Sabtu, April 30, 2011

Marah

Patutlah, ada kata2 "org yang paling kuat ialah yg dapat menahan marah". Sakit betul menanggung kemarahan...Sedap2 je nak mengata, menghina orag, bila aku pulang paku buah keras, baru tahu nak melatah...sampai tak jd masuk GS yang dah di depan mata..kelakar juga, baru tahu camana rasanya mengata org sesedap hati...

Dalam pendidkan anak2, rasanya, anak2ku byk menanggung rasa sptku, tp mereka tak mampu melawan/meluahkan, terus di label macam2,. Dapat kurasakan jiwa mereka memberontak....sabarlah ana2ku sayang,,,

Royal Wedding

husyuk menonton siaran langsung perkahwinan illiam &Kate,

Selasa, April 26, 2011

Sifat manusia

Heran sungguh dgn sifat manusia, sungguh tak layak rg2 camni bergear pendidik, sbb diri sendiri tidak terdidik, malah kelihatan biadap. Otak pulak, macam tak capai thp pensyarah, camana leh buat PhD? pelik juga...
antara peristiwa:


Ada sekoq lagi yg perasan...agaknya rasa dia perfect ke, apa ke..yang pasti, suka membangga diri da asyik nak bangkang ilmu yang org bagi..

Detroit Michigan

dapat email dr organiser AMCIS, so kan ke Michign awal bulan Ogos nanti

ke Adelaide Hill lg

Kali ni gi ngan Nani Pian. estnasi Gumeracha, cocolate factory, makan, Hahndorf.

Brighton

Bersemangat nak ke Bringhton rupanya tutup. Suadahnya ke Gepps X.. K Reen bli barag kduru. dapat cawan corning 2 biji, tp happy, sbb suka & baru lg..

Adik2 yang baik2

mreka berkampung di rumah utk bersuai kenal..gambar2 di Giant playground St Kilda

School break & easter holiday

Anak2 cuti 2 mgu bemula __________ hingga_____. Dalam tu pulak, ada curi panjang utk semua org-easter, Anzac day & ____. Hajat hati nak bw anak2 jala overnight pun tak boleh sbb tmpat2 peraninan dh book penuh dan sangat mahal, jadi, jalan2 dekat2 aje. Weekend baru ni dgn Yat bbrapa family lain , gi petik apple

Jumaat, April 15, 2011

15 april 2011

Dah hampur separuh perjalanan PhDku ini. Skrg sedang transcribe interview...sungguh lembap rasanya, dah lama, berbulan tak siap2 sbb buat sikit2 je-bosan, dan selalu terinterrupt dgn perkara lain eg. buat paper conference.

Kepala pun ligat fikir camana nak tambah pendapatan sbb duit d sini tak berapa cukup. Cara hidup kami mmg sgt sederhana. Nasib baik la di sini ada garage sale.

Pg ni chatting dgn Laila, sungguh mengujakan, dia dah hadiri byk kursus2 motivasi perniagaan etc-ilmu seru, alpha mind , law of attraction segala....ahh jelesss...tp dia akan share ilmu tu semua. Tak sabar aku nak belajar jg..kalau boleh nak praktikkan dan nak niaga seriously, sbb dah sickkk sgt2 dgn bekerja di fpm, dgn org2 yg tak bertamadun...

Jumaat, April 08, 2011

Roti kelapa

Hai ni berpagi-pagia buat roti. sblm tu buat inti kelapanya dulu, nab baik ok. Trauma jgsemalam, inti apple pie hangit seperiuk besar, akibat khusyuk gt tgk 1 million drop.. So pg ni, besanga uat roti keapa dan coklat pulak...dan pastri inti app hangit...

Hati masih terusik..tiap masingatan tak perna luput...bila lah nak kebah..

Rabu, April 06, 2011

Ketenangan

Telah lama ketenangan hilang dari diriku...selalu kacau bilau, tak keruan...kemuncaknya semalam, menerima pengesahan berita yang sungguh mengejutkan..Serta merta tangan menjadi dingin sungguh, muka pula terasa begitu panas...inilah rasanya kemuncak keresahan...perkara yang aku letakkan sebagai turning stone berlaku juga akhirnya..walaupun sungguh menyedihkan, aku terima juga berita itu dengan tabah. Namun terasa hatiku menjauh, kecewa. Terasa rebah tersungkur...

Keadaan ini memaksa aku mencari kekuatan diri, bangun pagi 4am, terasa sungguh segar, lalu aku bersuci dan sujuk kepada Yang Maha Memahami hati hambaNya...tahajud, taubat dan hajat, penuh harap. Lepas subuh, kualunkan Al Quran 50 ayat, aku bertekad, mulai sekarang, aku wajibkan diri utk baca sekurang2nya 50 ayat sehari (dgn kiraan 10 ayat setiap waktu solat) supaya ayat mukjizat ini menjadi penguat diriku yang lemah. Aku juga akan telusuri terjemahannya setiap hari. Teringat 2-3 hari lepas anak sulungku bertanya "Ummi dah berapa kali khatam Al Quran?".

Pagi ni, terasa tenang menjalar di hati...terima kasih Tuhan, mengurniakan nikmat ketenangan...semoga berkekalan... semoga telahirlah cintaku terhadapMu yang tidak bertepi..tunjukilah kami jalan keredhaanMu Ya Allah...Berkatilah hidup kami di dunia fana penuh cubaan ini, dan tempatkan kami bersama kekasih2Mu di syurga nanti...

Selasa, April 05, 2011

Elaun sara hidup

Pagi ni datang ofis awal..8 lebih lepas hantar anak2 ke sekolah. Semalam x dtg ofis, terlepas presentation Asmawi Cyber security, sudahnya gi rumah Yat exchange corelle yang tersalah ambik malam kemarin...

Banyak nak dibuat, tapi byk pula hanlangannya

Husb gi fight utk naik elain. Elaun sekarang berdasarkan sara hidup 2006 di mana sewa rumah ialah 180/week. sekarang, buat perkiraan baru berdasarkan 320/week., Sekarang sefamily yang macam kami dapt sebulan AUD 2360, sedangkan keperluan minima utk hidup ialah 2500 the lowest, so, cam family saya, short AUD140. Keluarga Hj Arid short AUD340. Dr kamarul short 300 Idris wp anak sorang je short 200. Semua perbezaan ni disebabkan zeza gaya hidup dan juga bilangan keluarga dan juga kadar sewa rumah. Tp yang short tu maknanya kami mmg kena amik duit dari Malaysia utk menampungnya.. aku pulak, husb buat ebay sikit2 utk tampung kekurangan tu..

ANZ statement:
18/1/11 masuk 3381
23/2/11 masuk 3699 bermakna jumlah 2360
(next payment maknanya 18/4 dan 23/5 i.e 3 bulan berikutnya..hr ni 5/4, so nak tgu 18/4 aduhhh lambat lagi...check duit dalam akaun ada AUD 69 je lg. di tgn suami 49 je lg. Dalam purse aku tak kira..rasanya 200 kot (baru ni husb bagi utk buat belanja rumah & grage sale) Pasti Li kena bayar AUD 500 (so ada dalam 800 lg la kot)...sesak juga..

Awang...
Baru ni Awang sah akan dapt elaun dari UNISA AUD3400 sebulan dr April-Aug 2011. Jumlah tu sebenarnya utk sara hidup standard di Adelaide ni. bayangkan kami hanya terima 2360 je, bezanya AUD 1080... Bru ni masa di Melbourne, Husb dah bnetang, meeting utk naikkan AUD390, menjadikan jumlah yang akan diterima 2750, kalau la diluluskan kementerian...

Khamis, Mac 31, 2011

Sedih ...dan syukur

Sebenarnya hari ni saya sangat sedih..husb bertolak juga ke Sydney dlm ketidakrelaan saya. Sedih sebab dia buat keputusan utk ke Sydney dan Melbourne tanpa berbincang dgn sy terlebih dahulu...Sy sedih sbb saya sedang dalam kesempitan nak siapkan paper dan trascription..patutnya di boleh tolong saya cepatkan kerja saya, tapi dia memilih tolong orang lain beli kereta baru, dan wakilkan persatuan pergi meeti meetng dan fight utk kenaikan elaun adelaide....sungguh sedih..lgpun dgn ketiadaan dia, bermakna beban masak, membeli, anak2 etc yg selaa ini di bahu dia akan bralih ke bahu saya yg mmgdah sediaberat menanang ni....bukannya tolong ringankan, lagi beri tambahan beban..sya sbnarnya tak kesah sgt kalu dia bincang awal2, byk faedahnya bincang dulu, cthnya, bila saranan bernas saya utk pos kereta ikut kurier dikemukakan, ianya sudah terlambat sebab mereka dah beli tiket,,,kos ygsepatunya agak murah, ah jadi seribu dollar lebih kalu tukar plan saat akhir ni...apa boleh buat, wp tanpa rela, sy terpaksa juga terima semuanya...hari ni, anak2 dia minta tolong hai yg ambikkan..lauk dia dh masak siap2 bg Hai..anak2 dia dh uruskan macam biasa,slm berpisah td, dia cium sorag2 lama2...

Hingga pagi ni, bau dia tanya boleh tak dia pergi...kenapalah tak tyalebi awal, kalu sekadar formality, baik x payah tanya...saat ni, apa lgyg boleh aku ckpkan, hanya lpshantar dia, kata2 terakhir aku "abangpergi ni tanpa kerelaan na"...dia nmpak cam terkedu sikit..tp dah terlambat..katanya..dah tu kala abang mti camana? aku jawb...nak buat camana?.... Masa Yat kata terima kasih sbb kasi pinjam ye...aku jawab..tak kasi pun.... yat jawab dah tu?? dia yg nak ya...ye la..dah tu nk buat cana lg???

Balik dr hantar dia ke South road, aku drive ke kampus, tak de parking, aku balik umah...duk sorang2 dirumah smntara tgu waktu workshop ptg ni 2-5pm.

Bila bka fb: terbaca pulak status Muna 'Izzah Fadzil:
Senaraikan kesyukuran kita bermula saat ini dalam diari hidup kita masing-masing. Bagi saya saat ini adalah saya bersyukur kerana selama setahun lima bulan ini, saya telah jimat duit untuk membeli susu kepada bayi saya kerana Allah telah memberi susu percuma buat bayi saya. Ianya sesuatu yang membahagiakan. Alhamdulillah. Mari sama-sama menulis dalam diari masing-masing kesyukuran anda. :-)


Mujur ada tazkirah camni....nak trylah

syukur aku diberi kehidupan yang sebegini....
syukur dapat suami yang baik
sukur dapat peluang hidup di perantauan
syukur dapat rasa mca2 pengalaman baru
syukur ada 3 orang ana yg bijak2 dan sempurna
syukur mak sentias memberi sokongan
syukur mak ada
syukur dapat supervisor ambil berat
syukur segalanya..mmacam2 nikma tak terkira..tak tersenarai...

Isnin, Mac 28, 2011

Kehidupan

Untuk apa kita hidup sebenarnya?? Aku telah dididik tentang ini semua, namun....hatiku tiada ketenangan...terasa semakin jauh...diuji sebegitu rupa...masihkah bersisa nilai2 yang teguh selama ini?..

Ujian datang dan pergi, kekadang terasa begitu penat mengharunginya...

cerita minggu ni

mgu lepas, dari segi kerja, hasilnya tak banyak...sangat sedikit... entah kenapa mmg takde mood.

weekend spt biasa dipenuhi aktiviti. Sabtu garage sales, buat cheese cakem muffin pisang, pastry inti apple kegemaran Yayang, pastry inti salami,malam gi rumah Kak Nana,asalnya ada tayangan movie, tapi sembang yang lebih...anak2 je tgk movie. Ahad pergo Brighton car boot sale bawa family K Reen/ Dr Risman, then gi picnic di Brighton beach- semua persediaan picnic, husband yang bangun 4am sediakan nasi dgn ayam masak merah, telur kuah kicap dan terung goreng tumis- anak2 sakan main, makan dalam kesejukan. OTW balik singgah rumah Sitah amik buah peach setimbun, singgah rumah Aishah amik karipap. Petang baru sidai kain dan sampai ke malam urusan lipat kain yang dah seminggu, yang dah menggunung.

Oh ya, malam Sabtu baru ni, dpt inbox dr Shila, katanya paper yang aku present di Berjaya Times Square tu telah dipublish dalam buku-jadi chapter of a book publication..yeahhh..seronoknya Alhamdulillah- 1st of such kind of publication...terima kasih ya Allah...

Hari ni, mmg awal2 lagi, masa weekend baru ni lg, aku dah pasang niat, nak gunakan masa semaksima mungkin di ofis utk kerja2 PhD, dan masa di rumah, aku boleh concentrate hal rumah, tak perlu struggle masa di rumah. So, pagi ni, dgn penuh semangat, bersiap awal dan datang opis awal. List to do pun siap berderet. Masa nak buat 2st task, kertas yang nak diguma rupanya tak dibawa, tergendalalah kerja,,,minta hsb cari di rumah pun katanya tak de,,aduhh...hilang semangat nak buat kerja. Tp aku kuatkan juga, buat yang lain dulu, apa yang ada, yang lebih penting pun sebenarnya, draf paper IBIMA...tp kenapa aku rasa nak nangis je ni....

Sekolah Yayang pulak tetiba telefon tya pasal bayaran swimming..aduhhh...sedih juga pg tadi Yayang nangis nak suruh ikut dia gi swimming, aku kata tak boleh, abahnya kata tak payah,...kesian dia..

Ya Allah, berilah aku semangat, kecerdasan tinggi utk hasilkan paper kali ni...terkejut jg mgu lepas Nan bgtahu paper dia dah 2 accepted- pril di korea dan mei di US...rasa tercabar pun ada..persaingan yg bagus...

Jumaat, Mac 25, 2011

Syok juga bila stress, masak2...cuba2 resepi yang dikumpul sebelum2nya. Terbaru, cuba cheese cake....jadi, suka,,anak2 suka..

Selasa, Mac 22, 2011

Harmony Day Madison Park Schools

Makan sate

Kak Nana balik, kami dapat makan sate.. he he

Isnin, Mac 21, 2011