Kami smpai, Adelaide summer...3-4 hari pertama, sgt sejuk, pastu bertukar panas..lama panas, tiba2 the whole 1 week pf 2 mgu lepas jadi sejuk..lepas tu panas lg..
Semalam, suhu mencecah 43 degree..,kepanasan membakar terasa masa keluar dari ofis berairc-cond ni...tu pun dah pukul 7pm..kalau lg awal lg la panas...masa husb pusing2 Mawson Lakes, rasa x tahan panas dah. Nak cepat2 smpai rumah. Sampai d rumah, carpet tebal yg baru shj dibasuh suami, dah kering..dia pun terkejut cpt sgt kering..katanya tinggallah dulu, biar betul2 kering lg esok. Bila aku sarankan baea masuk dulu, takut hujan, semua org, termasuk Asmida dan maknya gelakkan aku sbb x logik akan hujan. Panas membahang, ada pulak hujan..ha ha ha..sukanya mereka gerakkan aku.
Pagi2 td, ternyata mulutku masin. Hujan mencurah..suhu hari ni 23 degree je..turun mendadak dari semalam. Maka basah lencunlah carpet merah yg cantik & tebal tu..Mmg hidup d sini, ramalan cuaca d media menjadi satu petunjuk yg sgt penting utk merancang aktiviti harian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan