9 March 2009
Hari ni genap 23 tahun pemergian ayah. Mengingatkan tarikh ni, rindu datang menderu membuatkan mataku berkaca2. Telah lama peristiwa itu berlalu namun bagiku, kenangan itu amat segar di sanubari..terasa baru semalam kulalui segalanya.
Kenangan2 terakhir saat bersama ayah datang silih berganti. Masa ayah masih sihat, ayah suka berkebun di waktu luangnya. Aku akan selalu ikut ayah ke kebun. Di belakang rumah Mak Denan, ayah ada kebun yang cantik. Kawasannya berbukit, di bawahnya ada sungai kecil mengalir jernih. Ada pokok mempelam yang agak besar berhampirannya. Seronoknya aku bermain di kebun ayah ini, menolong ayah menanam jagung, bawang, kacang tanah etc. Bila tghari, kami berkelah bersama. Indahnya kenangan…
Di belakang kubur, selain tanaman kacang yang sangat luas (milik tok yah), ayah juga ada buat sawah dan tanam jagung. Sedapnya bila ayah bakar jagung fresh tepi telaga yang sangat jenih itu. Sekali sekala, kami tahan bubu di sungai tepi kebun kacang tok yah..
Di belakang rumah tok yah, juga kami ada sawah yang agak luas. Di tepi sawah ada 2 buah perigi. Salah satunya yang kami selalu mandi disitu..airnya sangat sejuk dan jernih. Tepi telaga ada pokok jambu dan di situ jugalah tok yah & ayah buat pangkin tempat kami duduk untuk halau burung dgn tali yang berangkai2 disekeliling sawah. Bila tarik tali di pangkin, semua tin2 yang dipasang ditali di keliling sawah akan bergemercing berbunyi dan burung akan terbang lari. Dari rumah tok yah sblm sampai ke sawah, kami kena turuni tangga yang tinggi dan curam, tapi tok yah dah buatkan pemegang di sepanjang tangga. Sampai bawah tangga, ada pokok kopi. Bila kopi masak, kami ramai2 kutip buah kopi, jemur dan bawa ke kerunai utk diproses jadi kopi oleh adik tok yah. Sepanjang perjalanan dari tangga ke sawah, dipenuhi pokok2 lain-kelapa, nangka etc. Di seberang sawah, ada kawasan tanaman yang subur. Disitulah biasanya tok yang tanam kacang. Keliling kawasan kacang dilingkari dgn anak sungai jernih. Seronoknya mandi dan sauk ikan di situ. Kadang2 ayah bawa menjala menyusuri sungai tu, hingga bertemu dgn air benak sg Perak.
Di Batu Satu juga ayah ada sawah padi. Juga ada anak sungai. Tahun 1985, ayah dapat 12 ekar getah & dusun, pampasan perpindahan ke kg Ganda. Masa ayah datang menebas dan membuka getah yang dah matang, aku selalu ikut ayah..Bila tengahari, kami makan sama2. Kadang2 ayah bakar pisang atau jagung. Enaknya masih terasa. Kadang, aku ikut ayah menorah di hujung minggu, tolong ayah kutip susu getah dan jual di Mardec, yang kebetulan teletak betul2 tepi kebun ayah.
Satu lagi yang masih segar di ingatan, masa aku, ayah, tok yah dan Abang Joha pergi naik bot memancing di banyak tempat di sepanjang tebing sungai Perak. Banyak juga dapat ikan. Akulah juara sbb waktu org lain semua sembahyang, aku tetap memancing. Masa tu lah banyak mengena…seronoknya..
Hari2 biasa, aku ikut naik motor ayah ke sekolah. Dalam perjalanan ayah suka sembang atas motor. Ayah tya apa cita2 aku..dan jawapan aku hari2 bertukar..doktor, peguam, akauntan, pensyarah…Samapai di sekolah, teringat satu masa, ayah kehairanan melihat aku disambut meriah kawan2 disekolah. Menreka tunggu aku d tempat ayah parking motornya, berebut2 amik dan bawakkan beg aku ke kelas, dan anehnya aku diusung ke kelas_ tak perlu jalan kaki..itulah seronoknya zaman sekolah. Waktu rehat, kalu nampak ayah di kantin sekolah, aku selalu minta duit ‘extra’ dan beli makanan ‘extra’. Biasanya aku makan sama2 dgn Mala, Ita, Siti Norsidah, Mijan etc.
Ayah kadang2 pakai kain pelikat mengajar di sekolah. Semua cikgu2 lain dah faham sikap & pendirian ayah.
Hari Sabtu, aku selalu ikut ayah ke Pekan Sabtu di Gerik. Kadang2 rumah kami jadi macam pejabat Kadi. Ayah, sebagai naib kadi selalu didatangi pasangan2 bermasalah rumahtangga, nak bercerai etc dan juga didatangi kes2 tangkap basah. Masih ingat bagaimana satu pasangan muda dikahwinkan di rumah kami lepas kena tangkap. Dan ayah jugalah terpaksa bagi nasihat pd ibubapa yang tak dapat terima kenyataan anaknya terlibat kes sedemikian.
Dan yang paling manis, ‘jasa’ ayah mengajar aku menjadi seorang ‘pentahfiz’ turut membawa ayah ke majlis2 musabaqah peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan sejak aku darjah 4. Rasanya ayah tentu gembira jumpa ramai pendidik2 lain dari seluruh Malaysia. 1984 di Sg Besar, Selangor, 1985 di Raub pahang dan 1986 di Taiping. Dan pasti ayah juga bangga aku berjaya jadi naib johan tahfiz peringkat kebangsaan 1985 & 1986. Selain hadiah2 material, trophy, wang tunai, sijil, ayah juga selalu saksikan aku diberi tahniah & hadiah tambahan di perhimpunan2 hari Isnin di sekolah..oleh guru besar, cikgu2 lain yang mungkin turut happy dgn kejayaanku dan nak memotivasikan aku dan pelajar lain di SK Ganda Temengor.
Paling signifikan, apabila keputusan Perperiksaan Penilaian diumumkan ternyata aku memecah rekod sekolah. Orang pertama dapat 5A, dan rekod tu aku pegang beberapa belas tahun (maklumlah sekolah pedalaman). Semua cikgu gembira, apatah lagi ayah sendiri. Aku nampak ayah di barisan guru2 si hadapan, terus menadah tangan mungkin mengucap syukur, apabila Guru Besar, Cikgu Lop membuat pengumuman penting itu. Dan tentunya di hari Penyampaian Hadiah, nama aku paling banyak disebut utk ke pentas mengambil hadiah..Selama di sekolah rendah darjah 1-6, no 1 sentiasa ditanganku, Alhamdulillah. Semoga itu menjadi ahadiah bermakna utk ayah dan ibuku yang banyak berjasa kepada kami..
Dengan keputusan Penilain & penglibatanku dalam musabaqah, aku yakin memohon ke SMAWP, seperti yang ayah mahukan. Akhirnya aku dapat 3 tawaran ke sekolah berasrama penuh (SBP). SEMESTI Teluk Intan, MRSM Dungun dan SMAWP. Tentunya aku dapat memilih dgn mudah. Teringat hari pendaftaranku di SMAWP, mempertemukan aku dgn beberapa kawan muzabaqah. Zeti, Azizul, Nadia, Hasnah etc. Mak masih menyusukan Khadijah (Adik) masa tu. 2-3 bulan pertama, aku menalami home sick yang teruk. Abang Koblah yang biasanya akan resolve. Ada peluang, aku akan ke UKM tidur d asrama Kak Bitah.
Awal March 1987 selepas 2 bulan aku di SMAWP, semasa aku di surau dan hujan renyai di luar, aku terkejut mendengar pengumuman namaku disebut, ‘ada tetamu’. Ternyata ayah datang menjengukku kalu petama dan terakhir selepas aku tinggal di asrama. Aku agak terkejut melihat ayah yang kurus dan cengkung, ditemani abg Khairi & Abg Yi. Banyak nasihat yang ayah berikan- jangan malu bertanya, belajar bersungguh etc.
Esoknya, ayah ke hospital Tg Ampuan Rahimah Klang, dan di tahan. Selang sehari, Abang Kob akan datang ambil aku di asrama utk ziarah ayah. Aku bacakan Yasin, ayah tegur apabila ada yang tak betul. Kali terakhir menjenguk ayah pada petang Isnin itu, aku sngguh rasa berat hati nak meninggalkannya. Tapi Abg Kob minta aku bersabar dan balik asrama dulu. Sampai di asrama, kepalaku sakit, rasa nak demam, aku tidak ke prep malam tu, tapi ke bilik dsakit utk tidur. Ketika membuka mata, aku dikejutkan dgn kehadiran 2 org warden ditepiku. Mereka minta aku bersiap2, abg Kob akan datang ambil. Ketika itu jugalah, aku tahu, ayah tiada lagi..Duniaku terasa gelap, aku tak percaya..tak mungkin orang yang sangat kusayangi pergi meninggalkanku terlalu awal, disaat aku masih terlalu amat pelukannya-nasihat dan doronganya, tunjuk ajarnya. Dan aku tahu mak masih sangat perlukan ayah, utk sama2 membesarkan anak2 yang masih kecil. Adik baru berumur setahun. Kesiannya mak.
Malam tu, jenazah ayah dibawa ke ruamh Abg Tarmizi di Kelang. Aku duduk di tepi ayah, baca apa yang patut. Sayangnya aku pd ayah. Esoknya jenazah dibawa balik ke Gerik, disemadikan. Ternyata ayah punya ramai kawan. Sungguh ramai org yang datang menziarahi & menyembahyangkan ayah (di rumah tok).
Kuhargai sejarah lalu, kerana, aku tahu, sejarahlah membawa aku ke sini, membentuk kepada apa adanya aku hari ini. Aku memang serba kekurangan, tapi sejarahku amat indah. Teringat masa aku bersama2 ayah di atas katil mendengar ayah ‘rehearse’ khutbah Jumaat, di meja kerja, ketika aku menolong ayah mengisi/menulis buku ringkasan mengajarnya, ketika ayah membimbingku membalas surat2 kenalan bujalku…ayah mask sup atau rebus petai, ketika aku sedang duduk di tangga baca buku atau buat homework…semuanya sejarah berharga.
Kini, aku telah dewasa. Sudah 35 tahun 3 bulan aku hidup di dunia. Masih menjadi pengembara, mencari makna hidup, mencari bekalan utk ke negeri kekal abadi. Banyaknya ‘kejayaan’ peribadi yang kugapai dan banyaknya pula onak duri, ujian yang kulaui. Aku terima segalanya dengan tabah. Kadang2 aku berjaya. Kadang2 aku tersungkur rebah. PadaMu aku mengadu. Engkau yang lebih tahu hakikat diri ku berbanding aku sendiri. Aku mahu jadi anak yang soleh, yang berjasa kapda ayahku, ibuku… biarlah semaian mereka ini berhasil. Berhasil memberi erti dan menyumbang nasib mereka di alam sana. Aku tak sempat membalas jasanu ayah..semoga aku dapat membalas jasamu di sana. Ibu, pengrbananmu telalu tinggi, bersendirian mendbesarkan dan mendidik kami, tidak terbalas jasamu itu. Semoga kau bahagia melihat kami meniti hari dewasa. Semoga kita sama2 bahagia di sana, bersama ayah. Amin…
Dan kini, aku terus melaui liku2 hidup, menerima ujian yang sangat berat aku rasakan. Ujianku bersangkutan sejarah silam yang begitu indah. Berkait kenangan bersamamu ayah…Semoga dapat kuredahi dan kulalui dgn tabah, semoga ada sinar bahagia dihujungnya. Dan semoga aku diampuni dan terus diredhai…
1 ulasan:
Salam...
Anis berdoa agar Wan terus tabah dan sabar.. Anis tahu Wan seorang yang sangat kuat...
Sama-samala kita berdoa agar kita boleh mencapai apa yang kita cari dan kejar.. semoga kita berjaya...
please do keep in touch,.. banyak yang kita boleh berkongsi masa ini...
Catat Ulasan