bertugas di pagi Ahad
Pagi 8.00am-12.40pm:Di pagi Ahad sebegini aku memaksa diri ke pejabat kerana tugas - invigilate peperiksaan akhir Nov 2006. Berat hati meninggalkan anak seusia dua tahun yang meraung ketika dia ditinggalkan. Maid baru pula belum pandai ambil hati anak-anak. Inilah dilema seorang ibu bekerja... Mujur semasa balik ke rumah, disambut dengan keceriaan anak2 & suami. Lepas zohor kami semua menghadiri rumah terbuka seorang sahabat. Malam, penuhi jemputan mak saudara di Bukit Jelutong. Sekali-sekala jumpa saudara menceriakan, mengerat silaturrahim. Balik pun agak lewat, meraikan suami yang khusyuk bersembang dgn Pak Long.
Maka, terubatlah sedikit rasa bersalah meninggalkan anak2 di pagi Ahad, hari yang sepatutnya tumpuan sepenuhnya diberikan untuk mereka. Rasa bersalah itu sebenarnya sangat menebal di hati... Anak kurang dapat perhatian sewajarnya. Yang sulung akan mempersembahkan hafalan Yasin, Hafalan Hadith, Terjemahan, lakonan etc. pada Concert Day sekolahnya, pun bergantung pada bimbingan teachernya semata...hanya sekali dua aku 'tasmik' di rumah. Anak yang berpotensi tinggi itu seolahnya kurang aku beri perhatian. MAAFKAN UMMI, ANAK-ANAKKU...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan