Sabtu, Julai 20, 2019

Panggilan dari ibu pelajar kena gantung pengajian

Tadi, pada petang Sabtu...telefon berder8ng. Panggilan dari ibu seorang pelajar saya, mengadu tidak puas hati dengan hukuman yang dikenakan kepada anaknya, selepas dibicarakan atas tuduhan meniru semasa peperiksaan akhir. Anaknya digantung satu semester..

Katanya anaknya jadi tak keruan. Asyik menangis, tak boleh tidur malam, termenung sana sini. Dia juga tak percaya anaknya ada niat untuk meniru semasa exam, tapi terperangkap dalam situasi. Situasinya, sedang peperiksaan berjalan, dia ditangkap memegang telefon yang mengandungi nota2 subjek yang didudukinya pada hari tersebut. Ibu ini memberitahu, anaknya seorang ank yang baik, terdidik, menjadi contoh disekolahnya dulu...dia tak percaya anaknya ada niat jahat utk meniru. Silapnya, anaknya hanya sedar ada telefon bimbit dalam poket seluar, dan sedang berusaha utk offkan telefon semasa dia ditangkap.