Blog ini diujudkan oleh suami saya sebagai galakan untuk saya berkongsi pengalaman dan ilmu (Tapi yg terhasil hanyalah kisah2 peribadi..) . Saya menyambutnya dengan hati terbuka dengan harapan sya akan punya cukup masa dan tenaga untuk selenggarakannya...maklumlah tugas dan kesibukan sebagai seorang isteri dan ibu berkerjaya bukannya mudah untuk diharungi dan dilaksanakan dengan sempurna.
Isnin, November 06, 2006
Speaker Kursus Pengurusan Rekod dan Setiausaha Unit Kualiti
Seharian suntuk tenggelam dalam tugas menyediakan ppt slide presentation untuk dibentangkan esok, kemudian nak siapkan minit mesyuarat Unit Kualiti-tugas rutin setiausah. Tajuk paper agak mudah - Pengurusan Rekod: Perundagan dan Arahan-Arahan Kerajaan, tapi nak sediakan bahan yang bermutu ambil mas juga- perlu berfikir, cari fakta tepat, undang-undang dan arahan terbaru, penafsirannya, mengaitkannya dengan tugas seharian...sedikit mencabar, audience nanti adalah mereka yang dalam jabatan sendiri... jangan buat silap, sampai pencen mereka akan ingat. Akan kucuba berikan yang terbaik kepada mereka, subject matter sudah dikaji teliti, tinggal lagi mempraktik 'the art of attracting & maintaining the interest of the audience'. Harap jiga slot itu nanti akan memberi peluang berdakwah kepada mereka - pekerja (remaja atau dah tua?) antara mereka kurasa ada yang cenderung kepada perkara yang tak elok. Buktinya, ketika aku nak membaca newspaper online di PC bilik operasi peperiksaan, aku ke favouritenya dulu kalau2 paper tu ada dlm list favourite. Alangkah terkejutnya bila kudapati hampir 20 laman favourite itu, lebih dr separuhnya adalah alamat laman web lucah. Rasa tak percaya pun ada... Jadi dapatlah harapnya aku selitkan sedikit peringatan, sejajar dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1/2003:Garispanduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan dikeluarkan MAMPU, disokong oleh Etika Penggunaan E-Mel dan Internet yang dikeluarkan JPA. Itu man-made law, di dunia. Tak takutkah atau tak tahukah mereka dengan fatwa yg dah disiarkan akhbar bhw melayarinya dihukum haram. Ini ijma' ulama, sumber ketiga Islamic Law...Terfikir pula sesuatu yang lain...Kalau beginilah tenaga2 muda kita menghabiskan masa, sedang tenaga mereka sangat diperlukan dalam sesuatu yang lebih mulia, apa akan jadi dengan bangsa kita, anak2 kita...Terbuktilah betapa pentingnya anak2 kecil perlu diterapkan nilai2 mulia, didedahkan ilmu2 agama seawal dalam perut ibu...Melentur buluh biar dari rebungnya...
penulisan santai wan satirah wan mohd saman
bertugas di pagi Ahad
Pagi 8.00am-12.40pm:Di pagi Ahad sebegini aku memaksa diri ke pejabat kerana tugas - invigilate peperiksaan akhir Nov 2006. Berat hati meninggalkan anak seusia dua tahun yang meraung ketika dia ditinggalkan. Maid baru pula belum pandai ambil hati anak-anak. Inilah dilema seorang ibu bekerja... Mujur semasa balik ke rumah, disambut dengan keceriaan anak2 & suami. Lepas zohor kami semua menghadiri rumah terbuka seorang sahabat. Malam, penuhi jemputan mak saudara di Bukit Jelutong. Sekali-sekala jumpa saudara menceriakan, mengerat silaturrahim. Balik pun agak lewat, meraikan suami yang khusyuk bersembang dgn Pak Long.
Maka, terubatlah sedikit rasa bersalah meninggalkan anak2 di pagi Ahad, hari yang sepatutnya tumpuan sepenuhnya diberikan untuk mereka. Rasa bersalah itu sebenarnya sangat menebal di hati... Anak kurang dapat perhatian sewajarnya. Yang sulung akan mempersembahkan hafalan Yasin, Hafalan Hadith, Terjemahan, lakonan etc. pada Concert Day sekolahnya, pun bergantung pada bimbingan teachernya semata...hanya sekali dua aku 'tasmik' di rumah. Anak yang berpotensi tinggi itu seolahnya kurang aku beri perhatian. MAAFKAN UMMI, ANAK-ANAKKU...

Langgan:
Catatan (Atom)