Isnin, Ogos 10, 2009

BAHAYA! TABIAT MEMBUANG MASA

Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung
kepada kita untuk melayarinya". Setiap insane mempunyai jumlah
waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan
kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam
sehari nya.

Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai
"proscastinantion" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,
kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita
untuk mencapai kejayaan menurun.

Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang
masa ini:

MATLAMAT DIKECILKAN

Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu
terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu
besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi
untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat
besar dan tidak kesampaian!

Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar
itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10
ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah
kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,
matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan

TINGKATKAN KEKUATAN TENAGA

Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah
kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan
tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.

Sebab ini adlaah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira
berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak
mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.

Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap
produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun
sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya
melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia
akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif
pada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja
oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa
tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.

Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan
tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam
setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang
beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan
badan anda dengan tekanan kerja.

Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan
disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan
dnegan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di
barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.

Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa
sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti
kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!
Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang
sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!

SUARA POSITIF

Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita
masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negative
seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.
Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya
dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan
kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.

Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan
memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan
sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,
masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.

Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh
kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita
gembira!

Mereka yang optimis akan...
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa
keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima
dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya
memperbesarkan suatu maslaah.

Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka
sering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa
silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih
produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi
seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!

PRINSIP 80-20

Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam
setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!

Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di
ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil
daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda
akan menurun selepas 20% masa anda diambil!

Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat
anda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,
bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi
bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah
bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan
tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data
menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...
atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.

Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.
Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang
benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja
tersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada
kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu
hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama
iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu
diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan
yang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%
daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas
kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan
asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda
sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat
semula.

Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan
kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!

ps: Jangan lagi melengahkan masa dalam memulakan perniagaan. Sertai
seminar "Cara Bagaimana Untuk Mencapai Kejayaan Perniagaan Dalam
Masa Singkat dan Pelaburan yang Minimum" di

http://www.irfankhairi.com/mentor/ik/

(petikan dr email Irfan Khairi)

Sabtu, Ogos 08, 2009

Ujian datang dan pergi...

الم ﴿١﴾ أَحَسِبَ النّاسُ أَن يُترَكوا أَن يَقولوا ءامَنّا وَهُم لا يُفتَنونَ ﴿٢﴾ وَلَقَد فَتَنَّا الَّذينَ مِن قَبلِهِم ۖ فَلَيَعلَمَنَّ اللَّهُ الَّذينَ صَدَقوا وَلَيَعلَمَنَّ الكٰذِبينَ ﴿٣﴾ أَم حَسِبَ الَّذينَ يَعمَلونَ السَّيِّـٔاتِ أَن يَسبِقونا ۚ ساءَ ما يَحكُمونَ ﴿٤﴾ مَن كانَ يَرجوا لِقاءَ اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لَءاتٍ ۚ وَهُوَ السَّميعُ العَليمُ ﴿٥
﴾Al-Ankabut (29): 1-5)

1)Alif Lam Mim
2)Apakah manusia mengira bhw mereka dibiarkan mengatakan :"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji
3)Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka. Allah mengetahui org2 yg benar dan Dia mengetahui org2 yg dusta
4)Ataukah org2 yg mengerjakan kejahatan itu mengira bhw mereka akan luput(dari azab)Kami? Amatlah buruk apa yg mrk tetapkan itu
5)Barangsiapa yg mengharap pertemuan dgn Allah, sesungguhnya Allah itu pasti datang, dan Dialah yg Maha Mendengar lg Maha Mengetahui

Aku sedia maklum, Allah menyediakan dunia in sebagai 'pentas' untuk menguji manusia. Manusia diberikan satu watak..anak sipolan, isteri si polan, etc...Yang anehnya, kita diberi pilihan melakonkan watak itu..protagonis? antagonis? Pelakon itu sendiri yang menentukannya...Dan lakonan itu bayarannya amat lumayan. Pendeknya si pembawa watak protagonis dibayar syurga, antagonis dibayar neraka..kelihatan simple...

Tentu ramai yg akan memilih watak protagonis, kan? Bercakap mmg mudah, tetapi tak semudah membawa perwatakan itu sendiri..Allah tetap akan menguji si pembawa watak baik itu untuk menilai...Manusia akan diuji...itulah pentas dunia..

Ujian datang dlm berbagai bentuk...fizikal, spiritual, intelektual, emosional....Semuanya telah kulalui...dan kini aku diuji lagi...Kuatkah aku menghadapinya??? Tolonglah aku wahai Pencipta..Engkaulah yang memberi/mencipta ujian ini dan kepadaMulah aku kembali dan memohon kekuatan....Ujian kali ni mmg perlukan kekuatan luar biasa utk kutangani....

Jumaat, Ogos 07, 2009

Demi RahmatMU..

Berikanku ketabahan...redhoi ketulusan hati ..aku sanggup berkorban demi RAHMATMU..Ya Allah..ingin bahagia dunia akhirat...

Isnin, Ogos 03, 2009

Konsert Antara Dunia 2009






12.12 am 3 ogos 2009

Hari ni, walaupun agak penat, adalah hari yang menggembirakan, sekaligus hari bersejarah. Bermula dari enjoyment + satisfaction dengan Konset Antara Dunia semalam di Stadium Melawati, hinggalah rentetan2 peristiwa hari ni..kuliah subuh, bergambar dgn tokoh tersohor yang dihormati, autograph buku, etc. Towards petang, awan mendung mula bertamu-ketiga2 anak demam, mak & fizah balik Ipoh & Gerik, suami ada tugas lagi...

KAD'09 menampilkan 5 kumpulan nasyid tersohor - Rabbani, Hijjaz, Raihan, Soutul Harakah(indon) dan Nibras(Makkatul Mukarramah). Persembahan mereka semuanya sangat bertenaga, menghiburkan, penuh pengajaran kerana diselang selikan dengan slideshow/short movie, pentomin, tazkirah etc. Overal, perjalanan keseluruhan program termasuk pembukaan dengan bacaan surah Luqman & tafsirnya oleh 2 qari dan storyteller cilik dari tadika, perasmian dgn pantun oleh MB Kelantan, pemilihan lagu2 etc terasakan bagai sangat 'cantik', indah.

Yang lebih special lagi, konsert ini turut mendapat 'sentuhan' org yang sy sayangi, selaku penasihat kepada adik2 penganjur