Ahad, April 18, 2021

tak sabar SRP 2021

 Kitty, pagi ni saya rasa jam begitu lambat berjalan, tak seperti selalu yang terasa jam melompat2 laju. Dari pikul 8, nak tunggu pukul 10 trasa lama, tererujaan nak mendengar kelas 1 dalam Kuliah Sekolah penulisan Ramadhan 2021.

Kitty, doakan saya berjaya keluar dari belenggu yang dah lamaaaa sangat saya terkurung ini ya. Belenggu menulis. Bukan saya tak tulis, tulis, tapi tak teruskan ke langkah berikutnya. 

Bermula dengan jadi peserta Kursus Penulisan Tuan Zamri di Melawati beberapa tahun lepas, melanggan pula kursus2 online beliau, sehingga baru2 ni ikut lagi kursus e-book, beli tapak ebook dengan harga mahal, dengan semangat berkobar, namun belum satu pun buku yang berjaya diterbitkan. 

Melihat kawan sekursus, Dr Zahrah Yunus, ada rasa cemburu (cemburu positif) yang lahir atas kejayaan bukunya, projek bibliofil.

Kenapa saya terbelenggu?

1. Sangat banyak cerita nak kongsi, sehingga tak tahu patut mula dari mana

2. perasaan ragu2 utk terbitkan sbb saya agak perfectionist, nak do thing right the first time, seperti mana2 aktiviti hidup saya yang lain( buat PhD, baik pangkat, dapat biasiswa pf cubaan pertama, dapat research FRGS cubaan pertama, dapat geran international pada cubaan pertama etc. Jadi, menulis buku ini agenda yang sangat besar bagi saya..impian sejak kecil, saya nak buat yang terbaik, kesudahannya sehingga hari ini, semumur saya 47 tahun, belum ada buku yang muncul. Tapi saya tak mahu putus harap. Sebagaimana saya dah biasa jadi late bloomer dan menghasilkan kerja fantastik di minit2 terakhir, saya harap itu juga patternya kepada usaha penulisan buku ini - lambat, tapi boommm meletop, sebab saya yakin cerita2 saya juga tidak kurang menariknya untuk dikongsi dengan khalayak.

3. kekangan masa- tugasan hakiki saya menuntut masa yang tak menentu, panjang dan komitmen, memberi cabaran kepada saya untuk dapat tumpukan kepada penulisan, mengekalkan momentum.

4. Belenggu style penulisan yang sama, mungkin kurang menarik

TAPI

saya ada kekuatan-kekuatan

1. environment/contoh depan mata, suami saya kuat menulis. berjaga malam untuk menghasilkan karyanya tersendiri

2. Audien sedia ada. Ramai yang menyatakan mereka berminat nak baca buku2 yang akan saya tulis

3. Bnayk cerita, tapi belum digarap dengan baik
  -cerita kisah anak2 belajar di luar negara, dalam negara, tak ambik SPM, hafiz, dapat masuk medic etc
   - cerita kami sekeluarga hidup di Austra;oa
    -cerita Temengor
    -cerita saya kecik2
   -cerita refleksi dari kursus2 yag saya hadiri
   -cerita ttg ilmu2 khas yg saya ikuti eg kursus kepimpinan, NLP, PMC+6, mak ha, macam2 lagi
  - travelog 25 negara


Doakan saya ya Kitty

Allah, buka kan jalan untukku