Isnin, Jun 23, 2008

Sesi dengan Dr Mohamad bin Jantan

Setelah beberapa kali appointment terbatal akhirnya pada 18 Jun lepas barulah menjadi pertemuan saya dengan seorang pakar ESQ Dr Muhammad Bin Jantan yang sebenarnya telah saya kenali sejak tahun 1990 semasa menyertai kem bina semangat pengawas SMAP di Pasir Panjang Port Dickson. Sejak itu saya mengagumi beliau yang bijak menyuntik motivasi. Kem yang diadakan di dalam hutan ditepi pantai itu benar-benar terkesan kpd saya, masih saya ingat susur galur hutan yang kami lalui, pasir pantai yang menjadi medan pengukur tahap keyakinan diri, telur sebiji seorang diberi sebagai "amanah" yang mesti dijaga sepanjang program dan yang paling signifikan, zikir munajat mendayu-dayu yang diajar kepada kami... semuanya masih segar di ingatan...Rupanya Dr Muhammad juga mendapat satu 'azimat' dari program yang dikendalikannya itu. Katanya sehingga sekarang dia tak boleh lupa alunan 'Asmaul Husna' yang dialunkan oleh kami pengawas2 SMAP semasa kem itu, yang mengaum di tengah hutan. Sampai sekarang katanya, di mana saja dia dengar Asmaul Husna, dia pasti teringat alunan kami dulu yang telah menaikkan bulu romanya itu...

Back to my main story...Biasanya seberat manapun masalah saya, suami (atau mak) akan berjaya menjadi kaunselor saya. Tapi kali ni membuatkan saya rasa saya perlu jumpa kaunselor profesional... Dan Allah berikan saya jalan semasa menemani suami routine appointment dengan dr. pakar di sebuah hospital swasta selepas pembedahannya dua bulan lepas, saya terjumpa iklan perkhidmatan rundingan kaunseling oleh Dr Muhammad.

Sesi itu berjalan selama hampir 3 jam, sebahagian besarnya suami turut serta. Kesimpulan yang dibuat Dr Mad menjadikan saya teruja. Melalui 'profile test' yang dibuatnya, profile utama saya ialah 'diamond'- positif:pemikir, kuat ingatan, fokus, merancang, ikut peraturan dengan ketat, sangat teliti, detail etc, negatif: pelupa, tak boleh mengurus etc. Peofile ke2 saya ialah "stream"- buat kerja terus menerus . Kedua2 profile ni menggunakan otak kiri. Bererti otak kiri saya bekerja sangat kuat, otak kanan saya under-utilized. Itu yang jadi saya rasa masalah saya berat sangat. Suami: profile no.1= stream. no.2= flower. Buat kerja non-stop, tapi masih boleh senyum, ketawa, bergurau etc. So, kami walaupun sama-sama stream, tapi diimbangi dengan'flower' yang dimiliki suami. (Ada 1 lagi profile iaitu 'shaker' yang mungkin menjadi yang ke 3 atau 4 pada saya dan suami)

Suami saya merasa agak pelik betul ke saya ni 'berperancangan, berperaturan', sedangkan dia nampak, kenal saya sebagai seorang yang cincai, cacamerba...Ha ha disinilah jawapannya yang mahal tu(ini hanya rumusan saya sendiri, disaksikan Dr Mad): Orang diamond kuat ikut peraturan! Memang betul dulu2 zaman universiti, sekolah,saya seorang yang kemas,berperaturan, planned. Buktinya lihat sahja gambar2 saya zaman dulu..locker,meja study etc. Bila saya bergelar isteri, sifat ikut peraturan/'taat' saya kepada suami lebih mendominasi segala yang lain termasuk 'hidup yang berperaturan'. Contoh Dr Mad beri: untuk balik kampung saya perlu diberitahu awal, seminggu, 3-4 hari in advance, tak boleh on the spot. Tapi hakikat yang berlaku sekarang dalam kehidupan saya, biasanya semua benda ad hoc, kalau suami kata balik kg hari ni, saya akan kata ok. Jadi akibatnya bila saya melawan fitrah saya sendiri, diamond saya dah jadi negatif iaitu tak boleh mengurus, tak boleh buat keputusan etc,. Maka terjawablah persoalan saya selama ni. Memang saya rasa saya sekarang bukan saya yang sebenarnya... Sekarang diri saya yang sebenar telah semakin menjauh dari saya. Tugas saya sekarang hanya mengembalikan semula diri saya yang sebenar...Dan satu kunci yang diberi oleh Dr Mad ialah PhD (padahal saya tak sebut langsung perkataan PhD pada beliau dalam sesi tu walaupun itu antara perkara yang menjadikan saya serabut kepala). Jadi inilah saatnya batu loncatan saya kepada PhD yang telah lama bermain di fikiran. Dan ada satu statement Dr. yang sangat menggembirakan saya tentang PhD yang bakal saya lalui....

Ahad, Jun 22, 2008

Perundingan 2007-2008

Diam tak diam dalam kesibukan mengajar, rupanya dah 8 projek perundingan telah saya kendalikan sepanjang Dis 2006-April 2008. alhamdulillah..

1. Medical Records Management Course for Medical Records Officers
20/11/2006-1/12/2007, Klien:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

2. Kursus Aplikasi Pangkalan Data dalam Pengurusan Rekod Fatwa
21 – 23 Mei 2007, Klien:Pejabat2 Mufti negeri-negeri

3. Kursus Pengurusan Rekod Perubatan untuk Penolong Pegawai Rekod
Perubatan(KPRP)
24 – 30 Jun 2007, Klien: KKM

4. Kursus Pengurusan Rekod Perubatan untuk hospital –hospital swasta
2 – 6 Sept 2007 Klien: Hospital2 swasta

5. Kursus Pengurusan Rekod Perubatan untuk Penolong Pegawai Rekod Perubatan
2 – 8 Dis 2007 Klien:KKM

6. Course on Data Analysis Using SPSS 26 – 27 Januari 2008 IPTA & IPTS

7. Seminar on Postgraduate Studies 22 – 23 Mac 2008 IPTA & IPTS

8. Course on Data Analysis Using SPSS 26 – 27 April 2008 IPTA & IPTS

Kebanyakannya dapat sambutan sangat baik dan dapat permintaan untuk program lanjutan.