Memaparkan catatan dengan label Mencari diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mencari diri. Papar semua catatan

Khamis, April 23, 2009

Menangis lagi…

Pagi ni saya menangis lagi dalam kereta, sebaik selepas anak-anak sampai ke sekolah menjadikan saya memandu sendirian ke tempat kerja…Kalau pemandu lain perasan, mesti mereka menjangkakan saya ada masalah dengan rumahtangga ke, apa-apa lagi ke. Hakikatnya, pagi semalam sy menangis kerana rasa ada yang tak kena pada diri- bercampur baur…kerja banyak, tapi asyik membuang masa- contoh,lalai tengok tv dikala anak meminta saya menemani mereka bermain. Hakikatnya saya sendiri hairan camana saya boleh tersangkut depan tv hanya kerana cerita2 dongeng tentunya..(cinetron Aqso & Madina, ha ha)

Pagi ini saya menangis lagi dalam pemanduan ke tempat kerja, tetapi kerana syukur Allah menegur saya dengan cara yang sangat indah..Seperti biasa, Ustaz Zamri dan Zarita dalam slot Z&Z di radio Ikim membawakan pelbagai isu menarik untuk dibincangkan...Pagi ni, topik yang dibawakan ialah kempen seminggu tidak menonton TV oleh Fomca. Reaksi di dada akhbar kebanyakannya negative – tidak sesuai, impossible, tidak bijak dsb. Tapi lain pula reaksi2 para pemanggil Ikim. Mostly positif, sokongan 100%-200%. Kebanyakannya memang dah lama amalkan tak tengok tv langsung…dan mereka berjaya membina hubungan baik dengan anak-anak, melangsaikan kerja dsb. Kesimpulannya kebanyakan orang yang berjaya ialah orang yang tidak tengok tv. (Yang buat panggilan pun bukan orang calang-calang juga-Ustaz Jamnul Azhar, doktor2, ustaz2) Ada pula suri rumah yang berkorban tak tengok tv atas sebab nak bina tabiat baik dalam diri anak-anak. Itulah antara reaksi pemanggil..Oh, saya sungguh terpukul dengan perbincangan yang di bawa…lalu saya menangis menyesali perbuatan diri (yang lalai) dan mensyukuri teguran Allah terhadap saya dengan cara yang indah dan halus itu. Sayangnya Allah pada saya.. itu yang saya fikir..kerana saya yakin benar dengan kata-kata “Apa yang datang kepadamu pasti sesuatu yang berkenaan dengan dirimu, dan apa yang hilang darimu pasti sesuatu yang tidak berkenaan denganmu,..” Jadi , pasti itulah teguran tuhan terhadap siri saya yang lalai..Bukan alang-alang atau kecil-kecil kerja-kerja yang perlu saya langsaikan segera-bukan saya tak tahu, tapi, saya berdalih…kononnya, banyak kerja2 rumah saya telah disub-contrak kepada pembantu rumah, jadi peruntukan masa itulah yang saya ambil untuk menonton..dalih yang tentunya tak boleh diterima kan?

Terasa hinanya saya, tak segolongan dengan para pemanggil yang telah berjaya mencipta gaya hidup yang ideal itu. Hakikatnya saya juga dulu pernah begitu, keadaan hanya bertukar, pada hemat saya, selepas suami menjadi terlalu sebok dengan tugas..jarang di rumah memantau kami, lemahnya saya…Namun Allah masih menyayangi. Terima kasih, Tuhan…

Isnin, Februari 02, 2009

Alhamdulillah

Banyaknya perkara yang patutu aku syukuri pada Allah. Selain dilahirkan dalam keluarga bahagia, segalanya dicukupkan...mak, adik-kakak, suami,anak2 membahagiakan kehidupan.

Syukur 2 hari lepas suami selamat sampai balik ke Malaysia dari kembara ke bumi Syria, Jordan, Dubai, Turki selama 14 hari(18-31 Jan 2009), selamat mencapai misi menyampaikan derma orang ramai RM500,000 kepada Palestin.

Syukur semalam, majlis ilmu yang kuhadiri berjaya membincangkan isu2 yang sangat perlu dalam kehidupan muslimah (+ makan sedap di rumah Ani & Aishah), juga memberi kesedaran dan mengesankan..

Syukur, hari ni yang sepatutnya dijadualkan meeting pagi(OBE),petang(vetting FEQ), malam (persatuan peljar-PER-Fact), telah berjalan lancar, soalan telah tersedia dibuat sem lepas, OBE, aku satu2nya yang dah siap semua smpai step 7...Syukur Alhamdulillah...

Syukur aku dikhabarkan berita gembira permohonan kursus di Hong Kong April nanti diluluskan.Akan g dgn Diana.Syukur..

Syukur baru ni dapat offer scholarship PhD (luar negeri).

Syukur dah mohon UBC sebelum closing date, Syukur Prof. Luciana sudi jadi supervisor. Klau jadi akan mula PhD pada winter session Sept 2009, Vancouver, Canada.

Syukur IELTS dah diduduki hujung minggu lepas (result tak tau camana, harap memberangsangkan), syukur dah ambik juga PTK 5 baru2 ni (yang dirasakan sengsaranya tuhan saja yang tahu, masih belum dapat result)..

Syukur baru2 i Syakirin sekali lagi dinobatkan pelajar terbaik keseluruhan sekolah IISSA.

Syukur segalanya...banyak lagi yang patut kusyukuri...Tuhan. hamba yang lemah ini sentiasa mahu buat yang terbaik..untuk agamamu..tetapkanlah yang terbaik bagiku...berilah kemampuan aku menghadapinya....

Amin...

Sabtu, September 27, 2008

Ramadhan akan berlalu lagi

Terasa baru seminggu dalam Ramadhan...(mungkin 2 minggu dihabiskan di negara orang), sedar-sedar, Ramadhan sudah di penghujungnya. Tinggal 4 hari lagi Syawal menjelma. Apa yang dah kubuat? Pertemuan singkat dengan Laila mencetuskan satu sesi muhasabah panjang yang sungguh menginsafkan dan dalam ertinya kepada kami berdua...

Isnin, Jun 23, 2008

Sesi dengan Dr Mohamad bin Jantan

Setelah beberapa kali appointment terbatal akhirnya pada 18 Jun lepas barulah menjadi pertemuan saya dengan seorang pakar ESQ Dr Muhammad Bin Jantan yang sebenarnya telah saya kenali sejak tahun 1990 semasa menyertai kem bina semangat pengawas SMAP di Pasir Panjang Port Dickson. Sejak itu saya mengagumi beliau yang bijak menyuntik motivasi. Kem yang diadakan di dalam hutan ditepi pantai itu benar-benar terkesan kpd saya, masih saya ingat susur galur hutan yang kami lalui, pasir pantai yang menjadi medan pengukur tahap keyakinan diri, telur sebiji seorang diberi sebagai "amanah" yang mesti dijaga sepanjang program dan yang paling signifikan, zikir munajat mendayu-dayu yang diajar kepada kami... semuanya masih segar di ingatan...Rupanya Dr Muhammad juga mendapat satu 'azimat' dari program yang dikendalikannya itu. Katanya sehingga sekarang dia tak boleh lupa alunan 'Asmaul Husna' yang dialunkan oleh kami pengawas2 SMAP semasa kem itu, yang mengaum di tengah hutan. Sampai sekarang katanya, di mana saja dia dengar Asmaul Husna, dia pasti teringat alunan kami dulu yang telah menaikkan bulu romanya itu...

Back to my main story...Biasanya seberat manapun masalah saya, suami (atau mak) akan berjaya menjadi kaunselor saya. Tapi kali ni membuatkan saya rasa saya perlu jumpa kaunselor profesional... Dan Allah berikan saya jalan semasa menemani suami routine appointment dengan dr. pakar di sebuah hospital swasta selepas pembedahannya dua bulan lepas, saya terjumpa iklan perkhidmatan rundingan kaunseling oleh Dr Muhammad.

Sesi itu berjalan selama hampir 3 jam, sebahagian besarnya suami turut serta. Kesimpulan yang dibuat Dr Mad menjadikan saya teruja. Melalui 'profile test' yang dibuatnya, profile utama saya ialah 'diamond'- positif:pemikir, kuat ingatan, fokus, merancang, ikut peraturan dengan ketat, sangat teliti, detail etc, negatif: pelupa, tak boleh mengurus etc. Peofile ke2 saya ialah "stream"- buat kerja terus menerus . Kedua2 profile ni menggunakan otak kiri. Bererti otak kiri saya bekerja sangat kuat, otak kanan saya under-utilized. Itu yang jadi saya rasa masalah saya berat sangat. Suami: profile no.1= stream. no.2= flower. Buat kerja non-stop, tapi masih boleh senyum, ketawa, bergurau etc. So, kami walaupun sama-sama stream, tapi diimbangi dengan'flower' yang dimiliki suami. (Ada 1 lagi profile iaitu 'shaker' yang mungkin menjadi yang ke 3 atau 4 pada saya dan suami)

Suami saya merasa agak pelik betul ke saya ni 'berperancangan, berperaturan', sedangkan dia nampak, kenal saya sebagai seorang yang cincai, cacamerba...Ha ha disinilah jawapannya yang mahal tu(ini hanya rumusan saya sendiri, disaksikan Dr Mad): Orang diamond kuat ikut peraturan! Memang betul dulu2 zaman universiti, sekolah,saya seorang yang kemas,berperaturan, planned. Buktinya lihat sahja gambar2 saya zaman dulu..locker,meja study etc. Bila saya bergelar isteri, sifat ikut peraturan/'taat' saya kepada suami lebih mendominasi segala yang lain termasuk 'hidup yang berperaturan'. Contoh Dr Mad beri: untuk balik kampung saya perlu diberitahu awal, seminggu, 3-4 hari in advance, tak boleh on the spot. Tapi hakikat yang berlaku sekarang dalam kehidupan saya, biasanya semua benda ad hoc, kalau suami kata balik kg hari ni, saya akan kata ok. Jadi akibatnya bila saya melawan fitrah saya sendiri, diamond saya dah jadi negatif iaitu tak boleh mengurus, tak boleh buat keputusan etc,. Maka terjawablah persoalan saya selama ni. Memang saya rasa saya sekarang bukan saya yang sebenarnya... Sekarang diri saya yang sebenar telah semakin menjauh dari saya. Tugas saya sekarang hanya mengembalikan semula diri saya yang sebenar...Dan satu kunci yang diberi oleh Dr Mad ialah PhD (padahal saya tak sebut langsung perkataan PhD pada beliau dalam sesi tu walaupun itu antara perkara yang menjadikan saya serabut kepala). Jadi inilah saatnya batu loncatan saya kepada PhD yang telah lama bermain di fikiran. Dan ada satu statement Dr. yang sangat menggembirakan saya tentang PhD yang bakal saya lalui....