Khamis, Oktober 10, 2013

Mgu ni adalah mgu ke __ di Adelaide semual seorang diri...

Tak sangka dalam masa yg singakt duk sorang di Adel ni 2 kali dpt peluang jmpa hb. yg pertama wp kena ke melb..sanggup diredahi...pagi semalam, slps terkesan dgn video yg ryatt kirim pasal budak buta yg hafal quran yg tak minta penlihatan supaya jadi hujjahnya di akhirat nnt, sungguh menginsafkan dan aku mencadang group whatsapp sekolah srart hafal quran mana yg sempat..pastu ada yg cadang buat virtual kelas quran ikur wechat..dan ianya telah pun terlaksana...balasan dan rahmat Allah tu nmpak sungguh cepat..elok je lps peristiwa tu, dpt berita dr hb dia akan dtg iringi DSAI pulak. do nxt week khamis dia akan smpai...alhamdulillah seronok duk rmh saifi..orgnya baik2

Dulu masa mtg slps sv dah tgk draft dia kata leh balik 20/10, tgk tiket masa tu dlm 400++aud.. gatal pegi beli air asia (hari pertama air asia beroperasi KL-Adelaide_KL) 31/10 sbb dpt murah i.e 200aud. skrg menyesal sbb rasa cam lamanya 11 hari tu...

rindu anak2 tuhan sahaja yg tahu

Isnin, September 09, 2013

Adelaide Fasa II

Sudah 5 minggu tepat aku di Adelaide semula selepas balik menemani family to Malaysia back gor good. 3 hari pertama tinggal d rmh Syibrah and d geng, 3 hari ke 2 tinggal di rumah Nan, dgn Surah stlh dia smpai Adelaide. Seterusnya berpindah ke rumah Saifi &d geng hingga sekarang. Aku balik Msia 24/7/13(Rabu) dan balik ke Adelaide semula pada 18/8/13 (Ahad)

progress penulisan tak banyak. Menyesal pula masa mula2 smpai dulu tak terus email sv bgtahu dh smpai. Tunggu dan tunggu utk dipanggil...dan bila tak panggil aku rasa ok sbb aku pun masih blues berpisah dgn fmly. Tp dlm jangkamasa tersebut juga, sv missing in action, student lain pun cari dia tp dia xde. Azadeh yg sungguh close dgn dia tu pun tya Nan pulak ke mana sv... hari ke 10 barulah jumpa, itupun aku ikut Nan gi meeting. Sv terkejut nmpak aku..dia tya bila smpai, aku ckp dah seminggu lebih..Dia marah sbb x bgtahu dia. Lps tu aku meeting dgn dia, tunjukkan Chap 7 yg dah buat, dan compilation semua chapters.. Dia suruh tambah 12 pages more to Chap 7 utk jadikan 60 pages. I did. Then I show him Chapter 8. He said he will read and will email research questions (modified), but after 4 days, no email received. Chap 8 pun dia ask me to make it 17-20 pages (i got 10 pages at that time). Now i manage to make it 14 pages. tak tahu dah apa nak tulis.

I need to do more: References, abstract...banyak lagi kerja sbnarnya. Case study pun may be kena ada editing lagi. Harap sesangat dapat balik before 15/10 (Raya haji. hari ni 9/9, so ada 3 mgu lg lebih kurang. I need to work hard to make sure the compilation is ready for submission. Please help me Allah. I could not stay any longer here without my beloved family. I miss them soooooo much

Rabu, Ogos 21, 2013

Pleasant coincidences

1. tukar tmpat duduk ke tepi tingkap. berkali2 org tu ckp tq ingatkan aku ni mulia sgt sudi berkorban padahal aku pun mcm org mengantuk di sorong bantal

2. duk rmh syib til surah smpai (mon-thur morning) sbb ainil g melben, balik khamis/jmaat. tidur pakai letrik blanket, makan diorg masak

3. pakai kereta su dari kahmis-jumaat sbb su gi melben bw mak dia jalan

Jumaat, Julai 12, 2013

Diary Ramadhan Day 1-3

Day 1- Sahur Daging goreng. Smlm  gi ziarah Hezreen dan menantu bro Farouk bersalin di WCH pastu visit Surah (pneumonia). Pagi ni go ofis cam biasa, hantar email ke SV pasal Surah dann minta couple of days utk finalise packing. Dia x balas email pun. Balik 4 pm nak masak, abg kata tak payah. Gi  berbuka di UniSA.. rupanya patutnya utk brothers sahaja. berbuka dgn kurma dan buah oren yang di bawa je. Obrothers sembhyg di surau baru (yg dibesarkan)... Ni lah bagusnya UniSA..keperluan pelajar diambil berat. Kami bertiga yg ppuan smayg di surau ppuan je la.Pas smyg maghrib tgu lama utk makanan smpai. Dekat sejam tak smpai lagi. Kesian Yayang kelaparan sgt dah. maklum la hari pertama, Akhirnya, kami tinggalkan surau, nak gi makan di Indian temtation atau Mela di Enfield. Elok je berenti kereta, Athar call bgtahu makanan dah smpai. So kami patah balik dan dapatlah makan dgn bahagianya. (gambar). Lps tu terus smpbahyang isyak dan terawih di situ. Kami ppuan siap dulu, so, kami gi ofis aku, On d way, lalu kot surau llki, nampak suamiku yang imamkan pak2 Arab semua tu... semuanya Arab, kami je Melayu. k nagah dan yayang mmg suka sgt la dpr gi ofisku... conquer PC Suarah dan Nan... aku mengemas, packing barng sikit -4 kotak A4 dan terus bawa balik. Tido..sblm tu tgk master chef.. aku bangun masak pkl 3.30 am.

Day 2-  sahur dgn nasi, ayam masak sos
gi ofis cam biasa..on d way, abg tukar 20 biji tupperware. next Fri baru dapat. Balik dr ofis pkl 4 lbh, fi survey dapur di Good guy gepps cross. pastu ingat nak gi Big W tp tak jadi dulu,, terus gi masjid Turki berbuka, Meriah (gambar). Lps azan terus sembahyang (makan kurma dan air masak dulu) pastu baru makan nasi etc.. pastu ada kuiz utk anak2 . ramai jg org malam ni esp lelaki.

Sejarah masjid Turki..Ini Ramadhan ke 2. Tahun lepas pembukaan dgn Ramadhan pertama, maknanya genap setahun usia masjid ini... wp bangunan tua sbb bekas gereja.

Lps maghrib kami keluar sbb dah janji nak gi pick up kotak (utk packing). Dapat 60 kotak dgn harga AUD20. dpt free tape 2pcs. Lps tu singgah di Tea Tree Plaza. Shopping sakan. Abg bli 4 kotak shadow iris square, aku beli tuala 3 set...sbnarnya nak bli satu je utk hantaran Khadijah, tapi sbb cantik dan berbaloi, bli 3 set (gambar). Beli seluar 2 helai di Target AUD10 je satu, seliar Kngah 3 dan yayang 4, tapi bila balik cuba, saiz kecik ($4 setiap satu). Ingatkan dpt promo beli lebih dr $60 dpt off $10, tp rupanya seluar aku x termasuk package. Abg beli DVD player utk dalam kereta $100  offer (biasa $199), Penuh kereta.. ayang squished, dgn laptop lg, camera lagi....haa...aku hadiahkan Pisau bersarung utk Yayang satu, K ngah 1 nak bg diorg belajar masak, ada pisau sendiri... Cashier mlm tu gi Kings Knife ialah mak Nicole...Yayang kirim salam kat Nicole...kedai nak closing down, byk barang murah. Sampai rumah, rehat dulu, pastu adik undergrad 2 org smpai hantar barang utk shipping dan beli exercise machine. So dpt lg $80 + $50. Alhamdulillah. Yayang K Ngah testing DVD player tgk shopaholic.Patu semayang isyak dan terawih.. pastu packing.. Punya la khusyuk packing smpai pukul 1.30
am tak sedar.... akibatnya tak terbangun sahur..huhu

Day 3- tak terbangun sahur..

Isnin, Julai 08, 2013

YB DS Nizar di Adelaide

Seronoknya dapat peluang jumpa org yang hebat ini. Dari kata2nya dah dapat dinilai kebijaksanaan dan kesederhanaannya..

Jumaat, Mei 31, 2013

Hari letupan sedunia

Hari ni tiba2 heater pak Faisal meletup dan dgn serentak, PC aku terpadam sedang aku tgh syok menulis utk chap 7 dgn ink hijau. tak sempat save. nasib baik la ada auti save dan dile tu mmg simpan dlm dropbox. cepat2 buka dropbox d PC Surah...lega ...tulisan hijau tu masih ada, tp rasanya tak sepenuhnya....heater tu dah berbau sejak 2 hari. Lubos mamat Slovakia d sblahku ni dah warning aku 2 hari lepas, better back up sblm benda tu meletup...tp aku x buat pun

Pagi ni jg aku hantar sms pd sv minta balik msia bbrapa hari awal dari surah utk uruskan AP sbb kalu lmbat, takut tak sempat. Punya la sejuk tgn ketaq habis masa nak hantar email. mengarang 2 ayat smpau nak sejam. Tgu punya tgu dia balas dalam 4 jam kmdia, dgn arahan suruh jmpa dia d library mawson lakes. Kebetulannya pulak, sblm tu dia meeting dgn student yg dia tgh hangin gila. 2 hari lepas sv menyatakan kemarahan tahap tingginya kpd std tu. Dia betul2 geram. Dia bgtahu dia kan hantar email pd kami 4 org std full time ttg waktu ofis 9-5 dan kena jmpa weekly. katanya just ignore email tu . bukan utk awah dan 2 org lagi, tp utk budak tu sorang. pagi ni budak tu mmg tak senang duduk, sbb meeting tu. Dia komplen dia dah dijanjikan kebebasan asalkan siap kerja, skrg dia rasa mcm dia nak kena kembali dikongkong...so mungkin ada isu la masa meeting diorg tadi, smpai aku pun kena letup. Mmg takpatut la tahap sv nak marah aku hanya dgn benda kecik yg aku minta tu...

Petangnya, sv hantar mesej membenarkan apa yg aku minta. padahal masa meeting dah dah warn aku dan bg kata dua....agaknya ptg ni baru dia rasa menyesal dan tahu dia overacting. Nasib baik aku blum amik tindkan beli taiket dulu tadi, Lps je dpt sms ptg ni, trus beli tiket spt yg aku minta....baik x payah tya byk...beli je...do raya ni aku dapat raya di Malaysia....dengan anak2, dan dgn mak (suami dah tentu la)..Alhamdulilahhhh...kebetulan, hari ni hari last promotion mas, perjalanan Adelaide KL 2 halaku hanya AUD738 sahaja...kalu lambat beberapa jam, mesti akan jadi 1500.

Tp smpai ke malam ni jiwa aku affected dgn attitude sv ku yang begitu. Aku tahu ini sikittt je dari apa yg dialami oleh 4 lagi pelajarnya lain. Masing2 ada sejarah yg agung! Skrg dah pukul 8.30pm aku masih tercongok sorang2 sejak 6++pm tdorg lain semua balik awal hari ni....haru jemaat hari berhibur depa...aku yg tercongok sorang dlm keletihan...tgu drebar tak smpai2....Silap2 ni kang aku pulak yg meletoppp

Ahad, Mei 26, 2013

Laporan azri ttg syakirin mac 2013

Tadi ayi pi ziarah syakirin sambil hantar baju kat dia, kak na buat..

As-salaamualaikum...
Perkembangan tentang Syakirin ( dari sudut pemerhatian ayie + kebersamaan + solat + makan/minum + cerita ustaz-ustaz dia ).

Alhamdulillah ayie berkesempatan untuk menziarahi syakirin, muhammad, ain dan sobir buat beberapa kali dalam masa yang lama ( seperti 3jam, 4jam, 5jam )

Alhamdulillah, perkembangan tentang Syakirin, Syakirin semakin banyak perubahan atau perkembangan yang positif atau yang baik pada diri dia untuk kegembiraan kita yang merinduinya.^-^
Waktu awal nak masuk asrama dulu, kita asyik risau pasal keadaan harian Syakirin ( termasuk mak pak menakan dia ), seperti basuh baju, kekemasan, berdikari, jaga diri, study, hafazan, barang-barang keperluan dan macam-macam lagi. Tetapi hari ini, Syakirin hari ini bukan macam Syakirin dulu ( yang kita asyik risau tu dan bukan bermaksud syakirin dulu teruk ), Syakirin sekarang semakin boleh bawa diri ( penggurusan diri atau berdikiri ) dan smart thinking ( berfikiran smart ) serta otak yang genius.

Contohnya ( apa yang ayie lihat dan dikhabarkan ) :-
1- Basuh baju : Sekarang dia sudah boleh basuh baju dengan cara yang betul.

2- kekemasan diri dan pakaian : Dia antara orang yang kemas dan menjaga kekemasan diri dan keterampilan.

3- Almari : Almari dia ( bagi ayi ) memang cukup kemas dan tersusun berbanding dengan pelajar lain ( rialiti ).

4- Susunan dalam almari : Ayi lihat sendiri, cara Syakirin susun barang dalam almari dia, misal : pakaian yang dilipat dia lipat bagi sama dan asing mengikut jenis, yang sangkut ( hanger ) dia susun ikut " saiz " kecil-besar sikit-besar-paling besar ( tertib ), kopiah pulak dia lipat dua bagi elok dan susun ikut warna ( hitam : putih ), antara barang-baring lain pula, dia susun ikut yang penting diutamakan (didepan ) dan yang kurang penting dikemudiankan ( dibelakang ) maksudnya yang selalu guna dan jarang guna supaya barang tersebut senang diambil untuk keluar masuk almari.

5- Katil : Katil dia cadar cekang dan tiada pakaian yang spok atau longgok atas katil ( tidak segelintir macam pelajar lain ).

6- Prestasi akademik : Terbaru ni, Syakirin dapat " high score " dalam " sekolah " for two subjet, matematik dan sains ( kot " ayi lupa" ), dan Syakirin juga seorang " ulat buku ". ( sambil tu syakirin cakap kat ayie : " pak cik, abah suruh pak cik bagi hadiah kat syakirin " aku, " Insyaallah pak cik bagi ".

7- Prestasi hafazan pulak : Syakirin hafaz paling laju dan inggat + kuat inggatan + cepat tangkap apa yang dihafaz. Yang terbaru, Syakirin adalah pelajar pertama yang sudah habis juzuk 1 dan 30 beserta ujian syafawi juzuk ( orang lain masih belum ujian lagi dan segelintir tak habis juzuk satu lagi, yang sudah habis pun tak syafawi lagi sebab masih tak inggat apa yang dah hafal tapi syakirin dah settel ), dan sekarang Syakirin dah samapai pada page ke 3 pada juzuk 2. ( Ustaz dia cerita pada ayie : sekarang syakirin tengah menulis apa yang dia hafaz tanpa disuruh, dia duduk seorang dia, dia tulis balik apa yang dia hafaz, bukan macam orang lain, kalau orang lain jenuh suruh )

8- Akhlak : Syakirin jenis orang yang lembut ( bukan pondan ), dia tak tinggi suara walaupun sembang dengan sesama kawan sendiri apatah lagi dengan ustaz-ustaz dia.

9- Kawan baik : Budak-budak masdar tu semua baik-baik, tetapi maksud sini " special friend ", kalau tak silap ayie ada syakirin sebut kot " specila friend dia Suhaib, ana Akhi Dr Solahuddin ".

10- Ketika makan dan minum : Syakirin bukan jenis seorang yang suka merebut, gopoh gapah, etc... Tetapi dia seorang yang " memikir ". Contohnya : kawan dia dok merebut beratur ambil makanan, dia pergi ambil minuman dulu dan tunggu bagi reda sikit dibahagian makan sambil cop kerusi, lepas tu baru dia pulak pi beratur ambil makanan, kemudiannya orang yang merebut ambil makanan tadi pergi pulak merebut dibahagian minuman untuk ambil air, Syakirin yang dikatakan " smart thinking "tadi dia dah ambil air dan cop kerusi.

11- Ketika olat : " Setakit ayie nampak " Syakirin dia selalu berada di saff depan ( walaupun student tak ramai ) dan dia tak sembang dengan rakan-rakan dia ( dia banyak pada fokus, bibir sambil dok bergerak, mungkin dia sedang membaca al-quran atau bezikir )

~> Sekian saja apa yang ayie dapat kongsikan dari sudut kebersamaan ayie ketika solat, makan/minum, pemerhatian ayie dan apa yang dicerita oleh ustaz-ustaz pada ayie untuk kegembiraan kita semua.
 ^^

Laporan azri tth syakirin

Khamis, Mei 23, 2013

the girl with the most beautiful smile

yyg nangis nk g sekolah

Di Msia slalu dgr anak org menangis sbb xnak g sekolah. Pagi ni anakku menangis sbb nak g sekolah sedangkan ayahnya x bagi pergi sbb nnt susah nak ambik. Pg ni k ngah ada dental appointment 11am. Terfikir jg apa masalahnya nk amik yyg 3pm. Baru teringat yg abahnya dok tgh prepare bahan utk talk d tasmania weekend ni. Selalunya camtilah. Bila ibubapa aa komitment luar, anak2 punya welfare compromised. Pg ni k ngah nk g zamels' s ada ring offer smpai $1. Smlm abah janji nk bw. Pagi ni mmg bawa tp bersama rungutam. Alasan x masuk plan. Nk tgu polis csi..smlm keta hijau lena curi. Tp sbb rosak? Pencuri x berjaya. Yyg akhirnya akur x g sekolah. Masuk toilet menangis sorang

Khamis, Mei 16, 2013

yayang ambik NAPLAN

Hari ni hari ketiga dan terakhir yayang menghadapi peperiksaan NAPLAN year 3. Tahun lepas kak Ngah ambik NAPLAN year 5 siap masuk tv, sbb masa tu ada liputan ttg parents yang nakkan sistem peperiksaan dihapuskan di sekolah rendah.

Semalam Alhamdulillah dah submit camera ready amcis 2013, tapi akibatnya thesis terketepi sekejap. Semalam buka puasa di Aghan cuisine south road.

Rabu, Januari 16, 2013

Syakirin

Minggu ni masuk minggu ke 2 Syakirin bersekolah di MASDAR. Hatiku dah kembali tenang setelah tepat seminggu dialun gelombang kesedihan , kerisauan dan keresahan.

Sabtu, Januari 05, 2013

Syakirin

pagi semalam, dengan berat hati terpaksa jua aku redhakan pemergian permata hatiku balik ke Malaysia demi ilmu. Dia akan hadapi sesi intewview kelayakan masuk MASDAR dan kemudiannya akan enrol di situ. 2-3 mgu sblm berlepas, sesi latih tubi bacaan, hafazan, jawi, tajwid etc telah dia laui dgn ketatnya esp towards the end. Sehingga ada situasi di mana dia dah tidur malam, dikejut utk bangun buat latihan jawi/tajwid/hafazan/poor syakirin. Umi sangat kasihan tgk Syakirin seolah terdera dgn keterpaksaan ini, namun dia tetap taat dan akur dgn segala perintah dan jadual abahnya. Semoga Syakirin terus jadi anak soleh.

Ketika ini syakirin betul2 di tengah2 sesi interview 3 jam( 11am-2pm 5/1/2013). Sejam stgh telah berlalu, tinggal sejam setengah lagi. Umi doakan Syakirin tenang dan dipermudahkan segalanya-menjawab soalan, pendaftaran, sehinggalah permbelajaran, hafazan dan semua aspek lain-sosial, akhlak, tarbiyah etc.... doa sahaja yg mampu umi kirimkan....

Semalam, sepanjang di rumah, umi rasa sangat sedih ...setiap sudut rumah umi pergi, mesti umi ingatkan abang..umi sgt rindu...teringat2 abang tengah perah oren di dua2 belah tangan, buatkan umi air sarsi, qamat masa kita sembahyang, ...umi masuk semua bilik...semuanya mengingatkan pada syakirin. Umi cari baju abang yang belum basuh yg abg pakai semalam...umi cium baju tu dan umi sangkit...umi takkan basuh. Biar ada bau abang yang boleh ubatkan hati umi. ..umi tak dapat bayangkan perasaan abang hadapi hidup baru tanpa umi dan abah menghantar dan menguruskan kemasukan ke asrama. Sungguh keputusan last minute hantar abang ke  asrama ni, membuatkan umi terkejut..umi tahu abang juga terkejut dan hanya ada masa sgt sedikit utk prepare mentally, emotionally...tapi kita terpaksa juga hadapai demi masa depan abang, demi kehidupan kita dunia akhirat, demi agama Allah.

Umi sangat risau sbnarnya dan umi tak sempat nak ajar abang cara hidup berdikari, buat semua benda sendiri...selama ni ketip kuku, berus gigi, sabun badan, pun umi/abah kena tanya/suruh abang buat.... ini kan di asrama, siapa nak ingatkan abang, abang mesti kena fikir sendiri ya...Umi lagi risau bila teringat first time idea masuk asrama diutarakan, abang tya, asrama tu apa?...abang langsung tak de idea apa itu kehidupan asrama...jenuh juga umi cuba terangkan, pun abg susah nk gambarkan/percaya adanya kehidupan camtu...abg heran sapa akan masakkan utk abang, basuh abju abang....

Umi hanya serah pada Allah bulat2 disamping terus berdoa agar abang dapat adapt dgn suasana baru dengan mudah. agar abg dpt belajar dan jadi hafiz yg berwibawa, berilmu, jadi ulama profesional,  pejuang agama Allaha satu hari nanti....

Rasanya baru je umi lahirkan abang, baru je jadi baby, pastu masuk tadika...pasti sekolah..pastu kita dtg oz, tup tup skrgabang dah balik msia sorang2 utk masuk asrama. kalau dari awal umi tahu abg akan masuk asrama, umi dah pulun awal2 utk habiskan phd cepat spy kita boleh balik sama2 dan umiyang hantar abg ke asrama, uruskan keperluan abang, dan ziarah abang esp masa awal2 ni...tp dah terlambat

Semoga keputusan ni adalah yg terbaik utk abang, utk family kita... semoga abang jadi anak soleh yang mendoakan umi dan abah dan opah dan semua family kita. Semoga sekolah ni jadi medan tarbiyah buat abang...dlm perjalanan ilmu abg. semoga abang jadi seorg ulama besar satu hari nanti. Umi yakin abang akan jadi seorang anak yang membanggakan