Sabtu, November 27, 2010

Jalan2 di Adelaide City

Balik dlm keadaan yg sgt penat..jauh juga berjalan, dari tasik, ke singing bowl, rundle mall. central market, sembahyang di tasik.... di rundle mall ada kempen anti israel

Khamis, November 25, 2010

Ke pantai, !st time mandi laut...

!st time mandi laut, i.e bulan ke 12 di OZ.

pagi, ke 3 big W- Elizabeth, Salisbury & Golden Grove. Hasilnya, 18 kotak Corelle dibeli...6 Asmuni nyer, 12 kami nyer..balik, siap2 masak utk gi picnic di Semaphore beach

Adelaide Hill with the whole family, + mak & Fizah

Anak2 ponteng sekolah hari ni wp ada swimming lesson yang diorg sayang nak tinggalkan...dari pagi2 sampai ke malam, seluruh Adelaide Hill di jelajahi..

Selasa, November 23, 2010

jalan2 Nuolunga...hari yang panasss

Memenuhi jemputan K Shidah & Walid, perjalanan dari far north to far south mengambil masa sejam setengah...

Sabtu, November 20, 2010

Sabtu 20/11/10- Garage Sale & Sambutan raya di Klemzig Park






Pagi2, kami berlima - Mak, Fizah, aku, suami, dan Kak Ngah keluar dan keliling2 kawasan rumah mencari garage sales. Hari ni GS memang banyak...Dapat jug coening sebiji berharga $2, set cawan yg cantik, brg2 Ngah dan lain2. Banyak juga GS sempat disinggahi sebelum kami berangkat ke Klemzig Park utk jamuan raya korban.

Semalam, lepas maghrib, kami ke rumah mak tok buat rendang daging korban 15kg.

Pagi ni di Klemzig Park, ramai juga rakyat malaysia berkumpul. Antara juadah ialah BBQ daging korban-lembu dan lamb, lamb curry, beef rendang, ketupat, lemang, dan macam2 desert.. Mak dan Fizah sempat la berkenalan dgn ramai lagi org Msia selain yg dah jumpa hari raya hari tu..

gambar






Selasa, November 16, 2010

SYUK 2010..baru2 ini










Alhamdilillah, paper pertamaku dari hasil PhD dibentangkan di sini setelah 10 bulan bergelar pelajar PhD. (InsyaAllah paper ke2 & ke3 akan dibentang di Shanghai 1-4 Dec nanti, hari2 terakhir bagi tempoh setahun pertama).

isi paperku yang bertajuk 'Reformasi pengurusan rekod di mahkamah2 di Msia' ini memuatkan hasil dapatan/interviwee yang masih panas, baru seminggu dua sblm tu je dapat data tu. Mostly on NCC dan international Consortium on Court Excellence, dan perkembangan e-court di negara2 lain. Feedback peserta amat menggalakkan, membuka mata mereka perkembangan terkini & pemodenan mahkamah di malaysia, yang mereka tak dapat lihat dari luar. Ada seorang pelajar PhD yang buat on e-Syariah juga, approach aku dan berbincang tentang topic, study, phd, kehidupan etc.

Ada 2 sesi pleno yang sangat menarik. Yang pertama oleh beberapa org speaker yg handal2 termasuk Tan Sri Syukor, Dati Faiza Thamby Chik etc. Yang kedua juga tak kurang hebatnya termasuk Dato Dr Zaleha (kak Li), Ketua Pengarah Jakim, wakil TH dan lecturer Islamic banking & Takaful dari UIA. Semua paper mereka membuka mata. Yanh syoknya, aku jumpa semula dan sempat bergambar dgn bekas High Court judge yang mengisytiharkan secara rasmi, aku sebagai peguambela dan peguamcara, 8 tahun yang lepas di Mahkamah Tinggi KL, Jaln Raja Laut.

Dapat juga bersembang semula dgn kengkawan - Dr. Syahirah skrg Timbalan Dekan Fakulti Syariah & Undang2 USIM, Azhani Arshad- lecturer law UiTM dan Zinsrizal Selamat (lawyer di Seremban).

2 hari berturut2 aku memandu ke Nilai berseorangan, tapi kenangan tu indah....bawa kereta slow2, relax, sambil menikmati pemandangan hijau. Ramai juga dapat kena;an baru...( gambar proceeding & ngan kengkawan & cerita


Dalam hall


Pembentang sesi pleno 2


Name tagku


prosiding

Surat dari FPM

gambar

Despite report yg impressive, bukannya nak bg sokongan/perangsang, tp amaran..suasana kerja yg menegangkan minda

Aidil adha 2010 yang sanagt meriah...mak & fizah turut beraya di sini

Setelah dapt tidur beberapa jam shj malam raya sbb baru smpai, kami terpaksa mengorbankan tidur utk pergi sembahyang raya di Al-Khalil mosque. Kami sembahyang di ruang bawah sahaja. Macam2 gelagat orang kami tengok dalam ruang ni. Kebanyakannya org Afrika yg beranak pinak. pakai baju cantik2, sembahyang sambil dukung anak, dan seksi2...isk

Lepas sembahyang, khutbah tak berapa didengari sbb dlm bahasa Arab...biasa la..kebanyakan org Msia tak faham pulak tu, jadi sesi bertukar jadi sesi berkenalan dan bersembang. Lepas keluar dari ruang tu, jumpa ramai lagi orang2 malaysia. Ramai yg ajak ke rumah mereka.. Kami pun mengatur langkah..bersama2 geng....

Mula2 rumah nani Pian. Hidangan nasi dagang, sate goreng, nasi himpit,jelly. Rumah kedua ialah rumah kak nana 7 Dr Kamarul, presiden MyPSA- hidangannya lontong johor-mmg sedap, pulut, popia, ferrero rocher, nasi himpit huah kacang. Kemudian patutnya ke rumah Miza, tapi disebabkan penat & ngantuk, balik tidur dulu. 3pm, dikejutkan dan dgn terpaksa sambung balik jalan. Di rumah Alin Zaki, makan laksa, nasi himpit, kuih muih raya. Kemudian gi rumah Yat, kuih2 & kek raya, rumah Aishah Awang laksa lagi, lemang, rendang etc. Rumah Shitah Nizam nasi lemak, rendang etc etc, last ialah rumah Hai..nasi beriyani daging etc. memang tegang perutku dibuatnya....

Balik rumah, jam dah pukul 12 malam...zzzzzz

PERJANAN PANJANG PENUH DUGAAN

Bermula dari...

Sabtu, November 06, 2010

Sekarang sy di lobi library shah alam mendengar kuliah imam besar masjid shah alam dan ustaz zamri tn9, di bawah program Promise