Minggu ni giliran kami hantar anak2 yang berlima ke sekolah. Suami ada kerja urgent nak siap,jadi saya yang menghantar mereka sekaligus boleh bayar yuran sekali- RM 913 (termasuk RM88) untuk buku). Biasanya RM825 (yuran + makan) tak termasuk swimming/tae kwon do. Jumlah yang agak banyak bagi kami, tapi setakat ni Alhamdulillah hasilnya agak memberangsangkan. Banyak xtvt yang baik untuk anak2. Hari ni saya sertai majlis penyampaian hadiah Quranic Generation Month. Syakirin jadi juara hafazan. Tak sangka juga dia dah boleh hafal, sampai Al-Muthaffifin. Tinggal 3 surah lagi untuk lengkap hafazan juz 30. Peluang berjumpa 2 orang parents lain yang dijemput (kerana menjadi juri) di ambil untuk kongsi cerita hal anak2. Kesimpulannya, rasa sedih sangat melanda hati. Both of them nampaknya sangat serius dan komited dengan education anak masing2. Homework buat sama, ada jadual waktu, ada restriction itu ini, ada rotan( means ada disiplin). Saya sendiri, rasanya sangat jauh dari amalan mereka. Jumpa anak waktunya singkat, kadang2 tak sempat pun tanya ada homework ke tidak, mereka pandai2 sendiri je... Rasa nak nangis je...Saya ni jenis mak macam manalah agaknya...
Yang pasti mereka dua-duanya berenti kerja sebab nak beri tumpuan education anak..sedangkan saya, rasanya keadaan masih belum mengizinkan...
Lepas habis event sekolah anak, ke universiti uruskan tiket ke London untuk present paper bulan 9 nanti.. Itulah, hari2, sebok dengan urusan sendiri...Layakkah aku bergelar Ibu? Sedih menyelubungi jiwaku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan