Ahad, Julai 20, 2008

Result anak-anak

Rutin menghadiri 'report card day' di jalani seperti biasa. Tapi hint yang didapati dari Teacher agak menggusarkanku. Katanya "prestasi Syakirin menurun kali ni.turun Bnayak. Dapat no 3". Tersentap juga aku dengar tapi tetap syukur dengan apa saja ketentuan Allah. Masa jumpa guru kelas, mmg betul markahnya memeranjatkan.Ada yang 40% sahaja, ada 63%, ada 82%. Ynag laon ok. 100%,98%,pendekata 90 ke atas. Apa dah jadi anak aku ni!

Terketar juga masa buka file utk belek kertas soalan untuk dapat kepastian, alangkah terkejutnya bola tengok subjek yg ditulis 40% dalam report card tu, sebenarnya 100% di kertas jawapan, so kesilapan pertama dibuat, begitu juga yang kedua dan ketiga semuanya salah.Rupanya class teacher tersilap masukkan markah student lain yang namanya hampir sama dgn Syakirin. Berkali2 dia minta maaf. Bila pembetulan di buat, rupanya Syakirin sebenarnya dapat no 1. Alhamdulillah...
Tahniah Abang, you are the best!

Kak Ngah, anak kedua yang aku tak letakkan expectation yang tinggi(sangkaanku mungkin dia dapat no 8 ke atas)tak sangka boleh dapat no 3... Tahniah Kak Ngah!Pandainya Kak Ngah ni...

Alhamdulillah rasanya tak sia-sia aku menghantar anak2 ke sekolah mereka sekarang (Integrated Islamic School Shah Alam -IISSA), walaupun yurannya agak mahal, ilmu yang mereka dapat nampaknya berkesan pada mereka. Contohnya Syakirin cukup berdisiplin dengan waktu sembahyang, strict dengan doa, boleh diharap bacakan doa selepas kami sekeluarga sembahyang jemaah etc. Alhamdulillah

Tiada ulasan: