Selasa, Jun 29, 2010

CIS Research Day Magill -Flashback

Ni gambar2 sekitar research day di Magill Campus, UniSA
























Buat paper ICIQ dalam kesuntukan masa

Semalam, datang ofis seawal 8.15am dan balik maghrib (5.30pm), dengan azam menyiapkan paper International Conference on Information Quality(ICIQ 2010) yang akan berlangsung November di Little Rock, US. Due date 2/7. Tinggal 3 hari lagi. Ethics application cadangnya semalam nak diignorekan dahulu, tapi, bila stuck buat paper, aku menjengah ethics, sehingga akhirnya, ethics document preparation dah hampir siap, dan paper ICIQ tak siap2...aduhai..ditambah pula dgn rugi masa meeting SIMLab 3-4.30pm. Meeting kali ni agendanya 1. Bing's presentation on miRNA-mRNA, 2. Jing's briefing on ICIQ 2011 Adelaide,3. Lubos's sharing on online ethics application.

Lepas meeting, nak menulis pun rasa dah tepu, jadi buka blog. Tiba2 Abrar muncul. Sembang kejap sblm hubby datang menjemput. Malam, meneruskan rutin biasa sejak lbhkrg 3 bulan lepas mengajar anak2 mengaji...setiapa malam rumah kami meriah dgn kelas mengaji yang disertai anak2 kami & kawan2 -Liza & Nizam, Hai & Idris, K Has & Shafizul & Ayu & Hairul.

Hari ni ada meeting dgn SV, dia nak aku & Nan bentang plan PhD kami masing2. Dalam meeting mgu lepas, ada beberapa pesanan dia:
1. Start tulis thesis mulai sekarang -average separuh page sehari
2. Tulis 6 conference paper setahun (Nan 3 je), 3 journal paper dan satu book chapter
3. Buat plan utk kerja2 PhD
4. Cari 4 thesis terbaik, baca& ikut style mereka

Harap sangat hari ni aku dapat langsaikan paper ICIQ dan buat jadual timeline PhDku...aminn

Jumaat, Jun 25, 2010

Kubuka kembali lembaran ini...setelah melepasi candidature confirmation...

Alhamdulillah,

Baru terasa boleh bernafas setelah berjaya melepasi tahap kritikal candidature confirmation dan ethics approval (Walaupun ethics application masih di tahap Ethics Compliance Officer (ECO)Review. Baru rasa boleh tarik nafas lega... baru ada mood nak tulis blog, sebelum ni, bukan tak nak tulis, tapi tahap kerisauan menghadapi 'judgement day' tak megizinkan mood berblog datang. 6 bulan yang berlalu menyimpan seribu satu cerita dengan 1001 wajahnya. Memang sangat banyak. Terasa rugi tak berblog sedari dulu.

Pagi ni, sedang husb beli tiket dia akan ke Sydney & Melbourne mgu depan,tiba2, nampak ada tiket murah ke Melbourne masa cuti sekolah, seelok dia habis program dia. So, bincang dan plan saya & anak2 pergi menyusul ke Melbourne. Tapi, fikir2, ok ke, Supervisor bagi ke cuti seminggu? Sampai ofis email dia : Can I ask for a break from 6th-9th July during this school holiday? I plan to bring the children for holiday. Appreciate if you could confirm immediately– I need to buy ticket a s a p. Sekejap je dia dah jawab: Oh goodness me, do you think you need to ask me for this? Please go ahead. You have submitted your proposal and ethics application, You can fly free now :) . He he apalagi, tiket pun di beli- Jadi, kami akan ke Melbourne 6-11 July 2010. Semoga perjalanan dipermudahkan dan percutian penuh bermakna. Amin..

Pagi ni, seminar-presentation by Suthep (on Shark image) & Sureerat (IT Governanace).

Khamis, Jun 10, 2010

Candidature confirmed






Alhamdulillah..beautifully done

Khamis, Jun 03, 2010

My big day tomorrow













Esok tepat 6 bulan aku berada d bumi Adelaide (5/12/2009-4/5/2010).6 bulan lepas, masa ni, kami di saat2 akhir meninggalkan Msia. Kini, setelah 6 bulan, sampai saat yang sgt kritikal dalam fasa perjuanganku di bidang pelajaran. Semoga se,muanya berjalan lancar esok, diberi ketenangan dan kepetahan..