Hari ni, masuk hari ke 20 K Ngah jatuh sinki, lepas seminggu di wad, hamper 2 minggu di rumah, akhirnya hari ni K Ngah kegirangan dapat berjalan sendiri walaupun perlahan2 dan sekali sekala nak terjatuh...
Dari pengalaman K Ngah sakit, ni banyak juga yang saya belajar...terutamanya tentang psikologi anak2. K Ngah seorang anak yang baik i.e tak nakal, mendengar kata, bersistematik, tapi sensitif. Tak sangka dia akan ditimpa satu peristiwa yang unpredictable untuk anak sepertinya. Kemalangan seperti itu mengkin boleh dijangka bagi seorang budak yang nakal. Biala kanak2 spt K Ngah yang kena, traumanya dalam bagi anak itu sendiri. Simpati orang sekeliling juga lebih. K Ngah semasa di wad seperti sedang mengalami dunia baru dalam hidupnya...Bercampur baur- sakit, penat, takut, risau, keliru bercampur seronok (esp bila pelawat datang bagi buah tangan atau duit), bahagia (dapat perhatian lebih dari orang terdekat. Kesian dia...cuba memahami apayang dia lalui...Ada masa dia cemas bila nampak nurse datang utk beri ubat, ada masa dia seronok dah tersenyum bahagia mengira wang yang 'dikumpulnya' dari orang 2 yang datang menziarah.
Dan kebanyakan masa, abah yang menjaga Kak Ngah. Ummi sebok kesana kemari menguruskan urusan2 yang tak tau bila nak selesai. KUmmi tahu k Ngah nak Ummi selalu ada di sisi, maafkan Ummi.. Paling terasa, 2 kali kak Ngah masuk OT, tanpa Ummi yang mengiringi.. Dan dua-dua kali buka mata lepas sedar dari GA (general/full anaestetic), Ummi tiada juga di sisi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan