Sabtu, Mei 29, 2010

Semakin dekat tarikh penentuan itu...debarku semakin menjadi...belum bersedia..tolong aku wahai tuhan...

Isnin, Mei 24, 2010

Satu per enam

Sudah hampir 6 bulan aku di sini. Di sudut ofisku yang kecil ini, aku berjuang mencari diri...2 mgu lagi, nasibku akan ditentukan..evaluation of proposal presentation. Walaupun 1st phase presentation telah dilalui, debaran tetap juga bersarang untuk menhadapi hari presentation sebenar...

Ujianku bukan sahaja luaran, malah ujian dalaman jauh lebih berat utk aku tangani..terasa seolah tercabut seluruh kewarasanku dek ujian ini..tiada siapa mampu menyangka, tiada siapa mampu kukongsi bersama..ujian eksklusif untukku.

Selain itu, kusedari kehadiranku disini adalah bersama tanggungjawab besar yang kupikul..Selain tugas research, aku turut membawa imej agamaku, risau sungguh..Tuhan, janganlah tindakanku menjejaskan kesucian agamaMu. Andai kehadiranku dapat memberi sedikit persepsi baik terhadap agamaMu, itu sudah cukup bermakna buatku...

Biarlah aku dapat perform yang terbaik dalam tugas rasmiku: belajar dan melahirkan thesis PhD terbaik, dissemination-publications, conferences, networking etc..

Sabarlah wahai diri. Kuatkanlah semangatmu..Semoga pertolonganNya sentiasa mengiringimu...

Khamis, Mei 20, 2010

First proposal presentation

Satu, antara banyak kekangan telah kulepasi 2 hari lepas..hari yang mendebarkan..pembentangan proposal peringkat pertama, dihujani dengan komen2 positif dn konstruktif...kini, debaran menanti hari pembentangan sebenar di hadapan panel pula terpaksa kuharungi...banyak lagi yang perlu disempurnakan...

Selasa, Mei 11, 2010

Nak submit proposal

Alhamdulillah..gembiranya hati rasa macam nak melompat, sebab supervisor dah suruh submit proposal. Tinggal lagi buat powerpoint utk present mgu depan dan 4/6.

Hampir 6 bulan kuredahi ranjau PhD yang penuh liku dan onak duri...semoga perjalananku lepas ni dipermudahkan..Amin...