Selasa, Julai 29, 2008

R'ESQ - Repositioning Emotional, Spiritual Quotient

Dalam sebok bercongress, sempat pula mencelah ke seminar/workshop Dr Muhammad bin JantanNamanya RESQ. 1 day seminar on 26 JUly-Sabtu.

Sungguh mengesankan dan menginsafkan.... mujur aku datang

International Congress on Archives (21-28 July 2008)

Despite kepenatan, sakit bandan penangan denggi yang masih menyelimuti diri, ku kuatkan juga semangat demi menimba ilmu. Peluang yang 'rare' ini takkan kulepaskan begitu saja lalu dengan bertemankan suami yang setia menjagaku, kami pergi bersama menghadiri ICA, pre & post congress seminar di KLCC, Memorial Tunku Abdul Rahman dan auditorium Arkib Negara.

Memang tak salah keputusanku, congress ini telah melonjakkan tahap ilmu pengetahuaan di dada, mengizinkan aku punya kenalan seluruh dunia,memberi idea baru etc.Maklumlah lebih 200 papers dibentangkan. Penyertaan seramai 1200 orang dari 38 buah negara.

Congress ini diadakan setiap 4 tahun, biasanya di European Countries. Ini kali ke2 diadakan di luar Europe, kali pertama di Asia. Next pada 2012 di Brisbane Australia.

Ahad, Julai 20, 2008

Demam denggi membawa seribu satu pengertian dan pengajaran

Hari ni hari pertama aku menaip setelah berbelas hari diserang denggi. Perkataan denggi tu sendiri membawa pengertian yang sangat berbeza kepadaku setelah aku sendiri mengalaminya. Ingatkan macam demam biasa rupanya dasyat sanagt rasa macam nak mati pun ada. Ataukah pengalamanku berbeza dengan pesakit denggi lain disebabkan history PPCM ku?(PPCM= paripartum cardiomyo pathy - masalah jantung disebabkan sekitar proses melahirkan.

Rupanya semangatku ke kelas pada hari pertama semester ni terbantut...Terpaksalah menghabiskan masa dalam wad selama 8 hari (11-18 julai 2008). Sebenarnya demam dah bermula sejak Selasa 8hb lagi, ingatkan demam terkejut bila tau satu berita yang sangat mengejutkan dari seorang kawan pagi tu. Tak semena2 lepas dengar kisah dia, aku jadi seram sejuk dan terus demam. Tak daptlah aku attend perjumpaan dengan pelajar baru.(Harap bos faham).

Rabu & Khamis(9&10hb) demam menjadi2. Suhu tinggi sangat,badan sakit berguling2. Bila jumpa dr, terus diberi suntikan. Tak lama lepas tu, sakit lagi..Aduh seksa betul demam kali ni.Akhirnya lepas 2 kali ujian darah, aku disahkan denggi, kena masuk wad. Hari yang sama dapat berita seorang kawan meninggal demam denggi berdarah. Aku mula terfikir apa akan jadi kalau aku juga menemui ajalku kali ni...Beban kerjaku pasti terlerai, tapi kesiannya anak2, suami yang akan kutinggalkan. Pasti mereka akan merinduiku... Oh tuhan, panjangkan umurku!

Aku melalui pengalaman yang berbeza2 sepanjang di wad. hari pertama dan kedua amat menyiksakan, seluruh badan sakitnya tuhan saja yang tahu. Malamku sendirian merana merintih sakit. Langsung tak dapat tidur. Mungkin ada tertidur setengah jam. Suami yang berjanji menemani juga tak dapat buat begitu kerana ada mesyuarat sampai lewat malam, beergegas datang semula bila dengar aku masuk wad. besarnya kasih ibuku...
Ada hari yang aku rasa sangat lemah tak bermaya, nak buka mata pun tak nak. Mak naik risau bila aku langsung tak pedulikan orang2 yang datang menziarahiku...(dah teruk sangat ke anak aku ni?). Ada waktu yang aku rasa sejuk bersalji yang teramat2 badan menggeletar bergoyang-goyang. Ada waktu aku muntah-muntah.. Ada waktu panas gila berapi-api.Aah sungguh menyiksakan. Aku terima semuanya tuhan, ujianMu ini, agar banyaklah hikmahnya yang aku nikmati selepas ini.

Pengalaman ini hakikatnya sungguh menginsafkan...pengorbanan ibu, suami,anak2, adik-beradik, pembantu rumah. Ingatan kawan2, bos, even aku turut mennerima jambangan bunga dan buah yang sangat besar dari Datuk Bandar Shah Alam...

Terima kasih kepada semua yang datang menziarahiku:
Ustazah Laila yang kusayangi
Mak Long Jamaliah & Teacher Ina
Laila lagi
K Shima (TQ for the magazine, book & air gamat)
Kamarul & isteri,anak2
Rosnia & Pani,anak2
Ustazah Fatimah, anak2
Arif & isteri,anak2
Dr Norliya (terharu sungguh dr datang berulang kali, setiap kali bawa bekalan yang banyak, dengan nasihat2 etc)
Nurussobah & suami, anak2
kak Maziah
Linda
k Tie ( sedap nasi kak Tie tu, orang lain turut merasa)
Ani & Aishah
Wahidah & suami,anak2
Dr Nan (dekan)
Dr Dang & Dr Siti
Dr norliya lagi
Kak Shima lagi
Kak nab
kak Yati jiran, Abg Hashim
Rahman
Yazid, family
Pak Cik mail
Shamsul(student/SKP)-TQ buah,kek

Dan ramai lagi yang saya tak berapa ingat

Terima kasih semuanya yang datang, tak kurang yang bawa buah tangan macam2 sampai bila dikumpul, penuh satu 2 laci besar wardrobe hospital yang besar tu. Buka, terkejut le siapa yang melihatnya..Itu yang kering, tak kurang yang bawa yang dimasak-Dr Norliya, K Tie, Mak Long etc. Ada pula yang bagi duit..bawa petua yang pelbagai. Dan orang2 yang datang melihat saya dalam keadaan yang berbeza...masa ok, masa ko, masa teruk sangat, masa ok sikit etc. Ada yang kongsi pengalaman masa mereka sendiri kena denggi-ada yang sifatkan lebih siksa dari melahirkan. Hakikatnya orang yang pernah merasa je yang dapat memahami. Simpati dari yang belum pernah merasa tetap aku hargai.

Malam kedua abang datang menemani, tapi sampai lewat pukul 2, sebab tolong orang accident.

Hari ke 3 gatal-gatal tangan kaki, gusi berdasah, cirit birit, sentiasa nak muntah, lapr macam orang gastrik. 9am Dr Norliya sampai bawa bubur nasi. Baiknya dia, dah la semalam bawa barang sebanyak2nya sampai ke sekecil2 yoghurt fikirkan apa yang terbaik utkku. Rasa macam mak pulak. Bezanya dengan yang sorang lagi tu...

aku jadi pelupa sangat sehinggakan satu malam tiba2 je rasa lapar sangat2 tak tau nak makan apa, teringin biskut tapi fikirkan x ada, pagi esoknya buka laci baru sedar biskut bertin2, berbungkus2 makanan penuh laci, kenapa la semalam tak ingat langsung kelaparan til pagi.

Day 5 minum air gamat, day 6 jadi muntah2, sakit kepala teramat,sakit badan. Day 7 bunga dari Diana (222)

Besarnya harga sebuah ingatan. buktinya semasa aku terlantar ni, sesiapa yang telah ada 'effort' utk hanya menjenguk orang sakit ini, rasa bagai sebuah pengorbanan besar, tambah lagi yang datang 3-4 kali ,bawa makanan etc. Terharu sungguh orang sakit ni. Sebaliknya ada orang yang tega sms aku pun tak dibalas...

Result anak-anak

Rutin menghadiri 'report card day' di jalani seperti biasa. Tapi hint yang didapati dari Teacher agak menggusarkanku. Katanya "prestasi Syakirin menurun kali ni.turun Bnayak. Dapat no 3". Tersentap juga aku dengar tapi tetap syukur dengan apa saja ketentuan Allah. Masa jumpa guru kelas, mmg betul markahnya memeranjatkan.Ada yang 40% sahaja, ada 63%, ada 82%. Ynag laon ok. 100%,98%,pendekata 90 ke atas. Apa dah jadi anak aku ni!

Terketar juga masa buka file utk belek kertas soalan untuk dapat kepastian, alangkah terkejutnya bola tengok subjek yg ditulis 40% dalam report card tu, sebenarnya 100% di kertas jawapan, so kesilapan pertama dibuat, begitu juga yang kedua dan ketiga semuanya salah.Rupanya class teacher tersilap masukkan markah student lain yang namanya hampir sama dgn Syakirin. Berkali2 dia minta maaf. Bila pembetulan di buat, rupanya Syakirin sebenarnya dapat no 1. Alhamdulillah...
Tahniah Abang, you are the best!

Kak Ngah, anak kedua yang aku tak letakkan expectation yang tinggi(sangkaanku mungkin dia dapat no 8 ke atas)tak sangka boleh dapat no 3... Tahniah Kak Ngah!Pandainya Kak Ngah ni...

Alhamdulillah rasanya tak sia-sia aku menghantar anak2 ke sekolah mereka sekarang (Integrated Islamic School Shah Alam -IISSA), walaupun yurannya agak mahal, ilmu yang mereka dapat nampaknya berkesan pada mereka. Contohnya Syakirin cukup berdisiplin dengan waktu sembahyang, strict dengan doa, boleh diharap bacakan doa selepas kami sekeluarga sembahyang jemaah etc. Alhamdulillah

Isnin, Julai 07, 2008

Tujuan Hidup

Lately, fikiran selalu terkenang apalah tujuan hidup sebenar di dunia, apa yang nak dicapai,apa yang nak dikejar...Syukur sangat dengan prjalanan hidup yang telah dilalui lebih 30 tahun ni...Hidayah yang tak perlu dicari, tapi dianugerah sejak menjengah ke dunia, dididik dengan kasih sayang, walaupun pemergian ayah terasa terlalu awal ketika aku masih di usia 13 tahun selepas sebulan dua aku berjauhan dengn keluarga penghuni asrama sebuah SBP di PJ. Kasihannya aku melihat pengorbanan seorang ibu yang terpaksa membesarkan 7 orang puterinya yang semuanya masih dalam usia persekolahan. Ayah pergi meninggalkan kami yang masih dahagakan kasih sayangnya...terutamanya 3 adik-adik yang masih kecil- adik bongsu yang baru genap setahun...Mujur kami masih ada tok dan tok yah masa tu yang sangat banyak memberi sokongan moral untuk kami meneruskan kehidupan... Ah sedihnya mengenangkan semua tu.

Mungkin juga dengan berkat doa mak, ayah, arwah tok dan tok yah dan semua yang mengasihi kami, akhirnya kini anak2 ayah dan mak semuanya bolah dikatakan berjaya. Ramai orang kata begitu.. tapi apa ukuran kejayaan yang mereka gunakan ya...Adakah dengan hanya melihat kelulusan/pekerjaan/bidang pengajian di universiti atau apa yang dilihat secara zahir? Bagaimana dengan kualiti kami sebagai hamba kepada Sang Pencipta? Sejauh mana performance kami sebagai seorang khalifah di muka bumi, sebagai pejuang agama Allah, sebagai penyambung perjuangan nabi membela agama suci ini? Atau samakah saja kami dengan orang2 yang mengejar dan mencari yang terbaik hanya untuk keselesaan diri sendiri,Na'uzubillah...

Dunia ini benar-benar menguji, benar2 menjadi pentas Allah menilai lakonan hamba di dunia... ramainya yang hanyut...kagumnya melihat si Pejuang...di mana aku???

Rindunya pada kawan lama yang sunggh kukagumi... keberibadiannya indah, pencapaiannya hebat, pendiriannya utuh, tetep utuh dari dulu sampai sekarang...Tapi dia jauh di mata. Ya Allah berkatilah kehidupannya sampai bila-bila,sampai di akhirat sana.

Rindunya juga pada ayah. Pemergiannya melampaui 20 tahun, namun terasa baru seperti sebulan dua, semuanya masih segar di ingatan. Basarnya jasa ayah (dan Mak)tak dapat dilupakan. Ayanh memang seorang yang hebat, lain-dari yang lain-itu pandangan kebanyakan orang yang kenal ayah...Aku sangat mengharapkan aku punya kesempatan untuk merakamkan "oral history" tentang ayah, dari mereka yang pernah rapat denganny yang masih hidup. Semoga ayah sedang berbahagia di taman syurga menanti masa menikmati syurga,bertemu Allah dan selamanya berbahagia menjadi penghuni syurga. Semoga isteri serta anak-anak ayah semuanya merupakan wanita-wanita solehah bakal penghuni syurga........ Berilah kami semua kekuatan untuk merebut gelaran hambaMu yang solehah..

New Sem = New Spirit

Back to class after almost 3 month-long vacation (vacation for the students means double of workload for the lecturers). Feel fresh to see the fresh faces of students, in the fresh 8.00 am in the fresh Mohday morning. I suppose that is the very first class in this very semester conducted in this very morning in this very campus.