Sabtu, Disember 17, 2022

pindah Denai Alam

Akhirnya rumah yang dibeli pada 2020, akak dapat kami huni tak lama lagi selepas byk episod drama covid 19 yg melanda. Contractor meningga l, pekerja balik Indin aasa

Khamis, Januari 13, 2022

Nadiah the Youngest CEO

13 Jan 2022. Nadiah speaks her mind. As usual, sentiasa brilliant. Sempat capture masa tgk BU TV3 santai2. Send kat dia, dia terkejut, ingatkan sembang2 santai je katanya, tak tau nak masuk Buletin Utama.Sy hantar juga rakaman ini kepada ibunya, yang pecahkan rahsia, dia hanya berpijama di mahlis atas talian itu!Dia CEO termuda Msia masa dilantik menerajui Thomson Hospital dan TMC life. Dia juga graduan Harvard Uni (sarjana muda) dan Oxford Uni (master). Sejak dia kecil, saya sedar dia mmg budak genius. Tak tahu samada semulajadi genius atau jadi genius atas usaha ibubapanya yang memenuhi setiap keperluannya, menghantarnya ke seolah antarabangsa etc. Masa dia masih umur 3, 4 tahun, soalan2nya dah menguji pengetahuan org dewasa. Menarik lagi, jodohnya juga seorang genius, umur 12 sudah masuk Oxford uni, umur 14(16) dah graduasi sarjana muda. Super genius. Tak tahulah anak mereka Sophie, akan jadi setinggi mana genuisnya. Dari posting2 Nadiah ttg Sophie, fuhhh soalan2, ayat2 dia lg buat org dewasa terkedu. Kalah org gi sekolah tinggi.Camana saya kenal Nadiah begitu dekat? Zaman saya sekolah menebgah dan uni jauh dari mak ayah, di PJ dan Negeri sembilan, rumah Nadiah jadi macam rumah saya, tempat saya balik hujung minggu. Bila ada cuti panjang, baru saya balik kampung saya sendiri, kadang2 dengan menumpang keluarga Nadiah juga. Ayah Nadiah, Wan Mohd Abdullah Yaakob adalah sepupu saya yang saya rasa seperti ayah saya. Abg Kob sangat rapat dgn ayah saya. Ayah saya adalah pak saudara yg abg Kob paling sayang, paling manja. Ayah saya adalah adik kepada mak abang Kob. Ayah saya tinggal menumpang dengan kakanya itu kerana dia anak yatim piatu. Jadi semasa bujangnya, ayah saya juga mrngasuh/menjaga dan bernain debgan abg Kob sehingga mereka jadi begitu rapat. Masa saya didaftar masuk Tingkatan 1 SMAWIP, rumah abg Kob tentunya jadi rumah tumpangan kami. Baru 2 bulan saya masuk asrama, ayah meninggal. Secara tak langsung, abg Koblah yang melayan segala keperluan saya, seperi sorang ayah, malah dengan apa yang dia ada tentunya keperluan fizikal spt makanan, alqtulis etc jauh lebih banyak lebih mahal dr apa yang ayah sy sendiri mampu sediakan. Anak org kampung pedalaman ini, macam org kaya, kalau dibawa outing, balik dgn bekalan ke asrama biskut2 mahal, coklat2 mahal etc. A Kob dan k Juliana benar2 jadi tempat daya bergantung dan menumpang kasih. Hidup dan keperluan saya jadi sempurna dan lengkap wp mak jauh di mata. Hujung2 minggu saya selalu diambil dari asrama orlah abg Kob. Wah pengalam yg sangat mengujakan, macam kehidupan org2 kaya yangvdilihatvdi tv, makan, nasi dibubuh pelayan (pembantu rumah) 2 org yang berdiri sepanjang kami makan. Merasa dilayan macam org konglomerat. Paling kelakar dan tak boleh lupa, masa tidur, sy akan pasang air cond paling sejuk dan berselimut setebal2nya, selepas makan sebanyak2nya sbb lauk terlalu banyak dan sedap2 semuanya. Abang Kob akan sentiasa tambahkan/timbunkan nasi, lauk sebanyak2nya dlm pinggan. Masa nakntidur, sqya rasa nak termuntah sbb terlqlu kenyang. Tiap kali saya datang K Juliana akan arrang masakkan makanan sesedap2nya sepenuh2 meja. Bila dewasa ni, saya pun dah hidup agak selesa, ada pencapauan sendiri, saya betul2 rasa seperti saya ini adalah sebiji kacang yang lupakan kulit. Masa saya susah, lemah, abg Kob dan K Juliana memilih utk melayan saya sebaik2nya...tp bila saya sudah ada kehidupan sendiri, saya tidak membalas jasa2 mereka. Sy fikir2 juga, tiap kali sqya kunjungi mereka, akan menyusahkan mereka jamu makan etc, dan apa ajalah yg mereka tak ada, yang saya boleh beri...