Saya hanya tersenyum setiap kali orang memberi pandangan tersendiri tentang kerjaya saya. Kebanyakan mereka mentafsirkannya sebagai beruntung kerana profesion pensyarah memberi banyak ruang untuk mengurus masa sendiri - flexible etc. Hakikatnya ianya jauh dari hakikat sebenar apa yang saya alami setiap hari.
Hari ini, saya bekerja 8am-10pm. Walaupun kelas saya hanya 6 jam (2-5pm & 6-9pm), kerja2 lain menuntut saya bekerja lebihmasa. Hakikatnya hari ni saya dah memulakan kerja rasmi (buat 3 set soalan final exam) bermula pukul 5am lagi. Berhenti sekejap untuk sembahyang subuh, dan sekali lagi untuk turun ke kereta untuk bersalaman dengananak2 yang sudahpun dalam kereta untuk ke sekolah. Semua urusan makan pakai mereka pagi tadi diuruskan pembantu rumah yang setia, Minah..(terima kasih Minah).
Pukul 8am kerja saya yang dibuat tadi hampir siap, baru rasa lega sikit. Bolehlah mandi, sembahyang dhuha dan bersiap ke office. Bergegas turun, singgah ke bank cucuk duit, dan speeding kr pejabat. Kerja lain menunggu. Kena siapkan minit meeting UNESCO Training the Trainers in Information Literacy untuk digunakan dalam mesyuarat petang nanti. SSoalan final juga perlu dihantar hari ni. Borang2 urusan ke London juga perlu diisi dan dapatkan approval dekan hari ni. 11am ada mesyuarat AJK Pembentukan Kurikulum Master Records Management. 2pm kelas 3 jam till 5pm,sembahyang, At the same time meeting UNESCO 4pm. 6pm kelas Pelajar Luar Kampus(PLK) pulak till 9 pm. Tapi biasanya akan habis 9.30pm. Pukul 10pm baru boleh balik,sampai rumah 10 lebih...Itulah hakikatnya antara contoh rutin kehudupan seharianku yang dianggap "free" oleh sesetgh orang....
Dilemanya hanya saya yang tahu. Betapa sedihnya saya biasanya balik malam tengok anak2 dah tidur, langsung saya tak sempat nak coach mereka ulangkaji pelajatan untuk exam yang sedang mereka hadapi sekaran-minggu ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan