Jumaat, Jun 25, 2010

Kubuka kembali lembaran ini...setelah melepasi candidature confirmation...

Alhamdulillah,

Baru terasa boleh bernafas setelah berjaya melepasi tahap kritikal candidature confirmation dan ethics approval (Walaupun ethics application masih di tahap Ethics Compliance Officer (ECO)Review. Baru rasa boleh tarik nafas lega... baru ada mood nak tulis blog, sebelum ni, bukan tak nak tulis, tapi tahap kerisauan menghadapi 'judgement day' tak megizinkan mood berblog datang. 6 bulan yang berlalu menyimpan seribu satu cerita dengan 1001 wajahnya. Memang sangat banyak. Terasa rugi tak berblog sedari dulu.

Pagi ni, sedang husb beli tiket dia akan ke Sydney & Melbourne mgu depan,tiba2, nampak ada tiket murah ke Melbourne masa cuti sekolah, seelok dia habis program dia. So, bincang dan plan saya & anak2 pergi menyusul ke Melbourne. Tapi, fikir2, ok ke, Supervisor bagi ke cuti seminggu? Sampai ofis email dia : Can I ask for a break from 6th-9th July during this school holiday? I plan to bring the children for holiday. Appreciate if you could confirm immediately– I need to buy ticket a s a p. Sekejap je dia dah jawab: Oh goodness me, do you think you need to ask me for this? Please go ahead. You have submitted your proposal and ethics application, You can fly free now :) . He he apalagi, tiket pun di beli- Jadi, kami akan ke Melbourne 6-11 July 2010. Semoga perjalanan dipermudahkan dan percutian penuh bermakna. Amin..

Pagi ni, seminar-presentation by Suthep (on Shark image) & Sureerat (IT Governanace).

Tiada ulasan: