan elements problem area, betulkan research question, masukkan islamic perspective..lps ni dia akan review dan submit....semoga semuanya berjalan lancar...Hanya tinggal sebulan lagi masa utk aku present/defend proposal...Tolonglah aku Ya Allah

Sabtu, April 17, 2010

Malam yang sunyi sepi ni membuatkan aku benar2 rasa kesepian...kesempitan...

Semalam, kami dikejutkan sikit dgn tremor,earthquake.. Siang td, agak riang ria..GS, makan dgn liza,ptg-mlm g rumah k ros..makan laksa, bubur kacang etc..sekarang, aku terhimpit dgn kerja yg tak siap2. Fikiranku bercelaru...

Khamis, April 15, 2010

Islam dan masyarakat dunia

Sehari dua ni, Lubos, rakan kerja sebelah mejaku banyak terdedah dgn perihal sembahyang. Bermula dgn 'warning' aku jgn sampai tgn dia terkena aku masa dia kadang2 dtg guna PC aku nak tunjuk something etc. The next day, dia tya aku masih ada 'spell' ti atau dh terlepas dr spell? ha ha ha..lawaknya lah....untuk mengelakkan dia salah faham, aku terangkan panjang lebar konsep sembahyang, wuduk, batal wudhuk dsb...amik masa juga..ingatkan hari pertama dah faham, esok, dia tya lagi...aku pun sambung lg penerangan...


Hari ni pula, Nan, student Thai disblh kiri aku lak bgtau cerita dia zaman kanak2.Jiran dia org Islam. Dia panggil 'Mok'. Hari2 dia tgk Mak bangun awak pagi. Kemudian Nan menggayakan apa yg Mok buat tiap2 pagi (cam org akngat takbir, tp tinggi sgt tu Nan!!). Dia tak faham bila tgk tghari mok buat camtu lg, malam mok buat camtu lagi...dia kata dia cuba faham apa org Islam buat, tp susah ..bayak yg dia x faham.

Esok Nan ada presentation of proposal pf 12.30/ Bila aku bgtahu itu waktu sembahyang Jumaat, (dan konsep smyg jumaat), baru dia gaham kenapa Abrar (supervisor) kami naik marah bila tau pasal tu...

Hmmm...Islam masih jauh dari dikenali...kitalah yg bertanggungjawab utk meyebarkan setakat yang mampu...

Jumaat, April 09, 2010

Alhamdulillah hari ni dapat berita gembira....dari K TIe..dia ucap tahniah sebab dapat anjakan gaji P2...mula2 tagu2 juga, tp K Tie kata ada tulis di slip gaji d luar sampul..P2 ..Kak Tie pun sama..Kak Bah pun..

Alhamdulillah setelah kemelut berat yang melandaku baru ni, yang baru terlerai semalam, hari ni aku dihadiahkan berita gembira ni..biarpun pertambahan hanya RM500, is tetap bermakna utkku...500 sebulan, agak byk bagiku...

Sabtu, April 03, 2010

Hari ni seharian ke Victor Harbor..bawa anak2 berjalan..Mula2 ke Urimbirra wildlife Park, pastu Victor Harbor pastu Pantai Goolwa. D Urimbirra, dapat la satu kenangan dari Cik Koala...

Khamis, April 01, 2010

Bahang Easter ke atas anak2

Malam ni seperti biasa anak2 tekun melukis. Yang berbeza, objek yang dilukis-semuanya bertemakan easter-telur hiasan, tattoo, baju2 juga penuh hiasa. Itulah pengaruh sekeliling-apa yg dialami disekolah, kemeriahan easter. Di sinilah letaknya peranan kami sebagai ibubapa menerangkan kepada anak2 konsep2 yang betul dan tidak, bagaimana harus berdepan/ acknowledge isu ni depan org agama lain..etc. Keliru jg anak2..kak ngah, sampai berkefahaman sebut 'easter egg' pun tak boleh-kenalah abahnya betulkan balik..Tapi tadi, happy betul dia bawa balik 'sebakul' telur easter dari sekolah..

Ptg ni kami kena keluar shopping utk stok 4 hari at least. Habis juga la lebih dari AUD120. Lepas ni kebanyakan kedai tutup Fri-Mon. Tapi rupanya Coles buka hari Sabtu.

Di ofis, aku turut dapat coklat2 easter egg & bunny.