Pagi ni saya menangis lagi dalam kereta, sebaik selepas anak-anak sampai ke sekolah menjadikan saya memandu sendirian ke tempat kerja…Kalau pemandu lain perasan, mesti mereka menjangkakan saya ada masalah dengan rumahtangga ke, apa-apa lagi ke. Hakikatnya, pagi semalam sy menangis kerana rasa ada yang tak kena pada diri- bercampur baur…kerja banyak, tapi asyik membuang masa- contoh,lalai tengok tv dikala anak meminta saya menemani mereka bermain. Hakikatnya saya sendiri hairan camana saya boleh tersangkut depan tv hanya kerana cerita2 dongeng tentunya..(cinetron Aqso & Madina, ha ha)
Pagi ini saya menangis lagi dalam pemanduan ke tempat kerja, tetapi kerana syukur Allah menegur saya dengan cara yang sangat indah..Seperti biasa, Ustaz Zamri dan Zarita dalam slot Z&Z di radio Ikim membawakan pelbagai isu menarik untuk dibincangkan...Pagi ni, topik yang dibawakan ialah kempen seminggu tidak menonton TV oleh Fomca. Reaksi di dada akhbar kebanyakannya negative – tidak sesuai, impossible, tidak bijak dsb. Tapi lain pula reaksi2 para pemanggil Ikim. Mostly positif, sokongan 100%-200%. Kebanyakannya memang dah lama amalkan tak tengok tv langsung…dan mereka berjaya membina hubungan baik dengan anak-anak, melangsaikan kerja dsb. Kesimpulannya kebanyakan orang yang berjaya ialah orang yang tidak tengok tv. (Yang buat panggilan pun bukan orang calang-calang juga-Ustaz Jamnul Azhar, doktor2, ustaz2) Ada pula suri rumah yang berkorban tak tengok tv atas sebab nak bina tabiat baik dalam diri anak-anak. Itulah antara reaksi pemanggil..Oh, saya sungguh terpukul dengan perbincangan yang di bawa…lalu saya menangis menyesali perbuatan diri (yang lalai) dan mensyukuri teguran Allah terhadap saya dengan cara yang indah dan halus itu. Sayangnya Allah pada saya.. itu yang saya fikir..kerana saya yakin benar dengan kata-kata “Apa yang datang kepadamu pasti sesuatu yang berkenaan dengan dirimu, dan apa yang hilang darimu pasti sesuatu yang tidak berkenaan denganmu,..” Jadi , pasti itulah teguran tuhan terhadap siri saya yang lalai..Bukan alang-alang atau kecil-kecil kerja-kerja yang perlu saya langsaikan segera-bukan saya tak tahu, tapi, saya berdalih…kononnya, banyak kerja2 rumah saya telah disub-contrak kepada pembantu rumah, jadi peruntukan masa itulah yang saya ambil untuk menonton..dalih yang tentunya tak boleh diterima kan?
Terasa hinanya saya, tak segolongan dengan para pemanggil yang telah berjaya mencipta gaya hidup yang ideal itu. Hakikatnya saya juga dulu pernah begitu, keadaan hanya bertukar, pada hemat saya, selepas suami menjadi terlalu sebok dengan tugas..jarang di rumah memantau kami, lemahnya saya…Namun Allah masih menyayangi. Terima kasih, Tuhan…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan