Selasa, November 16, 2010

Aidil adha 2010 yang sanagt meriah...mak & fizah turut beraya di sini

Setelah dapt tidur beberapa jam shj malam raya sbb baru smpai, kami terpaksa mengorbankan tidur utk pergi sembahyang raya di Al-Khalil mosque. Kami sembahyang di ruang bawah sahaja. Macam2 gelagat orang kami tengok dalam ruang ni. Kebanyakannya org Afrika yg beranak pinak. pakai baju cantik2, sembahyang sambil dukung anak, dan seksi2...isk

Lepas sembahyang, khutbah tak berapa didengari sbb dlm bahasa Arab...biasa la..kebanyakan org Msia tak faham pulak tu, jadi sesi bertukar jadi sesi berkenalan dan bersembang. Lepas keluar dari ruang tu, jumpa ramai lagi orang2 malaysia. Ramai yg ajak ke rumah mereka.. Kami pun mengatur langkah..bersama2 geng....

Mula2 rumah nani Pian. Hidangan nasi dagang, sate goreng, nasi himpit,jelly. Rumah kedua ialah rumah kak nana 7 Dr Kamarul, presiden MyPSA- hidangannya lontong johor-mmg sedap, pulut, popia, ferrero rocher, nasi himpit huah kacang. Kemudian patutnya ke rumah Miza, tapi disebabkan penat & ngantuk, balik tidur dulu. 3pm, dikejutkan dan dgn terpaksa sambung balik jalan. Di rumah Alin Zaki, makan laksa, nasi himpit, kuih muih raya. Kemudian gi rumah Yat, kuih2 & kek raya, rumah Aishah Awang laksa lagi, lemang, rendang etc. Rumah Shitah Nizam nasi lemak, rendang etc etc, last ialah rumah Hai..nasi beriyani daging etc. memang tegang perutku dibuatnya....

Balik rumah, jam dah pukul 12 malam...zzzzzz

Tiada ulasan: