Ahad, Julai 20, 2008

Demam denggi membawa seribu satu pengertian dan pengajaran

Hari ni hari pertama aku menaip setelah berbelas hari diserang denggi. Perkataan denggi tu sendiri membawa pengertian yang sangat berbeza kepadaku setelah aku sendiri mengalaminya. Ingatkan macam demam biasa rupanya dasyat sanagt rasa macam nak mati pun ada. Ataukah pengalamanku berbeza dengan pesakit denggi lain disebabkan history PPCM ku?(PPCM= paripartum cardiomyo pathy - masalah jantung disebabkan sekitar proses melahirkan.

Rupanya semangatku ke kelas pada hari pertama semester ni terbantut...Terpaksalah menghabiskan masa dalam wad selama 8 hari (11-18 julai 2008). Sebenarnya demam dah bermula sejak Selasa 8hb lagi, ingatkan demam terkejut bila tau satu berita yang sangat mengejutkan dari seorang kawan pagi tu. Tak semena2 lepas dengar kisah dia, aku jadi seram sejuk dan terus demam. Tak daptlah aku attend perjumpaan dengan pelajar baru.(Harap bos faham).

Rabu & Khamis(9&10hb) demam menjadi2. Suhu tinggi sangat,badan sakit berguling2. Bila jumpa dr, terus diberi suntikan. Tak lama lepas tu, sakit lagi..Aduh seksa betul demam kali ni.Akhirnya lepas 2 kali ujian darah, aku disahkan denggi, kena masuk wad. Hari yang sama dapat berita seorang kawan meninggal demam denggi berdarah. Aku mula terfikir apa akan jadi kalau aku juga menemui ajalku kali ni...Beban kerjaku pasti terlerai, tapi kesiannya anak2, suami yang akan kutinggalkan. Pasti mereka akan merinduiku... Oh tuhan, panjangkan umurku!

Aku melalui pengalaman yang berbeza2 sepanjang di wad. hari pertama dan kedua amat menyiksakan, seluruh badan sakitnya tuhan saja yang tahu. Malamku sendirian merana merintih sakit. Langsung tak dapat tidur. Mungkin ada tertidur setengah jam. Suami yang berjanji menemani juga tak dapat buat begitu kerana ada mesyuarat sampai lewat malam, beergegas datang semula bila dengar aku masuk wad. besarnya kasih ibuku...
Ada hari yang aku rasa sangat lemah tak bermaya, nak buka mata pun tak nak. Mak naik risau bila aku langsung tak pedulikan orang2 yang datang menziarahiku...(dah teruk sangat ke anak aku ni?). Ada waktu yang aku rasa sejuk bersalji yang teramat2 badan menggeletar bergoyang-goyang. Ada waktu aku muntah-muntah.. Ada waktu panas gila berapi-api.Aah sungguh menyiksakan. Aku terima semuanya tuhan, ujianMu ini, agar banyaklah hikmahnya yang aku nikmati selepas ini.

Pengalaman ini hakikatnya sungguh menginsafkan...pengorbanan ibu, suami,anak2, adik-beradik, pembantu rumah. Ingatan kawan2, bos, even aku turut mennerima jambangan bunga dan buah yang sangat besar dari Datuk Bandar Shah Alam...

Terima kasih kepada semua yang datang menziarahiku:
Ustazah Laila yang kusayangi
Mak Long Jamaliah & Teacher Ina
Laila lagi
K Shima (TQ for the magazine, book & air gamat)
Kamarul & isteri,anak2
Rosnia & Pani,anak2
Ustazah Fatimah, anak2
Arif & isteri,anak2
Dr Norliya (terharu sungguh dr datang berulang kali, setiap kali bawa bekalan yang banyak, dengan nasihat2 etc)
Nurussobah & suami, anak2
kak Maziah
Linda
k Tie ( sedap nasi kak Tie tu, orang lain turut merasa)
Ani & Aishah
Wahidah & suami,anak2
Dr Nan (dekan)
Dr Dang & Dr Siti
Dr norliya lagi
Kak Shima lagi
Kak nab
kak Yati jiran, Abg Hashim
Rahman
Yazid, family
Pak Cik mail
Shamsul(student/SKP)-TQ buah,kek

Dan ramai lagi yang saya tak berapa ingat

Terima kasih semuanya yang datang, tak kurang yang bawa buah tangan macam2 sampai bila dikumpul, penuh satu 2 laci besar wardrobe hospital yang besar tu. Buka, terkejut le siapa yang melihatnya..Itu yang kering, tak kurang yang bawa yang dimasak-Dr Norliya, K Tie, Mak Long etc. Ada pula yang bagi duit..bawa petua yang pelbagai. Dan orang2 yang datang melihat saya dalam keadaan yang berbeza...masa ok, masa ko, masa teruk sangat, masa ok sikit etc. Ada yang kongsi pengalaman masa mereka sendiri kena denggi-ada yang sifatkan lebih siksa dari melahirkan. Hakikatnya orang yang pernah merasa je yang dapat memahami. Simpati dari yang belum pernah merasa tetap aku hargai.

Malam kedua abang datang menemani, tapi sampai lewat pukul 2, sebab tolong orang accident.

Hari ke 3 gatal-gatal tangan kaki, gusi berdasah, cirit birit, sentiasa nak muntah, lapr macam orang gastrik. 9am Dr Norliya sampai bawa bubur nasi. Baiknya dia, dah la semalam bawa barang sebanyak2nya sampai ke sekecil2 yoghurt fikirkan apa yang terbaik utkku. Rasa macam mak pulak. Bezanya dengan yang sorang lagi tu...

aku jadi pelupa sangat sehinggakan satu malam tiba2 je rasa lapar sangat2 tak tau nak makan apa, teringin biskut tapi fikirkan x ada, pagi esoknya buka laci baru sedar biskut bertin2, berbungkus2 makanan penuh laci, kenapa la semalam tak ingat langsung kelaparan til pagi.

Day 5 minum air gamat, day 6 jadi muntah2, sakit kepala teramat,sakit badan. Day 7 bunga dari Diana (222)

Besarnya harga sebuah ingatan. buktinya semasa aku terlantar ni, sesiapa yang telah ada 'effort' utk hanya menjenguk orang sakit ini, rasa bagai sebuah pengorbanan besar, tambah lagi yang datang 3-4 kali ,bawa makanan etc. Terharu sungguh orang sakit ni. Sebaliknya ada orang yang tega sms aku pun tak dibalas...

Tiada ulasan: