Memaparkan catatan dengan label hari-hariku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari-hariku. Papar semua catatan

Rabu, September 21, 2011

Meeting, makan

Semalam, kami beramai2 menjamu selera di SIMLab baru ni dgn Abrar.

Meeting individual hari ni tak panjang, tapo group meeting mmg panjang, di buat di gazebo depan library. SV expect 4 A ranked paper from each students next year. Fuhhh...

Dan kami boleh berkongsi buat paper

Sabtu, Ogos 08, 2009

Ujian datang dan pergi...

الم ﴿١﴾ أَحَسِبَ النّاسُ أَن يُترَكوا أَن يَقولوا ءامَنّا وَهُم لا يُفتَنونَ ﴿٢﴾ وَلَقَد فَتَنَّا الَّذينَ مِن قَبلِهِم ۖ فَلَيَعلَمَنَّ اللَّهُ الَّذينَ صَدَقوا وَلَيَعلَمَنَّ الكٰذِبينَ ﴿٣﴾ أَم حَسِبَ الَّذينَ يَعمَلونَ السَّيِّـٔاتِ أَن يَسبِقونا ۚ ساءَ ما يَحكُمونَ ﴿٤﴾ مَن كانَ يَرجوا لِقاءَ اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لَءاتٍ ۚ وَهُوَ السَّميعُ العَليمُ ﴿٥
﴾Al-Ankabut (29): 1-5)

1)Alif Lam Mim
2)Apakah manusia mengira bhw mereka dibiarkan mengatakan :"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji
3)Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka. Allah mengetahui org2 yg benar dan Dia mengetahui org2 yg dusta
4)Ataukah org2 yg mengerjakan kejahatan itu mengira bhw mereka akan luput(dari azab)Kami? Amatlah buruk apa yg mrk tetapkan itu
5)Barangsiapa yg mengharap pertemuan dgn Allah, sesungguhnya Allah itu pasti datang, dan Dialah yg Maha Mendengar lg Maha Mengetahui

Aku sedia maklum, Allah menyediakan dunia in sebagai 'pentas' untuk menguji manusia. Manusia diberikan satu watak..anak sipolan, isteri si polan, etc...Yang anehnya, kita diberi pilihan melakonkan watak itu..protagonis? antagonis? Pelakon itu sendiri yang menentukannya...Dan lakonan itu bayarannya amat lumayan. Pendeknya si pembawa watak protagonis dibayar syurga, antagonis dibayar neraka..kelihatan simple...

Tentu ramai yg akan memilih watak protagonis, kan? Bercakap mmg mudah, tetapi tak semudah membawa perwatakan itu sendiri..Allah tetap akan menguji si pembawa watak baik itu untuk menilai...Manusia akan diuji...itulah pentas dunia..

Ujian datang dlm berbagai bentuk...fizikal, spiritual, intelektual, emosional....Semuanya telah kulalui...dan kini aku diuji lagi...Kuatkah aku menghadapinya??? Tolonglah aku wahai Pencipta..Engkaulah yang memberi/mencipta ujian ini dan kepadaMulah aku kembali dan memohon kekuatan....Ujian kali ni mmg perlukan kekuatan luar biasa utk kutangani....

Jumaat, Ogos 07, 2009

Demi RahmatMU..

Berikanku ketabahan...redhoi ketulusan hati ..aku sanggup berkorban demi RAHMATMU..Ya Allah..ingin bahagia dunia akhirat...

Khamis, April 23, 2009

Menangis lagi…

Pagi ni saya menangis lagi dalam kereta, sebaik selepas anak-anak sampai ke sekolah menjadikan saya memandu sendirian ke tempat kerja…Kalau pemandu lain perasan, mesti mereka menjangkakan saya ada masalah dengan rumahtangga ke, apa-apa lagi ke. Hakikatnya, pagi semalam sy menangis kerana rasa ada yang tak kena pada diri- bercampur baur…kerja banyak, tapi asyik membuang masa- contoh,lalai tengok tv dikala anak meminta saya menemani mereka bermain. Hakikatnya saya sendiri hairan camana saya boleh tersangkut depan tv hanya kerana cerita2 dongeng tentunya..(cinetron Aqso & Madina, ha ha)

Pagi ini saya menangis lagi dalam pemanduan ke tempat kerja, tetapi kerana syukur Allah menegur saya dengan cara yang sangat indah..Seperti biasa, Ustaz Zamri dan Zarita dalam slot Z&Z di radio Ikim membawakan pelbagai isu menarik untuk dibincangkan...Pagi ni, topik yang dibawakan ialah kempen seminggu tidak menonton TV oleh Fomca. Reaksi di dada akhbar kebanyakannya negative – tidak sesuai, impossible, tidak bijak dsb. Tapi lain pula reaksi2 para pemanggil Ikim. Mostly positif, sokongan 100%-200%. Kebanyakannya memang dah lama amalkan tak tengok tv langsung…dan mereka berjaya membina hubungan baik dengan anak-anak, melangsaikan kerja dsb. Kesimpulannya kebanyakan orang yang berjaya ialah orang yang tidak tengok tv. (Yang buat panggilan pun bukan orang calang-calang juga-Ustaz Jamnul Azhar, doktor2, ustaz2) Ada pula suri rumah yang berkorban tak tengok tv atas sebab nak bina tabiat baik dalam diri anak-anak. Itulah antara reaksi pemanggil..Oh, saya sungguh terpukul dengan perbincangan yang di bawa…lalu saya menangis menyesali perbuatan diri (yang lalai) dan mensyukuri teguran Allah terhadap saya dengan cara yang indah dan halus itu. Sayangnya Allah pada saya.. itu yang saya fikir..kerana saya yakin benar dengan kata-kata “Apa yang datang kepadamu pasti sesuatu yang berkenaan dengan dirimu, dan apa yang hilang darimu pasti sesuatu yang tidak berkenaan denganmu,..” Jadi , pasti itulah teguran tuhan terhadap siri saya yang lalai..Bukan alang-alang atau kecil-kecil kerja-kerja yang perlu saya langsaikan segera-bukan saya tak tahu, tapi, saya berdalih…kononnya, banyak kerja2 rumah saya telah disub-contrak kepada pembantu rumah, jadi peruntukan masa itulah yang saya ambil untuk menonton..dalih yang tentunya tak boleh diterima kan?

Terasa hinanya saya, tak segolongan dengan para pemanggil yang telah berjaya mencipta gaya hidup yang ideal itu. Hakikatnya saya juga dulu pernah begitu, keadaan hanya bertukar, pada hemat saya, selepas suami menjadi terlalu sebok dengan tugas..jarang di rumah memantau kami, lemahnya saya…Namun Allah masih menyayangi. Terima kasih, Tuhan…

Isnin, Februari 02, 2009

Alhamdulillah

Banyaknya perkara yang patutu aku syukuri pada Allah. Selain dilahirkan dalam keluarga bahagia, segalanya dicukupkan...mak, adik-kakak, suami,anak2 membahagiakan kehidupan.

Syukur 2 hari lepas suami selamat sampai balik ke Malaysia dari kembara ke bumi Syria, Jordan, Dubai, Turki selama 14 hari(18-31 Jan 2009), selamat mencapai misi menyampaikan derma orang ramai RM500,000 kepada Palestin.

Syukur semalam, majlis ilmu yang kuhadiri berjaya membincangkan isu2 yang sangat perlu dalam kehidupan muslimah (+ makan sedap di rumah Ani & Aishah), juga memberi kesedaran dan mengesankan..

Syukur, hari ni yang sepatutnya dijadualkan meeting pagi(OBE),petang(vetting FEQ), malam (persatuan peljar-PER-Fact), telah berjalan lancar, soalan telah tersedia dibuat sem lepas, OBE, aku satu2nya yang dah siap semua smpai step 7...Syukur Alhamdulillah...

Syukur aku dikhabarkan berita gembira permohonan kursus di Hong Kong April nanti diluluskan.Akan g dgn Diana.Syukur..

Syukur baru ni dapat offer scholarship PhD (luar negeri).

Syukur dah mohon UBC sebelum closing date, Syukur Prof. Luciana sudi jadi supervisor. Klau jadi akan mula PhD pada winter session Sept 2009, Vancouver, Canada.

Syukur IELTS dah diduduki hujung minggu lepas (result tak tau camana, harap memberangsangkan), syukur dah ambik juga PTK 5 baru2 ni (yang dirasakan sengsaranya tuhan saja yang tahu, masih belum dapat result)..

Syukur baru2 i Syakirin sekali lagi dinobatkan pelajar terbaik keseluruhan sekolah IISSA.

Syukur segalanya...banyak lagi yang patut kusyukuri...Tuhan. hamba yang lemah ini sentiasa mahu buat yang terbaik..untuk agamamu..tetapkanlah yang terbaik bagiku...berilah kemampuan aku menghadapinya....

Amin...

Jumaat, Oktober 10, 2008

Hidup yang sebok

Aku terkedu dan termenung sebentar...Jam dah pukul 4.30ptg. Aku masih terpacak di maje office, sedangkan sepatutunya mengikut plan asal aku sepaturnya berada si klinik bawa Yayang yg dah bebereapa hari mulut pecah berdarah. Hari -hariku dalam kehidupanku lebih diwarnai dengan kesibukan dunia kerjaku saja. Kebajikan anak-anak semakin terabai...Tambah dengan berbagai kesesakan keadaan-kedua2 kereta masuk workshop (satu, tersedak dan terus tercekik dan mati waktu aku tengah memandunya dalam tengah panas terik di bulan puasa, satu lagi husband terlanggar pili bomba dan lampu overdrive asik berkelip, dan toyota kata bahaya, kena fanti gearbox). Maid pulak bercuti panjang, balik Bandung sebulan. 24/10 nanti baru dtg semula. Lepas raya ni, Mak yang bersimpati dengan kami, datang menengok anak2. Pulak tu tengah bersepah nak pindah rumah..tak de sapa nak minta tolong, Aku sendiri, kerja terlalu banyak-marking, kelas ganti, macam2 lagi...


Kesian Mak terpaksa cover byk kerja aku. Husband pulak kena prepare utk masuk rumah baru tu sorang2 aku tak dapat tolong. Dahlah kakinya sakit-Baker cyst ruptured. Anak2 hari2 nak ke sekolah kelam kabut.

Lemasnya aku berada di dalm suasana ini. Seboknya dunia ni... di manakah ketenangannya??Waktu ni sepatutnya aku dah boleh balik uruskan anak2, bw Yyg gi klinik,ngemas barang etc. tapi keta pula tak da...

Tadi lepas kelas Dr Norliya bosku dalam Unit Kualiti panggil mesyuarat tergempar, kemudian kena jumpa TD baru, dua2 duscussion yg pangjang..bawa sampai ke petang...masa oh masa. Betapa aku dahagakanmu...

Selasa, Julai 29, 2008

R'ESQ - Repositioning Emotional, Spiritual Quotient

Dalam sebok bercongress, sempat pula mencelah ke seminar/workshop Dr Muhammad bin JantanNamanya RESQ. 1 day seminar on 26 JUly-Sabtu.

Sungguh mengesankan dan menginsafkan.... mujur aku datang

Ahad, Julai 20, 2008

Demam denggi membawa seribu satu pengertian dan pengajaran

Hari ni hari pertama aku menaip setelah berbelas hari diserang denggi. Perkataan denggi tu sendiri membawa pengertian yang sangat berbeza kepadaku setelah aku sendiri mengalaminya. Ingatkan macam demam biasa rupanya dasyat sanagt rasa macam nak mati pun ada. Ataukah pengalamanku berbeza dengan pesakit denggi lain disebabkan history PPCM ku?(PPCM= paripartum cardiomyo pathy - masalah jantung disebabkan sekitar proses melahirkan.

Rupanya semangatku ke kelas pada hari pertama semester ni terbantut...Terpaksalah menghabiskan masa dalam wad selama 8 hari (11-18 julai 2008). Sebenarnya demam dah bermula sejak Selasa 8hb lagi, ingatkan demam terkejut bila tau satu berita yang sangat mengejutkan dari seorang kawan pagi tu. Tak semena2 lepas dengar kisah dia, aku jadi seram sejuk dan terus demam. Tak daptlah aku attend perjumpaan dengan pelajar baru.(Harap bos faham).

Rabu & Khamis(9&10hb) demam menjadi2. Suhu tinggi sangat,badan sakit berguling2. Bila jumpa dr, terus diberi suntikan. Tak lama lepas tu, sakit lagi..Aduh seksa betul demam kali ni.Akhirnya lepas 2 kali ujian darah, aku disahkan denggi, kena masuk wad. Hari yang sama dapat berita seorang kawan meninggal demam denggi berdarah. Aku mula terfikir apa akan jadi kalau aku juga menemui ajalku kali ni...Beban kerjaku pasti terlerai, tapi kesiannya anak2, suami yang akan kutinggalkan. Pasti mereka akan merinduiku... Oh tuhan, panjangkan umurku!

Aku melalui pengalaman yang berbeza2 sepanjang di wad. hari pertama dan kedua amat menyiksakan, seluruh badan sakitnya tuhan saja yang tahu. Malamku sendirian merana merintih sakit. Langsung tak dapat tidur. Mungkin ada tertidur setengah jam. Suami yang berjanji menemani juga tak dapat buat begitu kerana ada mesyuarat sampai lewat malam, beergegas datang semula bila dengar aku masuk wad. besarnya kasih ibuku...
Ada hari yang aku rasa sangat lemah tak bermaya, nak buka mata pun tak nak. Mak naik risau bila aku langsung tak pedulikan orang2 yang datang menziarahiku...(dah teruk sangat ke anak aku ni?). Ada waktu yang aku rasa sejuk bersalji yang teramat2 badan menggeletar bergoyang-goyang. Ada waktu aku muntah-muntah.. Ada waktu panas gila berapi-api.Aah sungguh menyiksakan. Aku terima semuanya tuhan, ujianMu ini, agar banyaklah hikmahnya yang aku nikmati selepas ini.

Pengalaman ini hakikatnya sungguh menginsafkan...pengorbanan ibu, suami,anak2, adik-beradik, pembantu rumah. Ingatan kawan2, bos, even aku turut mennerima jambangan bunga dan buah yang sangat besar dari Datuk Bandar Shah Alam...

Terima kasih kepada semua yang datang menziarahiku:
Ustazah Laila yang kusayangi
Mak Long Jamaliah & Teacher Ina
Laila lagi
K Shima (TQ for the magazine, book & air gamat)
Kamarul & isteri,anak2
Rosnia & Pani,anak2
Ustazah Fatimah, anak2
Arif & isteri,anak2
Dr Norliya (terharu sungguh dr datang berulang kali, setiap kali bawa bekalan yang banyak, dengan nasihat2 etc)
Nurussobah & suami, anak2
kak Maziah
Linda
k Tie ( sedap nasi kak Tie tu, orang lain turut merasa)
Ani & Aishah
Wahidah & suami,anak2
Dr Nan (dekan)
Dr Dang & Dr Siti
Dr norliya lagi
Kak Shima lagi
Kak nab
kak Yati jiran, Abg Hashim
Rahman
Yazid, family
Pak Cik mail
Shamsul(student/SKP)-TQ buah,kek

Dan ramai lagi yang saya tak berapa ingat

Terima kasih semuanya yang datang, tak kurang yang bawa buah tangan macam2 sampai bila dikumpul, penuh satu 2 laci besar wardrobe hospital yang besar tu. Buka, terkejut le siapa yang melihatnya..Itu yang kering, tak kurang yang bawa yang dimasak-Dr Norliya, K Tie, Mak Long etc. Ada pula yang bagi duit..bawa petua yang pelbagai. Dan orang2 yang datang melihat saya dalam keadaan yang berbeza...masa ok, masa ko, masa teruk sangat, masa ok sikit etc. Ada yang kongsi pengalaman masa mereka sendiri kena denggi-ada yang sifatkan lebih siksa dari melahirkan. Hakikatnya orang yang pernah merasa je yang dapat memahami. Simpati dari yang belum pernah merasa tetap aku hargai.

Malam kedua abang datang menemani, tapi sampai lewat pukul 2, sebab tolong orang accident.

Hari ke 3 gatal-gatal tangan kaki, gusi berdasah, cirit birit, sentiasa nak muntah, lapr macam orang gastrik. 9am Dr Norliya sampai bawa bubur nasi. Baiknya dia, dah la semalam bawa barang sebanyak2nya sampai ke sekecil2 yoghurt fikirkan apa yang terbaik utkku. Rasa macam mak pulak. Bezanya dengan yang sorang lagi tu...

aku jadi pelupa sangat sehinggakan satu malam tiba2 je rasa lapar sangat2 tak tau nak makan apa, teringin biskut tapi fikirkan x ada, pagi esoknya buka laci baru sedar biskut bertin2, berbungkus2 makanan penuh laci, kenapa la semalam tak ingat langsung kelaparan til pagi.

Day 5 minum air gamat, day 6 jadi muntah2, sakit kepala teramat,sakit badan. Day 7 bunga dari Diana (222)

Besarnya harga sebuah ingatan. buktinya semasa aku terlantar ni, sesiapa yang telah ada 'effort' utk hanya menjenguk orang sakit ini, rasa bagai sebuah pengorbanan besar, tambah lagi yang datang 3-4 kali ,bawa makanan etc. Terharu sungguh orang sakit ni. Sebaliknya ada orang yang tega sms aku pun tak dibalas...