Blog ini diujudkan oleh suami saya sebagai galakan untuk saya berkongsi pengalaman dan ilmu (Tapi yg terhasil hanyalah kisah2 peribadi..) . Saya menyambutnya dengan hati terbuka dengan harapan sya akan punya cukup masa dan tenaga untuk selenggarakannya...maklumlah tugas dan kesibukan sebagai seorang isteri dan ibu berkerjaya bukannya mudah untuk diharungi dan dilaksanakan dengan sempurna.
Khamis, Mei 09, 2024
8 May 2024 Shila confirmed cancer
Isnin, Disember 18, 2023
Propens yang kurang profesional
Di IPT saya memang selalu jumpa perkara yang tidak2. Rata2 IPT lain, kawan2 yang bekerja di sana mengeshkan, aktiviti "meantau/observe" mengajar hanya berlaku sekali sepanjang kerjaya, itu pun untuk dapat pengesahan dalam jawatan. Tapi di tmpat saya, setahun sekali itu dah wajib (selang 1 semester), walaupun anda bergelar sorang profesor/ pro madya. Teringat kisah senior saya, seorang profesor penuh yang sudah beberapa bulan lagi nak pencen, dipantau/ diobserve ketika mengajar oleh seorang pensyarah junior bekas pelajarnya sendiri, aduhai, di mana nilai ' keberkatan ilmu' bila murid yang beri markah/keputusan/ penilaian ke atas gurunya. What a system.
Sejak beberapa tahun lalu, saya juga seorang pemantau. Bermula semester ini, diganti pula dengan orang lain, saya menjadi calon yang dipantau. Ternya, nama saya laku, 'naik ' dalam senarai yang akan dipantau.oleh seorang penyrah yang lebih junior dari saya. Tak mengapalah. dah biasa.
Pagi ni, saya dipantau. Perasaan saya? kalau dulu2 memang saya sejenis darah gemuruh. Tapi sekarang, saya dah jadi " ada aku kesah?'. Macam tak ada langsung debaran. dah lali dengan perkara2 begini. Saya sangka say sbg pensyarah dalam trek penyelidikan tidak tertakluk dengan propens, ternyata tidak. Tapi hari ni saya gembira, saya dapat share sedikit tentang mataplejaran baru ini, yang saya kira agak 'rare' kepada si pemantau. hubungan saya baik2 aja dengan beliau. Kami bertegur mesra sebelum saya keluar untuk beri peluang dia bersama pelajar.
Tajuk hari ni adalah Chapter 6-teheological archives. Selepas habis sesi pemantauan dan habis slides mengajar, kami sambung pula dengan experience sharing dengan kumpulan pelajar yang telh mengunjungi rumah2 ibadat pelbagai agama untuk berkongsi pengalaman dan keterujaan mereka. Sebenarnya mungkin saya ynag lebiih teruja keran aingiin tahu apa yang berlaku.
gambar kelas hari ni, sy nikkanke status whatsapp saya
Khamis, November 09, 2023
Bijal's bibliotherapy Certificate
Genap seminggu kak Ngah elective di hospital Shah Alam. Bhagia melihat anak pergi kerja dari rumah, tidur di rumah. Ahli rumah lebih ramai, lebih meriah. Kak Ngah bercerita setiap hari tentang segala jenis patients yang dia jumpa. Bezanya dgn posting biasa, di emergency, dia hanya akan tahu masalah yg immediate depan mata, tak ambik history etc seperti kebiasaanya. Tapi memenatkan
Ada hari yg ada or meninggal, ad hari yang tidak, Manusia berbagiai jenias yg datang, ada yg sungguh kesian, ada yg datang utk bukan emergency, tp nak cari makan, tp yelah, orgnya kurang sihat pemikiran.
kak ngah dengan 3 org lagi memilih Hospital Shah Alam. Kira pertengahanlah keadaanya, tidak seteruk dan seketat di hospital W dan tidak pula seringan di hispitak K.
Esok Jumaat 10 Nov 2023, result exam Kak Ngah akan keluar, moga cemerlang anakku
Selasa, Oktober 03, 2023
Aduhai Syakirin. dah Year 5 Medic
Sabtu, Jun 24, 2023
Dia Wali..
Selasa, Mac 21, 2023
Sabtu, Disember 17, 2022
pindah Denai Alam
Khamis, Januari 13, 2022
Nadiah the Youngest CEO
Rabu, September 29, 2021
Libang libu
Hati rasa libang libu....
Dek banyak kerja yang belum settle, antaranya:
1. Slide utk keynote speech IcohAS...yang dur datenya tinggal 2 hari, dan conferencenya hampir sebulan lagi. (27-28 Oct 2021)
2. Penganjuran Conference bersama dengan Universitas Brawijaya- belum plan apa2. belum buat 1st step, hanya baru terima arahan untuk menjadi pengarah conference itu
3. MyGrants FRGS lama belum bertutup2 sbb ada ruang yg masih kena isi
4. Mencari ruang utk lead geran luar supaya dapat tubuhkan Entiti Kecemerlangan Legal Info (RIG)
5. Publication as 1st author belum ada.
6. Ebook personal dah lama plan tapi belum materialised
7. Buku dalam bidang-Legal Info- legal records etc belum siap2, belum publish
8. Pindah rumah ke Denai Alam
9. Supervision-yg sedang kritikal skrg ialah Aiqa (kena submit 25 Oct 2021) dan K Tie (baru saja extend RMPT 3)
10. the list continues
Menjadi Koordinator Pascasiswazah agak memenatkan. Sabtu Ahad selalu juga kena bertugas. Curriculum review 5 program tak habis2.
Hati sayu lama betul tak jumpa mak dan adik beradik sendiri, kecuali Asmuni, akhirnya dapat jumpa baru2 ini.
Covid benar2 mengubah kehidupan. Namun aku syukur.
Ahad, April 18, 2021
tak sabar SRP 2021
Kitty, pagi ni saya rasa jam begitu lambat berjalan, tak seperti selalu yang terasa jam melompat2 laju. Dari pikul 8, nak tunggu pukul 10 trasa lama, tererujaan nak mendengar kelas 1 dalam Kuliah Sekolah penulisan Ramadhan 2021.
Sabtu, Julai 20, 2019
Panggilan dari ibu pelajar kena gantung pengajian
Tadi, pada petang Sabtu...telefon berder8ng. Panggilan dari ibu seorang pelajar saya, mengadu tidak puas hati dengan hukuman yang dikenakan kepada anaknya, selepas dibicarakan atas tuduhan meniru semasa peperiksaan akhir. Anaknya digantung satu semester..
Katanya anaknya jadi tak keruan. Asyik menangis, tak boleh tidur malam, termenung sana sini. Dia juga tak percaya anaknya ada niat untuk meniru semasa exam, tapi terperangkap dalam situasi. Situasinya, sedang peperiksaan berjalan, dia ditangkap memegang telefon yang mengandungi nota2 subjek yang didudukinya pada hari tersebut. Ibu ini memberitahu, anaknya seorang ank yang baik, terdidik, menjadi contoh disekolahnya dulu...dia tak percaya anaknya ada niat jahat utk meniru. Silapnya, anaknya hanya sedar ada telefon bimbit dalam poket seluar, dan sedang berusaha utk offkan telefon semasa dia ditangkap.
Rabu, Jun 26, 2019
Jumaat, Mac 22, 2019
Selasa, April 10, 2018
Jumaat, April 21, 2017
Pre kesepakaran meet
Smlm 1st time meet for pre kesepakaran meet dgn seorg panel dan pembantunya utk check my 54 docs. Katanya insya Allah dapat, supposed dah mnta dr awal. Kriteria umum sebanyak 66. Yang lain ada pembetulan dan pengkemasan, tagging etc
Ahad, Januari 15, 2017
Last minute prep for e-parliamentary
Rabu nak present, 3 days away...tp aku msh x ada apa2 slide pasal e parliament d Malaysia, mujur ada GRA yg bagus yg prepare bahan initially.
Pg ni mujur tgk slide yg aiqa share ttg eparliamet d msia. Byk jg bahan blh guna utk rabu nnt.
Tiket belum beli. Dilema sbb nk bertolak 17 hb sedangkan mohon kebenaran ke luar negara 18-21