Rabu, Disember 23, 2009

e-syariah

KURSUS PENGURUSAN REKOD
(KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)
ZON TENGAH

Oleh Puan Ruzita Ramli




Penyelaras program iaitu Pn Ruzita sedang memberi taklimat ringkas kepada peserta sebelum slot pertama dimulakan oleh Tn Hj Abu Rahman dari Jab Arkib Negara Msia

Shah Alam, 30 Mac 2009 – Seksyen Rekod, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Jabatan Arkib Negara Malaysia telah mengadakan Kursus Pengurusan Rekod bagi kumpulan pengurusan dan profesional Gred LS 41 hingga LS52 di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor mulai 30 Mac – 1 April 2009.

Program ini merupakan kesinambungan dari kursus pengurusan rekod sebelum ini yang telah memberi tumpuan terhadap kumpulan sokongan.



Peserta dibantu oleh fasilitator dari Arkib Negara M'sia sewaktu latih amal pelupusan rekod.

Objektif
Memberi kefahaman dan maklumat tentang prinsip, konsep, perundangan, kaedah dan alat-alat dalam pengurusan rekod kerajaan yang betul dan selaras.
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melaksana dan menerajui pengurusan rekod di Jabatan masing-masing agar diurus dengan baik dan sistematik.
Menyediakan forum untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta mewujudkan jaringan pengetahuan dan kerjasama dalam pengurusan rekod awam.
Mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai keberkesanan standard, peraturan dan prosedur berhubung pengurusan rekod yang sedia ada bagi tujuan penilaian semula serta penambahbaikan yang sewajarnya.




Fail-fail disusun terlebih dahulu sebelum dilupuskan.


Peserta turut diberi tips mengisi fail dalam kotak - tinggalkan ruang yg boleh memuatkan tangan supaya mudah mengambil semula fail & kotak tidak rosak.

Hasil dari kursus ini, peserta-peserta telah mendapat banyak maklumat dan pengetahuan berhubung pengurusan rekod yang melibatkan tugasan seharian dipejabat. Antara yang turut disentuh dalam kursus ini adalah berkaitan format penyediaan memo dan surat, Kaedah pembukaan dan penutupan fail yang betul, kesedaran tentang pemeliharaan dan penyimpanan rekod dengan baik dan sistematik kerana ia merupakan instuitional memory Jabatan pada masa akan datang.

Kursus sebegini akan diteruskan ke Zon Timur, Zon Selatan dan Zon Utara serta Malaysia Timur. Diharap Kumpulan pengurusan dan profesional LS41-LS52 Zon akan datang mengambil peluang keemasan bagi mengikuti kursus ini seterunya mengaplikasikan pengetahuan dan maklumat terkini berkaitan pengurusan rekod konvensional dan elektronik di jabatan masing-masing.

Tamat

Tiada ulasan: