Isnin, Januari 11, 2010

Flash back kehidupan & perjuangan




Rasa sedih, sayu melihat gambar lama tahun 1996...zaman kanak2..25 tahun yg lampau..sebagai kanak2 yang masih suci bersih..mentah..belum faham erti kehidupan. Hanya diselubungi keseronokan bermain, berkawan, dan bahagia dgn sedikit2 pencapaian, dan belaian ibubapa, keluarga, guru2... Seronoknya zaman ni... Walaupun masih mentah, rasanya hidup ini penuh bahagia dan berwarna warni...ceria..

Zaman seterusnya, sekolah menengah, baru kenal sedikit erti perjuangan, bila terpaksa survive sendiri d asrama, jauh dari keluarga, tak dpt bergantung pd sesiapa lg. Perlu berjuang belajar, berkawan,persaingan...

Zaman kampus lebih membuka minda dan melihat dunia dgn lebih luas..belajar erti pengurusan...berpersatuan..bermasyarakat, mengambil peranan, kepimpinan..dan zaman ni jugalah bermulanya alam dewasa..berumahtangga..

Kini, lebih 10 tahun di alam dewasa, alam kerjaya, terasa cabarannya begitu besar...erti perjuangan yg lebih luas, lebih penting...tiada istilah main-main. Survival. Apa2 tindakan, akan ada impak kpd manusia lain, terutama yg diamanahkan i.e anak2, masyarakat & negara. ......perlu fikir panjang...persaingan jg lebih mencabar.. Lebih penting, impak kpd kehidupan kekal abadi...

Sebegitu seriusnya aku memandang kpd nilai, kehidupan, jarang kukenal istilah main-main. Semuanya cuba dijaga sebaik mungkin. Difikirkan sedalamnya, agar tidak tersasar.. Sebegitu banyaknya ujian yg telah diharungi, dibayar dgn air mata, Alhamdulillah, kehidupan dirasakan dipeliharaNya sentiasa. Syukur sentiasa.

Namun ujian terus menerus datang, sebagai tanda kasih tuhan, ingin meningkatkan darjat hamba disisiNya...Kini, terasa bagai ujian itu berada dipuncaknya... tidak kuat lagi utk ku mempertahankan keutuhan diri yang dibina selama ini..Bantulah hambaMu yang lemah ini, wahai yang Maha Perkasa...

Tiada ulasan: