"Dia tu wali, dia wali, dia wali, faham tak" terkesima dengan penegasan dari Principal sendiri, bila dia 'menegur' dan menyatakan rasa hatinya ttg perncangan masa depan anakku, yang sebenarnya dilahirkan berdasarkan pilihanku. Pilihan sbg architect dilihat sebagai terlalu kecil berbanding potensi yang ada pada Syakirin. Dia mahu Syakirin dicorakkan jadi seorang ulama hebat yang mampu keluarkan fatwa, jadi rujukan dunia moden...Ohhh keciknya pemikiranku....Tambahnya "U as parent, tak kenal potensi sebenar anak u sbb u spent masa sikit sgt dgn dia, I am with him since dia kecik2, menghabiskan byk masa bersama anak didik2 ni, I kenal potensi mereka, jangan sia2kan masa depan dia, jadikan pencapaian akhirat no 1, dunia no 2, jgn kejar profesyen dulu, bentuk dia jadi ulama dulu... bla bla bla....." huuuu panas telinga, tp mengakui kebenran hujah2 beliau...kena mula fikir seriously...sbnarnya wali tu apa ya...ni bukan kali pertama gurunya cakap dia wali..sblm ni, Ustaz yang latih hafazan dia, pada reportcard day 2 tahun lepas, membisikkan hal yang sama..." ..bagi saya, anak Puan tu wali..."dengan senyuman yang sukar sy tafsirkan. Ustaz yang hebat, thiqah, lulusan universiti Madinah, buat kenyataan itu...sy mendengarnya, namun antara percaya dengan tidak....Semoga kata2 itu menjadi doa, menjadi nyata buat anakku yang dikasihi, Muhammad Syakirin...wp sy sendiri kurang faham, moga satu hari nanti saya dapat faham ... moga Allah kekalkan Syakirin dgn deskripsi yang diberikan oleh para murabbinya itu. Moga satu hari nanti, lahirlah seorang ulama besar di alam dunia ini, yang mampu membawa kegemilangan kepada agama Allah dgn lebih hebat lagi...seperti yang menjadi harapan teacher Fari juga turut jadi harapan seorang ibu yang jahil dan dhoif ini...
Ceritanya pagai tadi, ada reportcard day IISSA Primary & Secondary. Selepas ke Secondary, kami ke Primary, tp di pintu sekolah, terpacul Principal didepanku..ditariknya aku supaya terasing dari anak2, dibawa masuk ke dalam ofisnya dan bertanya...U tahu tak pihak sekolah dah plan, buat sesuatu dan dah listkan, utk pastikan Syakirin dapat straight As dlm IGCSE nanti. U tahu, baru ni I panggil Syakirin, I terpaksa panggil dia sbb I tak boleh terima dia bgatahu cita2nya hanya nak jadi architect....walau dia minat dan pandai lukis sekalipun, itu boleh dijadikan hobi, jgn smpai jadi matlamat, matlamat dia mesti jadi ulama.....
Dari post fb 24 Jun 2016