Hidup ini memang medan ujian... Ujian yang berbeza diberikan kepada setiap makhluk.. Dia yang Maha Tahu, Maha Kaya pasti tahu apa ujian yang setimpal dengan setiap makhluknya itu...
Alhamdulillah, syukur pada Allah, sejak kedatanganku menuntut ilmu, segalanya dipermudahkan.. smooth sailing. Jauh berbeza hidupku kini berbanding dgn kesibukan, tekanan dan beban fikiran semasa bekerja. Beban di bahu terasa terangkat, hanya fokus kepada research work semata2. Kerja2 rumah, kebanyakannya telahpun diambil alih oleh suami yang sgt bertanggunjawab, penyayang dan berdedikasi.
Ujian hidup, fitrahnya ada yang nampak, ada yang tidak, ada yg di antara keduanya.. Yang tak nampak itu, tercungap2lah keseorangan, tiada yang tahu. Yang kelihatan, mungkin ada yang boleh membantu, yang diantaranya, kemungkinanya tentulah antara dua. Aku redha menerima ujian ini, namun aku tidak begitu pasti jalan yang kuambil dalam mendepaninya, adakah betul, salah atau apa2 lagi.. Wallahu a'lam. Hidupku, matiku, hanya untukMu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan