Isnin, Ogos 25, 2008

Cerita Cuti Seminggu

Akhirnya saat yang dinanti muncul jua. Cuti sekolah kali ni sama dengan cuti semester, means saya bpleh ambil cuti untuk luangkan masa dengan anak-anak. Dah lama rasanya sejak anak sekolah, walaupun cuti kami tak dapat balik kampung kerana cuti tak sama dan suami susah ambil cuti. Kali ni ok. Rindumya kampung halaman yang sudah sekian lama tidak kujengah dek kesebokan duniawi.

Jumaat malam saya sendiri memandu, bawa anak2 sampai rumah adik di Ipoh. Ahad kami balik ke Gerik. Isnin, Selasa, Rabu & Khamis di rumah mak, walaupun 4 hari ,terasakan sangat sekejap. Tak puas rasanya menjolok rambutan, panjat manggis, makan ikan sungai fresh, menziarah mak-mak saudara. Suami balik ke Shah Alam sejak Isnin kerana urusannya. Jumaat, saya bertolak ke rumah mentua di Parit Buntar. Tiada siapa di sana kecuali Ummi (mak mertua) dan 2 orng adik lelaki.Sehari menghabiskan masa dengan mereka-pergi pasar malam etc. Esoknya, kami semua bertolak ke Selama menziarahi tok (nenek suami) yang dah berusia lebih 80 tahun, dan makan kenduri sepupu suami. Semua orang berg datang tanyakan suami mana, jenuh juga nak menjawabnya, maklumlah, jumps ramai kaum kerabat dia yang datang kenduri dan ziarah nenek, suami sendiri tak de, isterinya ada...malah ada yang langsung saya tak pernah jumpa sebelum ni...di sinilah ambil peluang berkenalan..

Lepas kenduri, terus balik Shah Alam. Baru je sampai rumah, tiba pula kereta adik. Adik datang dengan mak dan kakak. Esok kakak akan register UKM. Mak pula datang nak 'cover' Minah yang sakit tak bangun-bangun sejak Jumaat lepas ikut kakak sulung berendam air panas Ulu Legong di Kedah.

1 ulasan:

SyahirahAbdulShukor berkata...

wah seronoknya cuti sekolah ..