Rabu, Januari 13, 2010

Mood

Hari ni mood hilang...byk yg menyerabuti fikiran. semalam patutnya stay up utk baca articles yg dah menimbun...tapi x terbuat..Byk yg x kena rasanya dr semalam lagi...makan, pinggan jatuh, nak nangis,..lepas maghrib, tidur kononnya nak bangun study malam...lgsg lelap .Pkl 4 baru terjaga, lps smyg isya, tidur balik, bangun lg, lps smayg subuh tidur lg..ke sebab makan byk semalam?

Pagi2 ni, husb suruh dtg ofis awal..tp byk benda yg dirisaukan d rumah..makan anak2, kain nak disidai etc..dan tiba2 husb ajak pulak Liza sefamily makan d rumah malam ni... akhirnya dah 10++am baru g ofis...pizza & roti yg dibuat pun x sempurna sbb oven x leh on...

Hari ni suhu Adelaide range 14-26 degree...sejuk lak..

Selasa, Januari 12, 2010

Cuaca Adelaide

Kami smpai, Adelaide summer...3-4 hari pertama, sgt sejuk, pastu bertukar panas..lama panas, tiba2 the whole 1 week pf 2 mgu lepas jadi sejuk..lepas tu panas lg..

Semalam, suhu mencecah 43 degree..,kepanasan membakar terasa masa keluar dari ofis berairc-cond ni...tu pun dah pukul 7pm..kalau lg awal lg la panas...masa husb pusing2 Mawson Lakes, rasa x tahan panas dah. Nak cepat2 smpai rumah. Sampai d rumah, carpet tebal yg baru shj dibasuh suami, dah kering..dia pun terkejut cpt sgt kering..katanya tinggallah dulu, biar betul2 kering lg esok. Bila aku sarankan baea masuk dulu, takut hujan, semua org, termasuk Asmida dan maknya gelakkan aku sbb x logik akan hujan. Panas membahang, ada pulak hujan..ha ha ha..sukanya mereka gerakkan aku.

Pagi2 td, ternyata mulutku masin. Hujan mencurah..suhu hari ni 23 degree je..turun mendadak dari semalam. Maka basah lencunlah carpet merah yg cantik & tebal tu..Mmg hidup d sini, ramalan cuaca d media menjadi satu petunjuk yg sgt penting utk merancang aktiviti harian...

Isnin, Januari 11, 2010

Hari yang panas - tetap beraktiviti sosial...

Semalam, cuaca begitu panas membakar..43 degree celcius. Namun kehidupan perlu diteruskan... Pagi2, ke rumah Asmida di ingle Farm utk tolong prepare utk kenduri sambut Liza balik + doa selamat family asmida/ shafizul masuk rumah baru..

Alhamdulillah meriah..ramai yg datang. Lepas kenduri, kami 5 kereta ke Women & Children Hospital, North Adelaide utk ziarah Zara & baby 4.45kgmya itu (Sunshine).


Then, terus ke rumah Lin/ Suhaizan, juga utk ziarah Lin & babynya An-Nadiyah (baru dpt nama pagi ni)...Seronok berbual dgn family Lin..maknya sgt ramah..ex nurse yang sungguh kuat semangat...

The day before, juga menghadiri jemputan Dr Zaki ke rumahnya..dapat kenalan baru lg...


Anak2 seronok bermain air d swimming pool air masin d rmh Dr Zaki

Flash back kehidupan & perjuangan




Rasa sedih, sayu melihat gambar lama tahun 1996...zaman kanak2..25 tahun yg lampau..sebagai kanak2 yang masih suci bersih..mentah..belum faham erti kehidupan. Hanya diselubungi keseronokan bermain, berkawan, dan bahagia dgn sedikit2 pencapaian, dan belaian ibubapa, keluarga, guru2... Seronoknya zaman ni... Walaupun masih mentah, rasanya hidup ini penuh bahagia dan berwarna warni...ceria..

Zaman seterusnya, sekolah menengah, baru kenal sedikit erti perjuangan, bila terpaksa survive sendiri d asrama, jauh dari keluarga, tak dpt bergantung pd sesiapa lg. Perlu berjuang belajar, berkawan,persaingan...

Zaman kampus lebih membuka minda dan melihat dunia dgn lebih luas..belajar erti pengurusan...berpersatuan..bermasyarakat, mengambil peranan, kepimpinan..dan zaman ni jugalah bermulanya alam dewasa..berumahtangga..

Kini, lebih 10 tahun di alam dewasa, alam kerjaya, terasa cabarannya begitu besar...erti perjuangan yg lebih luas, lebih penting...tiada istilah main-main. Survival. Apa2 tindakan, akan ada impak kpd manusia lain, terutama yg diamanahkan i.e anak2, masyarakat & negara. ......perlu fikir panjang...persaingan jg lebih mencabar.. Lebih penting, impak kpd kehidupan kekal abadi...

Sebegitu seriusnya aku memandang kpd nilai, kehidupan, jarang kukenal istilah main-main. Semuanya cuba dijaga sebaik mungkin. Difikirkan sedalamnya, agar tidak tersasar.. Sebegitu banyaknya ujian yg telah diharungi, dibayar dgn air mata, Alhamdulillah, kehidupan dirasakan dipeliharaNya sentiasa. Syukur sentiasa.

Namun ujian terus menerus datang, sebagai tanda kasih tuhan, ingin meningkatkan darjat hamba disisiNya...Kini, terasa bagai ujian itu berada dipuncaknya... tidak kuat lagi utk ku mempertahankan keutuhan diri yang dibina selama ini..Bantulah hambaMu yang lemah ini, wahai yang Maha Perkasa...

Muhasabah

Perasaan sebak datang menderu sehabis membaca entri lama blog Saifulislam.com "Tuliskan pengalaman itu, demi anak-anakmu" http://saifulislam.com/?p=4554. Bukan kali pertama membacanya, tapi mungkin keadaanku ketika ini yg memberi impak berbeza pada kali ini. Jauh beribu batu dari tanahair tercinta, tekanan study- tanggungjawab yang lebih berat, peranan sbg ibu yg tiada lg pembantu...dan kecintaanku kepada sejarah diri &keluarga..terkenang arwah ayah yang pergi terlalu awal..perasaan dan pandanganku hampir sama dgn ustaz Hasrizal..dan aku setuju benar dgn saranannya utk menulis pengalaman hidup...dan telah kucuba, namun sifat 'perfectionist'ku sedikit menjadi cabaran (hasilkan yg terbaik, atau tak payah tulis langsung), hasilnya, byk pengalamn berharga berlalu begitu saja, tanpa sempat diabadikan..sayang seribu kali sayang.....juga aku bukanlah pandai bermain kata..

Aku berazam , 2010 ini, biarlah aku bertatih menjadi penulis pengalamanku sendiri berhijrah mengutip mutiara ilmu di buni Aussie ini...

Sebakku bukan sebak biasa, aku bertarung dgn perasaan sendiri...besarnya cabaran datang bertamu di waktu aku ingin menyahut seruan Islam menjadi penuntut ilmu Allah yang luas ini...

Terkadang, datang rasa kecewa kerana 'gagal' menjadi ibu dan isteri yang baik..Kadang2, kerana kelalaianku, anak2 yg menjadi mangsa...

Ahad, Januari 03, 2010

Cerita Adelaide...first month





Alhamdulillah, ketibaanku sekeluarga pd 5 Dis, di hari lahirku disambut meriah oleh warga postgrad d Adelaide, dgn sedikit majlis makan2 dan potong kek harijadi..sungguh bertuah rasanya….

Hari pertama, tanpa berlengah, pencarian dan inspection rumah sewa bermula…rumah pertama, lengkap dgn kolam renang & hall serbaguna d luar rumah, mmg selesa…tp suami tidak tergesa2 membuat pilihan. Masa masih ada. Kami dibawa pusing2 sekitar bandar Adelaide yang teratur/terancang ini..mmg pemandangannya berbeza…dari atas bukit, kami dpat lihat laut yang memagari bandar yang tersusun ini. Satu kejutan jg apabila halaju pemanduan sangat terkawal dan terhad..ada kawasan 40kmh, ada yg 25kmh..kebanyakannya 60kmh..aduh…slownya..semuanya bersopan d jalanraya..


Petangnya, kami dihantar ke penginapan sementara di Torrens Park, rumah Wahi, yg sedang balik bercuti d Malaysia. Selepas seminggu, kami berpindah pula ke rumah Liza d McIntyre Road, Salisbury East, tidak jauh dari Kampus Mawson Lakes. Liza & family adalah rakyat Malaysia yg telah menetap dan menjadi PR Australia, dan baru shj membeli rumahnya setahun lepas. Sblm dia balik bercuti d Malaysia, dia menawarkan kami tinggal di rumahnya, boleh jg tolong siram pokok2 ros & serainya, serta petik buah apricotnya yg tak lama lagi akan masak..tawaran itu kami sambut dgn tgn terbuka..masa dan keselesaan yang ada digunakan sebaiknya utk mencari rumah sewa kami, mendapatkan barang2 keperluan harian dari pasaraya& belajar ber’garage sale’. Rutin di rumah Liza, pagi2, bagun petik buah apricot dan siram bunga..

22 Dis, kami masuk rumah sewa sendiri..Alhamdulillah, selesa, luas luar & dalam, sewa agak murah ($265 semunggu/ RM3200++ sebulan!), dan banyak pokok buah-buahan & roses. Epal, pear, lemon, orange, grapefruit semuanya sedang berbuah. Yang paling lebat buah pear hijau…laman belakang yg luas membolehkan anak2 bermain dengan bahagianya..garage juga besar dan bersih…bunga ros sdg blooming dgn banyaknya…dapatlah rumah kami dihiasi ros segar setiap hari..banunya harum menyamankan…

Setiap hari, rutin pagiku memasak, kemudian memandu ke pejabat… balik petang, biasanya disambung dgn aktiviti keluarga spt menghadiri jamuan2, ke pantai, etc..sesekali kami juga turut serta dalam eksedisi menangkap ketam. Dan setakat ni dah 2 kali menjadi tuan rumah majlis makan2. Majlis yang pertama, housewarming dan sesi taarug, dihadiri sangat ramai tetamu…hamper seluruh wrga postgrad Adelaide berkumpul, + warga PR, ustaz IISSA Syakirin etc..sungguh meriah…hidangan utama ialah ikan pari masak asam pedas johor hasil tangkapan Abg Zul/K Ros, dimasak oleh Nana & Aishah..Aku masak ayam pedas & sayur, K Nor mrnyumbang ketam masam manis, dan yg lain2 kebanyakannya desert. Kami turut menghidangkan murtabak special K Juana…Kali kedua, majlis agak kecil, perkumpulan warga mawson Lakes..juga meriah..

Setakat hampir sebulan di sini, aku menyaksikan banyak ‘miracle’ yg berlaku, kebetulan2 yang tak disangka dan mendapat kebaikan budi manusia lain, termasuk agen rumah sewa yang menyumbang berbagai keperluan..Bermula dgn kebaikan budi Zarah yang telah menghubungikudan menguruskan penempatan sementara kami d Adelaide, serta mengambil dari airport dan menganjurkan majlis menyambut kami, kami terus menerus menerima kebaikan budi orang, yang tidak terbalas rasanya…selain Zarah & Fahmi, kami turut terhutang budi pd K Ros/A Zul, Liza/Nizam, Wahi, Faruk, Nani&Pian dan lain2, dan tak dilupakan, Idris dan Hairani yg pernah berkongsi rumah dgn kami 3-4 hari d rumah Wahi…Idris banyak membantu mengorientasi kami dgn urusan2 awal-pendaftaran, bank etc…

Dan dalam masa yang sekejap, kami telah kenal mesra dgn ramai family/warga postgrad Adelaide yg lain.. Aishah&Awang, Azlianor& Suhaizan, Muzafar& Za, Safwan&…(Wafiah), Jabar& Fazila, K Nor& A Razak, naila& Azam, Nana& Dr …, Ros & Khoi, Dr Aini & Dr Shahrid, zainul & Mizah, Salina& Side, Faruk &Kay, Shila &…, Ibrisham& Suzi, Samsul Amri &isteri, dan beberapa org lagi…ukhuwah mereka/kami sgt rapat/baik, Alhamdulillah..