Jumaat, Julai 30, 2010

Work..work..work...

Alhamdulillah..minggu ni kerja2 PhD dah rancak semula..
tak cukup hari, tak cukup kaki pulak rasanya.. banyak yg dah buat, namun banyak juga lagi yang nak kena buat..

Hari ni, 3 proposal presentation dalam 2 sesi berlainan..macam2 research diorg ni buat..yg paling menarik pasal wearable computer oleh Thoung..

Patu aku sebok dgn urusan ethics lagi dll,

Petang ni akan terus gi rumah Ayu lepas keluar opis, utk majlis baca yasin..patutnya semalam, tapi Ayu tak leh buat, dan nak alih ke hari ni..so. akur je lah..maklum le ustaznya tak bekerja..flexi hour sentiasa...
Sabtu ni dia akan buat kelas farchu aim pasal puasa utk anak2, Ahahd adik2 dtg nak buat usrah.. Baru ni d rumah aku buat majlis 15 Syaaban-yasin dan soaljawab puasa..

Isnin, Julai 19, 2010

Back to school, back to work

Cuti sekolah selama 2 minggu berakhir semalam. Hari ni, anak2 bersekolah semual...Pagi2, tak macam biasa, Yayang bernyanyi2 gembira..biasanya kalau kejut pagi2 dia akan buat perangai sikit..tak happy, tp hr ni dia happy..pelik juga..fikir balik..adakah kerana hari ni dia bawa beg sekolah baru, dan kami benarkan dia bawa gula2, dan pendan kertas utk melukis, dan sy mengiyakan utk dia bawa apa yg kwn2 dia biasa bw kw sekolah.termasuk doll...agaknya selama ni dia selalu bad mood sebab kekangan yg ketat dari abahnya? tak beri ruang utk dia bergembira atau beri dia sedikit kebebasan?.. kadang2 perkara yg kita fikir kecik, mungkin ada impak yg besar kpd anak2.. kdg2 kita buat keputusan hanya utk 'membuat keputusan ' yg paling mudah, tak menyusahkan kita balik, sedangkan, kalu kita berlembut sikit, lain kesannya pd anak2??/

Aku pun, hari ni lah kira official masuk ofis semula..mgu lepas dtg juga 2 hari ke ofis, selebihnya, bawa anak2 pusing Adelaide, kemas rumah etc...

Ahh..liatnya nak mula kerja balik!!!

Khamis, Julai 15, 2010

Pusing2 Adelaide- SA Meseum, Rundle Mall, Swinging Bowl. naik tram etc











Buat pertama kalinya lepas 7 bulan di Adelaide, kami berkesempatan bawa anak2 jalan ke Adelaide city dalam ertikata 'berjalan2'. minggu ni minggu ke2 cuti sekolah.

Ceramah Palestine di Uni Adelaide

Rabu, Julai 14, 2010

Bercuti seminggu ke Melbourne & Mt Buller

Sempena cuti sekolah kali ni, kami bawa anak2 bercuti di Melbourne

Khamis, Julai 01, 2010

Kembara Sydney-Melbourne-Adelaide bermula

Hari ni, pagi2 lagi, memandu ke airport menghantar suami yang akan ke Sydney. $am bertolak dari rumah, teman dia check-in, 5.15 bertolak balik, smpai rumah 5.50am. Dan buat pertamakalinya menguruskan anak2 ke sekolah bersendirian.

Suami akan ke Sydney & Melbourne seminggu, kemudian saya & anak2 akan menyusul ke Melbourne mggu depan, juga selama seminggu. Harap2 perjalanan & kembara kami penuh manfaatm keriangan buat anak2 sempena cuti sekolah mereka. Jauh perjalanan luas pandangan...