Isnin, November 05, 2012

Kak ngah belajar statistics masa year 5

Hari ni kak ngah tertinggal lunch box di rumah. Suamiku menghantarnya ke kelas(slps dia balik dr tolong tgkkan kereta sisters yg rosak di paradise). So sempatlah dia mengintai sekejap aktiviti dalam elas. Mereka sedang belajar statistics!! Dan nama kak ngah kedengaran disebut beberapa kali. Wah...kak ngah jadi rujukan lagi... Mmg dah selalu dengar dari Kak ngah dan teachernya sendiri mmg Kak ngah sgt perform dlm pelajaran, cuma masalah shyness je yg menjadi hal. Sblm ni ternampak kerja diorg pasal data analysis lagi tu!! belajar mode, median, mean segala...huh advance jg budak2 ni...

Ini gambar kak ngah masa dia terpilih utk dpt special time dgn artist buat diorg punya craft xtvt, sbb perform dlm kelas..

Extension granted

Alahamdulialh setelah sebulan dua berdebar menunggu, akhirnya hari ni dapat surat dari KPT tentang kelulusan pelanjutan dgn full scholarship. ablm ni risau sbb ada org yang tak dapat biasiswa

Jumaat, Oktober 19, 2012

Khamis, Ogos 23, 2012

Aidilfitri 2012

Jalan2 sakan lagi

Selasa, Julai 10, 2012

Jadi makcik kantin

Weekend baru ni, semua orang msia di Adelaide sebok. Ramai juga yang keluar Adelaide sempena cuti sekolah. Sedikit yang masih tinggal disebookkan dgn macam2 program di sini. Ada perhimpunan WORM, ada majlis walimatuh dan aqiqah 4 orang baby, ada perjumpaan dengan pengarah MARA. Tukang2 masak Adelaidelah paling sebok... semua dah dapat tugasan- masak kambing, buat kuih smpai 300 biji, 500 biji. Semua sebok. Tiba2 datang pula kontrak masak tengahari utk setudent MARA yang bermeeting hari Sbatu. Spt biasa, suami saya yang ditugaskan mencari tukang masak..semua orang dah penuh, Akhirnya sy dan da seorang kawan setuju utk kami masak. First time dalam hidup saya mengambil projek masak camni...ahh cuba ajalah...kerja bermula dgn beli ayam. Pilih bhgn Maryland. Sekotak!!! Disebabkan suami terpaksa ke tempat lain dulu, ayam itu terpaksa saya usung ke ofis utk simpan sejuk. Penuh peti ais ofis sy dgn ayam tu! Balik, terhegeh2 mengankatnya pula. Mujur Nizam, Liza tolong datang amik dr ofis. Liza masuk ke rumah dulu sembang2 sblm balik, buka tv kebetulan movie titanic baru mula...jadi layanlah kejap. Pukul 2 pagi baru saya mula kerjakan ayam goreng. To my surprise, pukul 4 pagi baru habis menggoreng. Dlam hati berfikir..susah jg rupanya kerja masak2 ni

Isnin, Mei 28, 2012

Isnin-seminggu ke tarikh bertolak ke Germany

isnin- sepagi comminicating dgn Ilyas dari Germany mengatur perjalananku di sana nanti bersama Surah. Beliau beriya2 menolong berbagai cara..Tempah hotel, beli tiket keretapi ke Interlaken, mengambil gambar2 di sekitar Munich dan masukkan ke fb , melayan  kehendak kami melalui fb, chat 7 skype, smpai mengorbankan masa tidur etc..harap dapat bantau dia satu hari nanti dan semoga Allah permudahkan jalan PhD kami..

Hari ni, hari pertama SV balik dr conference di Vienna. Pagi lagi dah call cari Simon. Surah yg angkat telefon, bgtahu Simon belum sampai. Tak sampai sepuluh minit, dia call lg bertanyakan Simon dah smpai atau belum...rupanya nak suruh Simon buat urusan paper lagi.. Paper yg simon bertungkus lumus buat mgu lepas, rupanya dah lepad duedate, poster je yg masih on...tp sv tak puas hati, nk juga paper tu diterima jadi full paper..suruh Simon emal, contact penganjur etc... pelik jg kenapa dia beriya2 benar dgn paper skrg ni... nak menulis thesis pun tak senang, tak leh fokus asyik kena tulis paper.

Smapai sekarang aku masih belum jumpa tempo menulis. Skrg ni aim nak siapkan juga Chapter 4-LR on court technologies, Hari ni, mengikut jadual,aku dah kena start dgn case study, tp Chap 4 ni belum siap camana????

Isnin, April 30, 2012

sESAK...

Sungguh sesak dada mengingatkan masa yang dah tak berapa lama sedangkan kerjanya tak berapa bayak yg dah siap...lately kawan2 sseorg demi seorang balik for good, dan seorang demi seorang datang konvo....aduhai.... ini cerita kawan2

K Ros, Roslina & Awang dan selamat konvo menerima ijazah PhD dengan rasa puas, Zara akan datang bulan 8 utk konvo...selamat dan legalah mereka, tp hasil pemerhatianku, semua mereka, struggle towards d end disamping kerja yg konsisten sblmnya...

Kak Ina, Izudin, nizam Sitah, Muzafar balik for good dan ramai lagiakan balik for good- Zainul, Rahim, Lynn & Ijan, Syed....masing2 dgn kesah tersendiri...paling bertuah Rahim, balik sblm cukup 3 tahun. Zainul & izudin akan dtg semuala utk kerja2 terakhir. Syed kelihatan masih kebingungan..Lynn dan Ijan te3rpaksa balik sblm submit (3.5 tahun), meninggalkan Andy yg bimbangkan mereka. Mus, dengar ceritanya smpai skrg belum submit pf examiner....bukans enang nak menghabiskan pengajian ni...

Skrg hanya tinggal kami yg beberapa kerat ni aja...Aku dan Surah selalu dlm kesuspenan dan kekecutan sbb kerja ta kemana lagi, expectation sv pula agak tinggi. Meeting mingguan ibarat viva, meeting harian selalu dielak2...aduhaiii

Kepala otakku pulak skrg ni sungguhlah lembap dirasakan, Tuahan tolonglah aku g dalam kesempitan ini...Satu perkara yg membuatkan aku agak lega wp thesis draft masih belm ke mana2, ialah jumplah publicationku yg agak tinggi...

Mulai skrg aku tak boleh buang masa lagi, bangkitlah Na, dari lamunan mimpi...

Selasa, April 10, 2012

Apple picking & botanical garden

Seronok

Kunjungan Mas, Zul, Fazie

Happy mereka berkunjung, tapi waktu yg kurang sesuai utk ku berjalan

Rabu, April 04, 2012

Updates

Banyaknya benda nak update, maklulah dah lama tak bersiaran, dan macam2 peristiwa yang dah berlaku, antaranya:

1. Semalam parent-teacher meet utk kels yayang, teacher puji dia semacam..esp art, discipline, akademi.. Area of improvement: tenses. Teacher dia akan gi bercuti 6 mgu ke German dan Italy. Sempat bergambar dgn teacher & principal. dan rakam perbualan ngan teacher.

2. hari ni dgn rasminya start tulis chapter 4, chapter yg paling penting setakat ni...Abrar mengajar, lukis framework utk chap 4

3. Surah akan gi German utk EMCIS

4. Kak Ros dan Awang datang Adelaide for convo

Khamis, Mac 22, 2012

Dato abdullah di Adelaide

Tadi siang meeting 2 jam ngan Dato abdullah..banyak perspektif dikongsi...sambill minum cafe latte dan hot chips...Pastu dia mengunjungi rumah kami di Salisbuty east...tapi aku tak dapat mengiringi kerana beban tugas di ofis

Khamis, Mac 15, 2012

Rabu, Mac 14, 2012

enjoyy


Early Days in Adelaide Slideshow: Wan’s trip from Adelaide, South Australia, Australia to 5 cities London, Los Angeles, Shanghai, Adelaide Hills and Lobethal was created by TripAdvisor. See another United States slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Selasa, Mac 13, 2012

Khamis, Mac 08, 2012

SBPA dimansuhkan dengan rasmi

Hari ni paper Malaysia beritahu SBPA tak jadi- itulah akibatnya buat polisi tak kaji habis2. So SSM diteruskan dgn kenaikan gaji 13% kepad kumpulak pengurusan & profesional. Banyak tenaga dibazirkan sebab pembatalan SBPA tu-

Alhamdulillah

8/3/12


Pagi ni dapat baca 1 ain lagi alhamdulilla. Breakfast & chat dgn Liza di Subway. Semangat urk buat kerja alhamdulillah

Dapat siap beberapa kerja yang sepatutnya dibuat semalam:
craft paper from Chap 3
send final version of IBIMA 1 journal
register conference conf-IRM Vienna
Restructure final weekly plan of thesis writing schedule

Yan nak terus buat: Chapter 2




Terbaru: dpt emal balasan dr sv, dia kata draft looks ok and send it through

Tenang

7/3/12


Bangun pagi baca quran satu ain-akan jadikan habit. Hari ni rasa sgt tenang- Meeting yg sgt takut. Biasa kena marah, pun tenang-dan dpt good news-sv akan hold plan asal utk berenti unisa & suruh register conf-IRM Vienna.



Skrg 4 conf in d pieline, akan hantar 3 lagi, pastu concentrate thesis, then tulis journals pulak.



Malam-ajar Liza ngaji Iqra 1 &2

Bicara dgn Simon

6/3/12



1. Adilkah dilahirkan sbg membawa dosa-Islam dilahirkan fitrah suci kain putih kemuadian, dgn dosa diwarnakan

2. Diakhirat mmg terus masuk syurga-dosa dah diampun wp buat jahat. Islam-jahat balas jahat, baik balas baik –adil, ada timbangan/judgement

3. Tuhan 3 in 1- Islam tuhan 1 yg maha berkuasa tak perlu accompanion.

Hati rasa serabut- teringat2. Baca Pahrol mat Juoi- berdamailah dengan takdir rasa tenang –menangis masa mandi-kena akui takdir.Mlm Chat- -dia cdg baca quran pagi2 satu ain

Selasa, Februari 07, 2012

Sedih betul menyaksikan kemusnahan

Wp hanya pear yang dimusnahkan...suara kicauan burung bukan lagi mendamaikan tapi memberi tekanan...sebab burung2 cantik berwarna warni itulah yang menghabiskan 95% buah2 pear kesayangan..salah aku juga tak sempat membalut buah2 tu..

Congested

Pagi ni dapat email aceptance Conference IRM di Vienna. Patutnya rasa happy la kan? tapi dah tak rasa apa2...dah tak ada perasaan dek kerana keserabutan otak yang tak settle dgn berbagai2 perkara:
1- Chapter 3 dan 6 yang masih di takuk lama...tak cukup perkembangan sebab tak buat.
2- SV suruh run semua data SPSS, belum buat sbb tak pasti bagaimana dan test apa etc yang nak dibuat
3-SV suruh buat 3 lagi paper conference-AMCIS, PACIS, IBIMA. semuanya due 1-7 Mac ni . Tinggal 20 hari je lagi..adoii..idea apa pun belum keluar.
4- Jadual yang dibuat sungguh ketat, suntuk sbb SV suruh siapkan tahun ni juga
5-Sesak otak
6- email dari confIRM organiser agak panjang, banyak yang nak kena edit paper tu..
7. banyak lagi perkara2 lain yang dah jadi kes lapuk, tapi belum selesai..contohnya hal ICEB- paper yg ditawarkan masuk journal, senyap begitu sahaja, paper Abrar yg sepatutnya ada 2 nama, namku pulak hilang-

Ya Allah berilah kelapangan dada, otak etc kepadaku agar dapatku menyusun pemikiran dgn sisematik dan dapat buat kerja dgn efisyen...Aminnn

Ahad, Januari 22, 2012

Dont jump into conclusion

hari ni seorang kawan buat jamuan utk kami beberapa family..makanan byk, errita ceriti pun byk- ada yg baik, tp byk juga yg kurang baik....tapi ini cerita yg paling signifikan:

Di meja makan, seorang makcik bercerita dgn penuh semangat. "Budak tu ckp kat pasal i who is she, I dont know her, she is not even my family rkawan, bila I tegur, dia, dia cakap, who are you, i dont know you, you are not even my family.So saya marah dia, sy cakap, Hey, you never say such thing like taht, okay, you see,  here, I am like your grandmother, okay... never ever make a sentense like that, understand?! Ha lepas tu dia okay la..baru dia kawan baik2 macam biasa..." siapa? sy tertanya2 dia kata.Anank sayuti? Sya tersentap, sungguh terkejut..begitu sekali biadapnya anak saya? Wp hati terhiris, sy cuba tenangkan, dalam tak percaya sy bertanya..yg mana? yg ppua yg paling kecik tu ke? itulah agakan sy sbb dialah yg satu2nya 'berani bercakap'. Jawabnya' tak, yang lelaki tu"..sy lebih lg terkejut, tersentap dan sedih, baru sahaja sy syukuri nikmat dikurnia seorang anak yg sy kira baik, sempena hari jadinya ke 12, tiba2 malam ni, seolah  terbalik...sungguh sedih dan malu...Tiba2 kami dikejutkan dgn ketibaan satu fmuly lagi, jadi perhatian kami beralih menyambut mereka, topik asal tadi hilang begitu sahaja, tidak saya pasti ada cerita seterusnya atau mmg cerita dah tamat.

Balik rumah, tak sabar2 rasanya saya nak interrogate dan 'basuh' anak saya itu. Kalau benar, sungguh mengecewakan. Bila saya tya solan pertama, dia termangu2, membuatkan sy berang...Dan mendengar sy marah dan sikap anak sy yang jawab 'tak tahu, tak ingat, buatkan suami saya turut naik marah, paksa dia bangun duduk dari kedudukan baring. Jadi dia bangun dan saya bersungguh2 interrogate, minta dia ingat betul2 peristiwa tu..saya berikan clue (berdasarkan erita makcik tadi)supaya dia dapat recall. Tiba2 dia cakap''ohhh abang ingat sekarang ttg peristiwa tu. katanya kawannya, anak tuan rumah, suruh tengok dia, bila dia tgk, budak tu tak berbaju, nampak pusat, so, dia tak nak tengok aurat budak tu (spt biasa, anak sy ini seorg yg lurus bendul, sangat menjaga hal halal haram-setakat yg saya kenal dia setakat ini, insya Allah). So abang cakap la kat dia, I cant  see you( your body-it's aurat) You are not my brother . You are not even my family member, I dont want to see you" Inilah ayat yang sama dgn ayat yg makcik tu cakap, di mana pd fahaman sy yg mendengarnya, ayat itu ditujukan kpd makcik tu dan sebab tu lah dia marah dan buat statement spt di atas. Akhirnya sy dapat buat kesimpulan sendiri...dont jump into conclusion....kesian Syakirin, tak pasal2 kena 'basuh' dgn saya..saya termangu sendiri.....Insaf..banyak pengajaran boleh dari ambil dr cerita pendek ini...




or this version?
Budak tu tak mahu berkawan, I dengar dia cakap 'you are no one to me, you are not part of my family'

Rabu, Januari 11, 2012

3.1.2012

2Am-mata masihAnak2,suami dah belama di buai mimpi membentuk pulau g ruang tamu di kelilingi 3 alat penyejuk~air cond kipas dan air purifier....bila ternampak buah cerii du atas meja yg tinggal aeparuh,dan pengarih membaca blog srorg phd std d uni strathclyde glasgow terus terbayang kekagrtan mtkihat buah stone fruit d atas meja nakan chah d glasgow segar..beberapa kali barulang alkk dari laptop ke tmpat tidur dan sebaliknya...

SBPA

Sedih juga aku tahu lambat pasal SBPA... agaknya aku kurang bergaul/berkomunikasi..but once I know, I really study about it. Terus print dan baca semua pekeliling. Kesimpulannya, tak jauh lari dari SSM dulu juga sistemnya, cuma tukar nama dan gaji naik sikit ..Sbnarnya, lagi tgi pangkat, lagi bykkkk gaji naik. nampak kepincangan dan ketidakadilan kpd org bawahan....impaknya menambah jurang pendapatan di kalangan org atas dan bawah..siapa juga yg susah nanti? dua2 pihak pun susah hidup dan susah hati..sapa la yang buat polisi yg kurang bijak ni...

Yang paling untung dalam group pengurusan dan professional ialah orang yg baru naik 54. Kenapa/ Sebab tangga gaji SSM T1 hingga T10 semuanya disatukan menjadi T1 dalam SBPA. naya lah yang doktor2 pakar yang dah 10 tahun bekerja, tup-tup anak muridnya atau juniornya yg baru naik 54 tak tak smpai setahun pun dapat gaji sama dgn dia.Ini contoh yg ekstrim tapi mmg ada berlaku depan mata saya. Pokoknya, suapa sahaja yg dalam gred 54, tak kira dah kerja setahun ke, 2 ke 3 ke, 4,5,6,7,8,9, atau 10 tahun, semuanya akan dapat gaji yg sama... Yg baru kerja setahun dapat kenaikan seabnyanak 2000. Yang dah kerja 10 tahun, naik gaji berapa puluh ringgit je...Dan kena terima hakikat junior 10 tahun sama gaji dgn mereka. Dan tahun2 berikutnya, gaji mereka naik sama2 setara....naya..Ini akan menggalakkan brain drain lagi la nampaknya




Performance appraisal 2011





Isnin, Januari 02, 2012

2012

Tahun yang sangat penting dan mendebarkan dan mencabar dan segalanya......

Azam baru? Mahu menulis menulis dan menulis..tulis apa? tulis thesis, tulis blog-diary, tulis ideas... kekerapan? setiap hari...ok. Insya Allah... terlalu banyak rasanya yang nak ditulis...

1.1.2012

Hari pertama tahun baru, disambut dalam demam, dalam cuaca heatwave. Minggu ni rata2 suhu 41-43 degree celcius. Plan asal untuk bawa anak2 tengok fire work terpaksa dibatalkan. Berselimut dalam air cond dalam rumah saja. Suami keluar juga walaupun demam...mencari rezeki sambil exercise katanya..dia hanya sampai rumah lepas pukul 4am.

Pukul 12am, bunyi berdentum2 dah kedengaran. Anak2 kehairanan, jadi saya ajak mereka keluar, Jiran depan juga nampaknya keluar ke halaman rumah mereka...dari kejauhan nampak firework di beberapa sudut berbeza. Sekali sekala,  ada yang sgt besar betul2 di atas rumah kami. Bila ke yard belakang rumah, view lebih clear/puaslah juga Yayang tengok bunga api, dari rumah sendiri. Taklah rugi tak pergi ikut Liza ke Elders Park semata2 utk tgk bunga api. Masuk semula ke rumah, dentuman masih kedengaran, jadi buka curtain bilik, rupanya dari ringkap bilik pun boleh nampak bunga api yang tak putus2 dari arah satu kawasan yang tak jauh dari rumah..agakan saya, mungkin dari salah sebuah rumah di taman ini juga, diselangi dengan yang besar2 sekali sekala....tapi kami tak tunggu sampai habis sebab Yayang dan Syakirin ada aktiviti masing2 yang lebih menarik...kak Ngah masih di rumah Kak Rin, sleep over.  Saya lebih selesa kembali merehatkan diri yang demam, air cond terpaksa dibuka berpanjangan kerana cuaca sgt panas.

11 am ,masih dalam gua buatan kami, baru bangun tidur lepas tidur semula slps solat subuh pada 4.30am

7pm , masih sgt panas di luar, tapi kena juga keluar utk menghadiri majlis BBQ Makcik Kak Long  mam mertua Dr Siti... kami antara yang awal sampai, dan kami jugalah yang paling lambat balik...Mak Cik tu tahan tak bagi balik, suruh balik last. kak Ngan demam.

2.1.2012

Pukl 2pm baru sedar ada 4 missed call dari supervisor. 2 kali saya return call, tak angkat, jadi tinggal aja voicemail. Kemudian saya check email, ternyata ada hal penting berkaitan submission paper ke Conf-IRM. Terpaksalah meredah kepanasan, ditemani Yayang ke ofis utk urusan itu. Ternyata ada hikmahnya, membolehkan saya terus scan dokumen SBPA yang rupanya hari ni due datenya menurut email dari Pn Hafizah bhgn Saraan. Alhamdulillah..selesai sesuatu yang dirisaukan.

SBPA

Saya membuat keputusan menerima SBPA dan memilih umur bersara paksa 60 tahun setelah membuat beberapa pertimbangan. Tapi apa yang lebih menarik perhatian ialah ttg kejangglan skim ini ttg beza gaji 52 dan 54. Jadi kenalah memotivasikan diri utk mencapai 54 pula...