Tahun yang sangat penting dan mendebarkan dan mencabar dan segalanya......
Azam baru? Mahu menulis menulis dan menulis..tulis apa? tulis thesis, tulis blog-diary, tulis ideas... kekerapan? setiap hari...ok. Insya Allah... terlalu banyak rasanya yang nak ditulis...
1.1.2012
Hari pertama tahun baru, disambut dalam demam, dalam cuaca heatwave. Minggu ni rata2 suhu 41-43 degree celcius. Plan asal untuk bawa anak2 tengok fire work terpaksa dibatalkan. Berselimut dalam air cond dalam rumah saja. Suami keluar juga walaupun demam...mencari rezeki sambil exercise katanya..dia hanya sampai rumah lepas pukul 4am.
Pukul 12am, bunyi berdentum2 dah kedengaran. Anak2 kehairanan, jadi saya ajak mereka keluar, Jiran depan juga nampaknya keluar ke halaman rumah mereka...dari kejauhan nampak firework di beberapa sudut berbeza. Sekali sekala, ada yang sgt besar betul2 di atas rumah kami. Bila ke yard belakang rumah, view lebih clear/puaslah juga Yayang tengok bunga api, dari rumah sendiri. Taklah rugi tak pergi ikut Liza ke Elders Park semata2 utk tgk bunga api. Masuk semula ke rumah, dentuman masih kedengaran, jadi buka curtain bilik, rupanya dari ringkap bilik pun boleh nampak bunga api yang tak putus2 dari arah satu kawasan yang tak jauh dari rumah..agakan saya, mungkin dari salah sebuah rumah di taman ini juga, diselangi dengan yang besar2 sekali sekala....tapi kami tak tunggu sampai habis sebab Yayang dan Syakirin ada aktiviti masing2 yang lebih menarik...kak Ngah masih di rumah Kak Rin, sleep over. Saya lebih selesa kembali merehatkan diri yang demam, air cond terpaksa dibuka berpanjangan kerana cuaca sgt panas.
11 am ,masih dalam gua buatan kami, baru bangun tidur lepas tidur semula slps solat subuh pada 4.30am
7pm , masih sgt panas di luar, tapi kena juga keluar utk menghadiri majlis BBQ Makcik Kak Long mam mertua Dr Siti... kami antara yang awal sampai, dan kami jugalah yang paling lambat balik...Mak Cik tu tahan tak bagi balik, suruh balik last. kak Ngan demam.
2.1.2012
Pukl 2pm baru sedar ada 4 missed call dari supervisor. 2 kali saya return call, tak angkat, jadi tinggal aja voicemail. Kemudian saya check email, ternyata ada hal penting berkaitan submission paper ke Conf-IRM. Terpaksalah meredah kepanasan, ditemani Yayang ke ofis utk urusan itu. Ternyata ada hikmahnya, membolehkan saya terus scan dokumen SBPA yang rupanya hari ni due datenya menurut email dari Pn Hafizah bhgn Saraan. Alhamdulillah..selesai sesuatu yang dirisaukan.
SBPA
Saya membuat keputusan menerima SBPA dan memilih umur bersara paksa 60 tahun setelah membuat beberapa pertimbangan. Tapi apa yang lebih menarik perhatian ialah ttg kejangglan skim ini ttg beza gaji 52 dan 54. Jadi kenalah memotivasikan diri utk mencapai 54 pula...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan