Tadi ayi pi ziarah syakirin sambil hantar baju kat dia, kak na buat..
As-salaamualaikum...
Perkembangan tentang Syakirin ( dari sudut pemerhatian ayie + kebersamaan + solat + makan/minum + cerita ustaz-ustaz dia ).
Alhamdulillah ayie berkesempatan untuk menziarahi syakirin, muhammad, ain dan sobir buat beberapa kali dalam masa yang lama ( seperti 3jam, 4jam, 5jam )
Alhamdulillah, perkembangan tentang Syakirin, Syakirin semakin banyak perubahan atau perkembangan yang positif atau yang baik pada diri dia untuk kegembiraan kita yang merinduinya.^-^
Waktu awal nak masuk asrama dulu, kita asyik risau pasal keadaan harian Syakirin ( termasuk mak pak menakan dia ), seperti basuh baju, kekemasan, berdikari, jaga diri, study, hafazan, barang-barang keperluan dan macam-macam lagi. Tetapi hari ini, Syakirin hari ini bukan macam Syakirin dulu ( yang kita asyik risau tu dan bukan bermaksud syakirin dulu teruk ), Syakirin sekarang semakin boleh bawa diri ( penggurusan diri atau berdikiri ) dan smart thinking ( berfikiran smart ) serta otak yang genius.
Contohnya ( apa yang ayie lihat dan dikhabarkan ) :-
1- Basuh baju : Sekarang dia sudah boleh basuh baju dengan cara yang betul.
2- kekemasan diri dan pakaian : Dia antara orang yang kemas dan menjaga kekemasan diri dan keterampilan.
3- Almari : Almari dia ( bagi ayi ) memang cukup kemas dan tersusun berbanding dengan pelajar lain ( rialiti ).
4- Susunan dalam almari : Ayi lihat sendiri, cara Syakirin susun barang dalam almari dia, misal : pakaian yang dilipat dia lipat bagi sama dan asing mengikut jenis, yang sangkut ( hanger ) dia susun ikut " saiz " kecil-besar sikit-besar-paling besar ( tertib ), kopiah pulak dia lipat dua bagi elok dan susun ikut warna ( hitam : putih ), antara barang-baring lain pula, dia susun ikut yang penting diutamakan (didepan ) dan yang kurang penting dikemudiankan ( dibelakang ) maksudnya yang selalu guna dan jarang guna supaya barang tersebut senang diambil untuk keluar masuk almari.
5- Katil : Katil dia cadar cekang dan tiada pakaian yang spok atau longgok atas katil ( tidak segelintir macam pelajar lain ).
6- Prestasi akademik : Terbaru ni, Syakirin dapat " high score " dalam " sekolah " for two subjet, matematik dan sains ( kot " ayi lupa" ), dan Syakirin juga seorang " ulat buku ". ( sambil tu syakirin cakap kat ayie : " pak cik, abah suruh pak cik bagi hadiah kat syakirin " aku, " Insyaallah pak cik bagi ".
7- Prestasi hafazan pulak : Syakirin hafaz paling laju dan inggat + kuat inggatan + cepat tangkap apa yang dihafaz. Yang terbaru, Syakirin adalah pelajar pertama yang sudah habis juzuk 1 dan 30 beserta ujian syafawi juzuk ( orang lain masih belum ujian lagi dan segelintir tak habis juzuk satu lagi, yang sudah habis pun tak syafawi lagi sebab masih tak inggat apa yang dah hafal tapi syakirin dah settel ), dan sekarang Syakirin dah samapai pada page ke 3 pada juzuk 2. ( Ustaz dia cerita pada ayie : sekarang syakirin tengah menulis apa yang dia hafaz tanpa disuruh, dia duduk seorang dia, dia tulis balik apa yang dia hafaz, bukan macam orang lain, kalau orang lain jenuh suruh )
8- Akhlak : Syakirin jenis orang yang lembut ( bukan pondan ), dia tak tinggi suara walaupun sembang dengan sesama kawan sendiri apatah lagi dengan ustaz-ustaz dia.
9- Kawan baik : Budak-budak masdar tu semua baik-baik, tetapi maksud sini " special friend ", kalau tak silap ayie ada syakirin sebut kot " specila friend dia Suhaib, ana Akhi Dr Solahuddin ".
10- Ketika makan dan minum : Syakirin bukan jenis seorang yang suka merebut, gopoh gapah, etc... Tetapi dia seorang yang " memikir ". Contohnya : kawan dia dok merebut beratur ambil makanan, dia pergi ambil minuman dulu dan tunggu bagi reda sikit dibahagian makan sambil cop kerusi, lepas tu baru dia pulak pi beratur ambil makanan, kemudiannya orang yang merebut ambil makanan tadi pergi pulak merebut dibahagian minuman untuk ambil air, Syakirin yang dikatakan " smart thinking "tadi dia dah ambil air dan cop kerusi.
11- Ketika olat : " Setakit ayie nampak " Syakirin dia selalu berada di saff depan ( walaupun student tak ramai ) dan dia tak sembang dengan rakan-rakan dia ( dia banyak pada fokus, bibir sambil dok bergerak, mungkin dia sedang membaca al-quran atau bezikir )
~> Sekian saja apa yang ayie dapat kongsikan dari sudut kebersamaan ayie ketika solat, makan/minum, pemerhatian ayie dan apa yang dicerita oleh ustaz-ustaz pada ayie untuk kegembiraan kita semua.
^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan