Rabu, Oktober 27, 2010

gi ofis separuh hari , dpt sakit kepala separuh tahun...

baru2 ni saya gi ofis atas sebab ttu...kena juga jmpa dekan...lain di harap lain dapat:

1. bilik..harap dpt bilik lebih besar, entah2 ada kemungkinan kena serah bilik yg ada ni...
2. report..report yg excellecnt dari kedua2 SV..harap dibaca & diberi perangsang, langsung tak ditengoknya
3. seseorang telah merajuk teruk denganku...parahhhh...salah aku ke??
4. dengar cerita macam dulu2 balik..jenis org cucuk2, tikan2, kipas2, sesaknya jiwaku fikir nak balik kerja dlm golongan masyarakat mcm ni nanti....aduhhhh

Tuhan, tempatkan aku di tempat yang aku boleh bahagia dan tenang...

Interest baru saya: pelaburan emas

Baru nu, mak dan Fizah pergi kuliah di library Shah Alam, (program mingguan-kuliah oleh ustaz2 yg hebar2). kali ni Imam besar masjid Shah Alam, ceramah berkisar antaranya, keuntungan melabur dinar emas...

Minat sy dlm emas ni sbnarnya dah lama juga, tp sy tak cukup ilmu. Tak berapa faham..bila dengar explanation Fizah, laila & mak yg gi dengar kuliah tu, terus nampak....hanya dgn 1 contoh simple...seorg menyimpan 10k di tabung Haji, slps 10 tahun, duitnya jadi 13k.. Duit yg sama, kalu di beli emas, by 10 years akan jadi lebih dari 30k. itulah beza simpan cash dan simpan emas...

Semangat sy pun naik. Sy contact Dina -mak Umar kawan Syakirin..delaer Public Gold..kebetulan skrg ada promosi utk jadi dealer dgn belian 20k. I'll go for it.

Menarik dengar mak Umar cerita pasal anak sulungnya yg baca e-book pelaburan emas, terus suruh maknya beli dinar emas dgn duit raya dia...pandai buudak tu...ingat, duit anak2 pun nak beli mas jugalah...

Buat Visa China

Semalam, 26/10, saya memandu ke bangunan OSK dekat KLCC mencari ofis kedutaan China utk buat visa saya ke China pd bulan depan. Tak susah mencari bangunan tu wp mulanya tersilap jalan..jalan2 sikit, tengok2 bangunan tu dah depan mata.. Boleh di analogy dgn perjalanan PhD saya ini... Rasa buata sangat, tak tahu apa2...tup2 sekarang, sy dahpun sedang buat data collection...

Mudah dan sekejap sahaja urusan buat visa ni rupanya. Sblm pergi, sy sungguh rasa malas nak pergi mengingatkan peristiwa saya ke Kedutaan Ibdon buat visa utk si Yati pembantu rumah sy beberapa tahun lepas. Dahlah ofisnya tak sistematik, sesak, lembap, birokrasi tah apa2...mmg sy serik..seharian dari pagi smpai petang ambil masa hanya utk buat visa tu. Manusia pulak sesak di dalamnya beribu Indon tgh buat urusan apa entah, saya rasa lemas sangat dlm lautan manusia masa tu...Syukur, nak buat visa Cina ni semuanya smooth, urusan mudah, ofis cantik, perkhidmatan cekap.

Pengalaman baru yang nak dikongsi, pengalaman pertama parking di atas pallet parking system..memang jakun....masuk parking lot di bawah tanah, sy tecari2 ruang kosong-memang tiada. yg atas lantai semuanya dah ada no kenderaan, yg lain2 semuanya nampka kereta beratur ataas besi2...ada nombor pulak di setiap pallet tu...dua kali pusing, mmg confirm tak de kosong, tiba2 sy nampak satu kereta keluar...sblm tu, ada bunyi siren..dan nmpak 2 org di luar kereta yg bak keluar tu, beriya melihat kerete tu keluar..sy terfikir, ada masalah ke, atau diorg tu attendan parking..sy pun memandu ke situ, masa sy smpai, dah tiada semua orang..dan satu pallet di depan sekali keluhatan kosong i.e tempat parking kereta td tu. barulah sy terfikir...oooo memang inilah tempat parkingnya, jadi sy pun masuk parking di situ..jakun sungguh saya...

Beginilah manusia membuat inovasi, bila, wang menjadi keutamaan, ketika ruang sgt terhad. parking pallet system ini membolehkan banyak kereta di park dlm satu ruang sempit., berbaris2..tak perlu simpan ruang utk membolehkan kereta lain keluar. jadi, runag jalan boleh digunakan utk parking juga..inovatifnya masnusia..tp terfikir juga, tak ke mahal system ni? dan penggunaan letrik?... mesti semuanya diorg dah ambil kira seblm pasnagkan? kenapa sy susah2 fikirkan...

masa keluar parking sy kena bayar RM6 i.e utk 2 jam parking..wp urusannya cepat, sy banyak juga berlengah2, telefon2, amik gambar utk visa, gi kantin etc. Dlm kereta, sedapnya sy menikmati air buah kedondong asam boi...sedap sungguh...dan ikan pari bakar yg dibungkus pun mmg sedap...kena datang lagi nanti nmpaknya..

Oh ya, mmg kena dtg at least dua kali lagi...Jumaat ni, utk collect pasport/visa sy, sekaligus buat visa hubby, dan sekali lg utk collect visa hubby..smlm bt husb call, bgtahu dia akan kirim paspot dia pd kawan yg nak balik msia esok (Muli dr Bad), utk sy buat di sini..lebih cepat dan economik.. RM 58 tak silap sy..kalu buat di OZ, AUD 100 lebih, amik masa lebih krg 10 hari, kena pos ke Canberra lak tu...

Sabtu, Oktober 23, 2010

Penulis

Aku ingin jadi penulis

Khamis, Oktober 14, 2010

PENATNYERRRR..MESTI AMBIL PENGAJARAN

Tak sangka sebegini penat sekali proses data collection yang dilalui, agaknya mungkin kerana ada beberapa tasks lain yg terpaksa dibuat serentak iaitu paper Seminar SYUK Usim dan juga paper ICEB Shanghai...

Semalam masa dihabiskan edit balik paper ICEB..belim submit
Hari ni, sambung balik buat paper SYUK USIM ...nilah akibatnya bila semuanya ditangguh ke last minute...penat tak terkata...

Mesti ambil pengajaran dari pengalaman ni...iaitu, untuk thesis, mesti start tulis dari awal...EVERYDAY< walaupin sikit, setiap hari biar otak jalan, ada sync... dan bolehlah SV baiki sikit2 juga, hingga taklah membebankan kan diperingkat akhir, hanya sbb nak raya sakan di sepanjang perjalanan sblm saat akhir tu....ARGGHHH inilah hikmahnya agaknya...

Ahad, September 26, 2010

Kepulangan sebentar ke tanahair
















Kepulangan 7 mgu dari 23/9-14/11/2010 memberi makna dan impak yang besar dalam kehidupan dan dalam pengajian PhDku. Pertama kali berpisah lama dgn anak2...berjumpa dgn ramai orang2 penting utk diinterview antaranya Yang Arif Hamid Sultan, CR POJ Dato Hashim, Ketua hakim Syariah WPL, Dato Muhammad Abdullah etc. Paling istimewa dapat jemputan khas lunch bersama high court judges KL...dapat la tgk muka diorg dan curi2 sembang sikit2..

kaean2ku (juniors) juga turut membantu dan memberi sokongan padu dalam proses collect data ni...ta Miah, Ira, Moona (para Timbalan Pendaftar)

Menarik sungguh pengalaman 7 mgu ni...tak terkata2...










Kepulangan sebentar ke tanahair

Sabtu, September 18, 2010

Kunjungan K Hidayah

K Hidayah datang Adelaide dan tinggal di rumah dari Selasa-Sabtu(14-18 Sept 2010). Paling seronok tentulah kak ngah sebab dpt jumpa dan buat macam2 'project' art & craft dgn ex-classmatenya masa d Msia, Aishah-anak K Hidayah.

Sempat la k hidayah dibawa ke 3 dinner/open hse-Ayu, Liza & Kak Ros..

Kami juga jalan2 ke Mt Lofty, Hahndorf, Glenelg etc..namun, masa masih lg dirasakan tak sukup..byk lagi nak dibuat tak kesampaian..St Kilda, city etc...

Ahad, September 12, 2010

Utusan Malaysia Online - Keluarga

Utusan Malaysia Online - Keluarga

Semangat Imtinan kekuatan Muna ’Izzah
Oleh BINTU RASYADA A. RAHMANbintu.rahman@utusan.com.my
CIUMAN istimewa seorang ibu untuk buah hatinya.
TIADA yang lebih diinginkan seorang ibu terhadap anaknya melainkan melihat mereka membesar dengan sempurna seperti insan lain.
Begitu yang dirasakan Muna ’Izzah Fadzil terhadap anak keduanya, Nur Imtinan Aishah Ahmad Sabki yang kini berusia sembilan tahun.
Bagi ibu kepada tiga anak ini, semangat Imtinan menjadi sumber kekuatan jiwanya apatah lagi mengenangkan anak itu diberi keistimewaan berbanding anak-anak yang lain.
Imtinan atau mesra dipanggil ‘adik’ didiagnos mengalami cerebral palsy (CP). Keadaan itu berpunca daripada kelemahan saraf tunjang akibat kecederaan otak yang menyebabkan sistem saraf tunjang berkaitan pergerakan tubuh, pertuturan, sistem pemakanan dan lain-lain menjadi lemah serta tidak berkembang dengan normal.
“Imtinan lahir seperti bayi normal yang lain. Cuma bila usianya satu tahun, dia masih belum boleh merangkak, bertutur dan sebagainya. Perkembangannya juga tidak sama seperti abangnya, Ahmad Al-‘Izz,” kata Muna ’Izzah.
Risau dengan tumbesaran Imtinan yang berbeza, ibu tabah itu membawa anak kesayangannya mendapatkan rawatan seperti berurut dan sebagainya, namun masalah sebenar masih tidak dapat dipastikan.
Pelbagai rawatan dicuba tetapi hasilnya kurang memberangsangkan. Sehinggalah akhirnya mereka bertemu dengan seorang doktor pakar yang berjaya mengenalpasti masalah Imtinan dan merujuk kes anak istimewa itu kepada seorang pakar terapi.
“Bila usianya hampir tiga tahun barulah kami mendapatkan terapi yang sesuai untuk Imtinan. Selain terapi biasa, Imtinan menjalani latihan berenang yang banyak membantu pergerakannya kini. Malah kami turut menyediakan sebuah kolam untuk dia menjalani latihan setiap hari,” kata beliau.
Terapi demi terapi yang diikuti, perkembangan Imtinan menunjukkan peningkatan positif. Pada usia enam tahun, dia sudah boleh merangkak, bertutur perlahan-lahan dan sistem penghadamannya juga menunjukkan peningkatan.
Kalau dulu roti pun tidak mampu dikunyah, kini Imtinan sudah boleh menikmati pelbagai jenis makanan dan selera makannya juga bertambah. Malah anak kecil itu juga sudah boleh berjalan perlahan-lahan dengan bantuan alat khas.
Bagi Muna’Izzah, pencapaian cahaya mata istimewa itu sangat menggembirakan apatah lagi dia kini lebih berdikari. Menurutnya, jika mereka sekeluarga keluar membeli-belah, Imtinan akan berdiri dan memilih sendiri barang yang diingini tanpa bantuan ibu atau bapanya.
Imtinan katanya, benar-benar anak yang kuat dan tabah. Sekali pun sakit, dia tidak akan merengek malah seringkali menegaskan bahawa dia sihat.
“Tambahan pula dengan kehadiran adiknya, Ahmad Amir Ziyad yang kini berusia 10 bulan, Imtinan lebih berdikari dan kami dapat lihat bagaimana dia sudah menjadi kakak yang bertanggungjawab,” katanya.
Selain gembira dengan perkembangan positif Imtinan, ibu berusia 36 tahun itu juga bersyukur kerana keputusannya melepaskan jawatan dengan sebuah syarikat ternama dua tahun lalu memberi hikmah yang bukan sedikit.
Katanya, semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri dan sebagai ibu, dia hanya inginkan yang terbaik untuk anak-anak.
Muna ‘Izzah turut menasihatkan ibu-ibu yang mempunyai anak istimewa sepertinya agar merujuk ke tempat yang sepatutnya dan tidak jemu mendapatkan rawatan yang terbaik.
Masyarakat juga katanya patut mengubah persepsi mengenai anak-anak istimewa dengan menganggap mereka sebahagian daripada hidup.
“Adakalanya ketika berada di tempat awam, orang akan memandang kami dengan pandangan yang semacam. Saya pernah terfikir untuk berhijrah ke negara Eropah kerana merasakan masyarakat di sana lebih terbuka dengan anak istimewa sebegini. Namun bila difikirkan pelbagai perkara, mengapa saya harus melarikan diri. Imtinan adalah kekuatan dan kesabaran saya selain keluarga dan juga Allah SWT,” katanya mengakhiri perbualan.

Sabtu, September 11, 2010

Aidilfitri di Adelaide 2010

Day 1:
7am bertolak ke masjid, rumah Zara, Nizam Liana, Dr Jali Deris, K Ina, k Ros till 10.30 pm

Day2:
Adelaide mayor receptio for hari raya puasa

Day 3: Malaysia Carnival at ictoria Square

Isnin, September 06, 2010

Ujian hidup

Hidup ini memang medan ujian... Ujian yang berbeza diberikan kepada setiap makhluk.. Dia yang Maha Tahu, Maha Kaya pasti tahu apa ujian yang setimpal dengan setiap makhluknya itu...

Alhamdulillah, syukur pada Allah, sejak kedatanganku menuntut ilmu, segalanya dipermudahkan.. smooth sailing. Jauh berbeza hidupku kini berbanding dgn kesibukan, tekanan dan beban fikiran semasa bekerja. Beban di bahu terasa terangkat, hanya fokus kepada research work semata2. Kerja2 rumah, kebanyakannya telahpun diambil alih oleh suami yang sgt bertanggunjawab, penyayang dan berdedikasi.

Ujian hidup, fitrahnya ada yang nampak, ada yang tidak, ada yg di antara keduanya.. Yang tak nampak itu, tercungap2lah keseorangan, tiada yang tahu. Yang kelihatan, mungkin ada yang boleh membantu, yang diantaranya, kemungkinanya tentulah antara dua. Aku redha menerima ujian ini, namun aku tidak begitu pasti jalan yang kuambil dalam mendepaninya, adakah betul, salah atau apa2 lagi.. Wallahu a'lam. Hidupku, matiku, hanya untukMu...

Ahad, September 05, 2010

Biskut sultanah mak

Semangat nak buat biskut Sultanah mak lepas dapat resepi dari Fizah di inbox FB

Khamis, September 02, 2010

Kuih raya

Raya tinggal 7 hari lagi..
angan2 nak buat kuih:
  1. oat
  2. london almond
  3. maruku
  4. kacang botak
  5. kuih siput
  6. rainbow butter cake
  7. conflakes madu
  8. conflakes coklat
  9. biskut kelapa

Mazola dan tart nenas dah ada org tolong buatkan...

Yg dah berjaya buat sendiri: biskut oat dan cornflakes coklat..mudah je rupanya..dan menjadi dan sedap biskut oat tu..belum apa2 dah kena angkut ngan anak2 sampai dah dekat nak abiss...tak pelah..asal mereka bahagia...

Rabu, Ogos 25, 2010

Yayang di sekolah

Har Isnin baru ni, Yayang dapt satu lagi Cert dari sekolah, dan balik pakai baju ada sticker "happt birthday"

gambaryayang & sticker-3


gambar sijil2


Semalam, diorang bertiga kena skin test-tuberculin..kesian lak

Beli-beli

Dalam kegelisahan kerja tak siap, keinginan nak buat kuih melonjak, dan kerunsingan nak balik lama, tinggalkan anak2, hidup tetap diteruskan seperti biasa..
Siap2 ke ofis.. tp g rumah muli fulu amik Corning 10pcs yg dibeli dari ebay $90. he he

10pcs-sand art

Pakar GS & Ebay
Yang bestnya lagi, dia bagi free plak sebiji vision dan 5 biji tupperware..yay!



Pastu singgahlah Asean Groceries.. beli la apa yg patut dan apa yg teringin... Antaranya:








Pastu on d way balik, singgah satu GS tp tak de apa..Pastu sempat lagi singgah salvos, dapat la ini:


Pastu tgk jam dah pukul 12.45... rasa cam tak berbaloi je nak g opis, sbb sat lg abang kena dtg amik balik..kesian dia gak asik ulang alik. jadi amik kptusan terus balik rumah...

Nak jugak buat kuih raya

Raya dah dekat. Hati ni dah hari ke14 puasa. Angin nak buat kuih dah mula mengipas2ku..nak jugak buat!! Husb bermatia2an tak tak aku buat kuih, entah apa alasannya yg sebenar aku tak tahu..mungkin tak nak aku hilang fokus belajar atau buang masa atau bazir duit atau dia lemas tgk org buat kuih mcm atukku dulu..

katanya d msia aku tak sebok pun nk buat kuih..la...memang la... kuih tunjuk yang sedap2 oleh dicari dgn mudah...di sini??? Kesian la anak2 langsung tak de suasana raya. Dah lah baju raya tak dipedulikan...isk isk...sedih gak rasanya ni...

Lalu pagi ni aku call mak tanya resepi biskut sultanah. Mak cadang juga buat semperit..Biskut sultanah mak mmg terkenal. Harap2 dpy la aku buat 4-5 jenis kuih pun jadilah...

Isnin, Ogos 23, 2010

Cerita macam2--phD, GS, election
























































Bulan depan aku akan balik Msia utk data collection. Wp ada allocation dari KPT utk balik collect data d Msia, dan ada allocation dari schoolku AUD2000 setahun, sebolehnya aku nak elakkan guna, supaya boleh diguna utk byk lagi agenda lain..

So, saja cuba tya SV, dia suruh tya dekan aka 2nd supervisorku. Akupun email dia.. Katanya tak de..tapi dia boleh la bagi AUD300 dari duit reserch fund dia sendiri..yay!! ada la juga

haari ni kak ngah demam, tak ke sekolah. Jadi aku lengah2kan gi ke school. Dah malam baru perasan ptg td 2-3pm aku kena attend meeting SIMLabku..alamak!!! Dan dapt email dari SV bertayakan aku dah ambil ke belum suratku. Email tu di beri pada group, tp herannya aku sendiri tak dapat email tu.

Hari ni, jemaah yg dtg sembahyang tak ramai. Maklumlah hampir kesemua prmp angkat bendera merah..termasuk aku hari ni 1st day..

Semalam, lumayan juga di Gepps -X dpt sepasang spices (corning) casserole & teko.

Hari sblm tu lagilah banyak, jug corning 5 biji, corelle satu set, arcopal set 8 yg sweet dan masih baru, tupperware, queen anne 4 dan banyak lagi. Syok...dah lama tak dpt banyak serentak camtu. Kira coverlah sebelum ni asyik tak dapat je..

Lain2 lagi, botol susu kaca, tv (10 sen ja), cd player panasonic yg masih baru, sound system, buku2 budak2 dan macam2 lagi...

sambil2 berGS, kami dpt lihat suasana general electionAustralia yg sgt menkagumkan-matamg-trustworthiness, peaceful.

Esok meeting dgn SV, patutnya aku kena siapkan soalan2 survey.tak siap lagi pun..malah lum bat..aduss!! kenapalah dilanda kemalasan...

Khamis, Ogos 19, 2010

Kerja dari rumah..boleh ke??

Hari ni pergi sekejap je ke ofis, pastu balik rumah kononnya work from home.. Tapi biasa la, bila di rumah nampak kerja2 rumah la pulak..fikir nak bernuka dgn apa etc..last2, kerja susun doc dlm fail je, selebihnya masak nasi ayan, bubur pulut hitam, lempeng pisang, goreng keropok, kemas sikit2..tgk2 hari dh petang..