Selasa, Mac 23, 2010

Byk peristiwa..byklah hikmahnya

Banayk betul nak tulis di blog tentang kehidupan. tapi masa agak kurang mengizinkan..akan kutulis juga..on garage sale, majlis makan2, anak2 blajar ckp omputih etc.

Weekend baru ni, punya la plan nak menulis proposal sbb dah sampai masa nak menulis. Tinggal 2 bulan je lagi utk submit. Kena kejar. SV pun dah bg assignment on daily basis...uwaaa.....dan pagi Jumaat baru ni menjadi cornaer stone. Pagi tu, g smayang dhuha, jadi lambat sikit je jmpa SV, dia cam marah lak.Pelik biasa t aku tgu dia berjam.Ingatkan dia leh terima rupanya tak leh...rupanya, dari nan aku tahu dia ditekan oleh org lain...hmm patut la..aku pulak yg jadi mangsa. Tapi betapa besar hikmahnya....

Despite the plan, dua2 hari sabtu ahad dipenuhi aktiviti sosial. Pagi sabtu, cam rutin biasa, GS-mmg berbalio dapat byk caserole cornign& cawan set corning. Caserole masih baru dijual Cina Singapore. Balik GS. Liza masak di rumah, masak lemak seafood, ulam terung grill+sambal belacan dan ayam goreng. Pastu buat bubur kacang. Petang sikit, family K Hasmidar dtang. meriah sunguh-Liza sorok barang2 GS takut mak tok tengok-kesian kat dia kot. Bila maktok tya pasal org Spore tu pun, Liza ngelat, mak tok faham, dia lah yg sampai dulu. Sian lak mak tok.

Masa org masih d rumah, husb bergegas g usrah rumah Dr Zaki. BTW, mgi lepas kami g usrah rumah Dr Atie d Mt Barker. Besar & mewah sungguh rumahnya. swimming pool, spa, ladang..membahagiakan...

masuk maghrib, baru semua org balik. Esoknya, pagi2 g rumah Liza utk ke Torrens Island dgn K Has, Liza, MakTok.
K Has bawa keta Idris (Idris balik Msia sebulan). Lepas isi mingak, keta tak leh start. Langsung tak jadi gi Torrens Island. Keta kena tow dgn RAA. A Zul, Nizam, Shafizul, Sayuti datang. Aku ke pasar Gebbs X tumpang keta K Has.

Petang, g makan kenduri rumah Hairul Ayu masak soto.Terkejut kami tengok almari dia kemas giler!!!!

Pastu ada peristiwa org tuduh "muniafik".Ambaoi..mulut tak berjaga sungguh. Pastu ada lak org nak mempertahankan benang yang basah" Satu hari nanti dia kan rasa penat". Nak menang je...manusia..manusia...

Balik rumah, dah dekat maghrib. Lepas maghrib barulah mengerjakan 'assignment' Abrar..tidur..pastu bangun 2am, ..tidur lg 4 am..bangun lg 6an...Aduss...datang opis, sambung lg. Siap by tghari, terus email ke SV. Ptg ada meeting SIMLab. Lobosh present Zotero.

Khamis, Mac 11, 2010

Rasa dan perasaan

Lately salalu rasa nak nangis je. Dan memang nangis betul, selalunya. Dilema bertandang tak sudah2. Rindu tak dapat ditahan2. Kadang2 rasa cam budak kecik je...rasa nak duk bawah ketiak je..Kadang2 rasa terbelenggu..aku mahu terbang bebas...

Selasa, Mac 09, 2010

9 Mac 2010

9 March 2009

Hari ni genap 23 tahun pemergian ayah. Mengingatkan tarikh ni, rindu datang menderu membuatkan mataku berkaca2. Telah lama peristiwa itu berlalu namun bagiku, kenangan itu amat segar di sanubari..terasa baru semalam kulalui segalanya.

Kenangan2 terakhir saat bersama ayah datang silih berganti. Masa ayah masih sihat, ayah suka berkebun di waktu luangnya. Aku akan selalu ikut ayah ke kebun. Di belakang rumah Mak Denan, ayah ada kebun yang cantik. Kawasannya berbukit, di bawahnya ada sungai kecil mengalir jernih. Ada pokok mempelam yang agak besar berhampirannya. Seronoknya aku bermain di kebun ayah ini, menolong ayah menanam jagung, bawang, kacang tanah etc. Bila tghari, kami berkelah bersama. Indahnya kenangan…

Di belakang kubur, selain tanaman kacang yang sangat luas (milik tok yah), ayah juga ada buat sawah dan tanam jagung. Sedapnya bila ayah bakar jagung fresh tepi telaga yang sangat jenih itu. Sekali sekala, kami tahan bubu di sungai tepi kebun kacang tok yah..

Di belakang rumah tok yah, juga kami ada sawah yang agak luas. Di tepi sawah ada 2 buah perigi. Salah satunya yang kami selalu mandi disitu..airnya sangat sejuk dan jernih. Tepi telaga ada pokok jambu dan di situ jugalah tok yah & ayah buat pangkin tempat kami duduk untuk halau burung dgn tali yang berangkai2 disekeliling sawah. Bila tarik tali di pangkin, semua tin2 yang dipasang ditali di keliling sawah akan bergemercing berbunyi dan burung akan terbang lari. Dari rumah tok yah sblm sampai ke sawah, kami kena turuni tangga yang tinggi dan curam, tapi tok yah dah buatkan pemegang di sepanjang tangga. Sampai bawah tangga, ada pokok kopi. Bila kopi masak, kami ramai2 kutip buah kopi, jemur dan bawa ke kerunai utk diproses jadi kopi oleh adik tok yah. Sepanjang perjalanan dari tangga ke sawah, dipenuhi pokok2 lain-kelapa, nangka etc. Di seberang sawah, ada kawasan tanaman yang subur. Disitulah biasanya tok yang tanam kacang. Keliling kawasan kacang dilingkari dgn anak sungai jernih. Seronoknya mandi dan sauk ikan di situ. Kadang2 ayah bawa menjala menyusuri sungai tu, hingga bertemu dgn air benak sg Perak.

Di Batu Satu juga ayah ada sawah padi. Juga ada anak sungai. Tahun 1985, ayah dapat 12 ekar getah & dusun, pampasan perpindahan ke kg Ganda. Masa ayah datang menebas dan membuka getah yang dah matang, aku selalu ikut ayah..Bila tengahari, kami makan sama2. Kadang2 ayah bakar pisang atau jagung. Enaknya masih terasa. Kadang, aku ikut ayah menorah di hujung minggu, tolong ayah kutip susu getah dan jual di Mardec, yang kebetulan teletak betul2 tepi kebun ayah.

Satu lagi yang masih segar di ingatan, masa aku, ayah, tok yah dan Abang Joha pergi naik bot memancing di banyak tempat di sepanjang tebing sungai Perak. Banyak juga dapat ikan. Akulah juara sbb waktu org lain semua sembahyang, aku tetap memancing. Masa tu lah banyak mengena…seronoknya..

Hari2 biasa, aku ikut naik motor ayah ke sekolah. Dalam perjalanan ayah suka sembang atas motor. Ayah tya apa cita2 aku..dan jawapan aku hari2 bertukar..doktor, peguam, akauntan, pensyarah…Samapai di sekolah, teringat satu masa, ayah kehairanan melihat aku disambut meriah kawan2 disekolah. Menreka tunggu aku d tempat ayah parking motornya, berebut2 amik dan bawakkan beg aku ke kelas, dan anehnya aku diusung ke kelas_ tak perlu jalan kaki..itulah seronoknya zaman sekolah. Waktu rehat, kalu nampak ayah di kantin sekolah, aku selalu minta duit ‘extra’ dan beli makanan ‘extra’. Biasanya aku makan sama2 dgn Mala, Ita, Siti Norsidah, Mijan etc.

Ayah kadang2 pakai kain pelikat mengajar di sekolah. Semua cikgu2 lain dah faham sikap & pendirian ayah.

Hari Sabtu, aku selalu ikut ayah ke Pekan Sabtu di Gerik. Kadang2 rumah kami jadi macam pejabat Kadi. Ayah, sebagai naib kadi selalu didatangi pasangan2 bermasalah rumahtangga, nak bercerai etc dan juga didatangi kes2 tangkap basah. Masih ingat bagaimana satu pasangan muda dikahwinkan di rumah kami lepas kena tangkap. Dan ayah jugalah terpaksa bagi nasihat pd ibubapa yang tak dapat terima kenyataan anaknya terlibat kes sedemikian.

Dan yang paling manis, ‘jasa’ ayah mengajar aku menjadi seorang ‘pentahfiz’ turut membawa ayah ke majlis2 musabaqah peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan sejak aku darjah 4. Rasanya ayah tentu gembira jumpa ramai pendidik2 lain dari seluruh Malaysia. 1984 di Sg Besar, Selangor, 1985 di Raub pahang dan 1986 di Taiping. Dan pasti ayah juga bangga aku berjaya jadi naib johan tahfiz peringkat kebangsaan 1985 & 1986. Selain hadiah2 material, trophy, wang tunai, sijil, ayah juga selalu saksikan aku diberi tahniah & hadiah tambahan di perhimpunan2 hari Isnin di sekolah..oleh guru besar, cikgu2 lain yang mungkin turut happy dgn kejayaanku dan nak memotivasikan aku dan pelajar lain di SK Ganda Temengor.

Paling signifikan, apabila keputusan Perperiksaan Penilaian diumumkan ternyata aku memecah rekod sekolah. Orang pertama dapat 5A, dan rekod tu aku pegang beberapa belas tahun (maklumlah sekolah pedalaman). Semua cikgu gembira, apatah lagi ayah sendiri. Aku nampak ayah di barisan guru2 si hadapan, terus menadah tangan mungkin mengucap syukur, apabila Guru Besar, Cikgu Lop membuat pengumuman penting itu. Dan tentunya di hari Penyampaian Hadiah, nama aku paling banyak disebut utk ke pentas mengambil hadiah..Selama di sekolah rendah darjah 1-6, no 1 sentiasa ditanganku, Alhamdulillah. Semoga itu menjadi ahadiah bermakna utk ayah dan ibuku yang banyak berjasa kepada kami..

Dengan keputusan Penilain & penglibatanku dalam musabaqah, aku yakin memohon ke SMAWP, seperti yang ayah mahukan. Akhirnya aku dapat 3 tawaran ke sekolah berasrama penuh (SBP). SEMESTI Teluk Intan, MRSM Dungun dan SMAWP. Tentunya aku dapat memilih dgn mudah. Teringat hari pendaftaranku di SMAWP, mempertemukan aku dgn beberapa kawan muzabaqah. Zeti, Azizul, Nadia, Hasnah etc. Mak masih menyusukan Khadijah (Adik) masa tu. 2-3 bulan pertama, aku menalami home sick yang teruk. Abang Koblah yang biasanya akan resolve. Ada peluang, aku akan ke UKM tidur d asrama Kak Bitah.

Awal March 1987 selepas 2 bulan aku di SMAWP, semasa aku di surau dan hujan renyai di luar, aku terkejut mendengar pengumuman namaku disebut, ‘ada tetamu’. Ternyata ayah datang menjengukku kalu petama dan terakhir selepas aku tinggal di asrama. Aku agak terkejut melihat ayah yang kurus dan cengkung, ditemani abg Khairi & Abg Yi. Banyak nasihat yang ayah berikan- jangan malu bertanya, belajar bersungguh etc.

Esoknya, ayah ke hospital Tg Ampuan Rahimah Klang, dan di tahan. Selang sehari, Abang Kob akan datang ambil aku di asrama utk ziarah ayah. Aku bacakan Yasin, ayah tegur apabila ada yang tak betul. Kali terakhir menjenguk ayah pada petang Isnin itu, aku sngguh rasa berat hati nak meninggalkannya. Tapi Abg Kob minta aku bersabar dan balik asrama dulu. Sampai di asrama, kepalaku sakit, rasa nak demam, aku tidak ke prep malam tu, tapi ke bilik dsakit utk tidur. Ketika membuka mata, aku dikejutkan dgn kehadiran 2 org warden ditepiku. Mereka minta aku bersiap2, abg Kob akan datang ambil. Ketika itu jugalah, aku tahu, ayah tiada lagi..Duniaku terasa gelap, aku tak percaya..tak mungkin orang yang sangat kusayangi pergi meninggalkanku terlalu awal, disaat aku masih terlalu amat pelukannya-nasihat dan doronganya, tunjuk ajarnya. Dan aku tahu mak masih sangat perlukan ayah, utk sama2 membesarkan anak2 yang masih kecil. Adik baru berumur setahun. Kesiannya mak.

Malam tu, jenazah ayah dibawa ke ruamh Abg Tarmizi di Kelang. Aku duduk di tepi ayah, baca apa yang patut. Sayangnya aku pd ayah. Esoknya jenazah dibawa balik ke Gerik, disemadikan. Ternyata ayah punya ramai kawan. Sungguh ramai org yang datang menziarahi & menyembahyangkan ayah (di rumah tok).

Kuhargai sejarah lalu, kerana, aku tahu, sejarahlah membawa aku ke sini, membentuk kepada apa adanya aku hari ini. Aku memang serba kekurangan, tapi sejarahku amat indah. Teringat masa aku bersama2 ayah di atas katil mendengar ayah ‘rehearse’ khutbah Jumaat, di meja kerja, ketika aku menolong ayah mengisi/menulis buku ringkasan mengajarnya, ketika ayah membimbingku membalas surat2 kenalan bujalku…ayah mask sup atau rebus petai, ketika aku sedang duduk di tangga baca buku atau buat homework…semuanya sejarah berharga.

Kini, aku telah dewasa. Sudah 35 tahun 3 bulan aku hidup di dunia. Masih menjadi pengembara, mencari makna hidup, mencari bekalan utk ke negeri kekal abadi. Banyaknya ‘kejayaan’ peribadi yang kugapai dan banyaknya pula onak duri, ujian yang kulaui. Aku terima segalanya dengan tabah. Kadang2 aku berjaya. Kadang2 aku tersungkur rebah. PadaMu aku mengadu. Engkau yang lebih tahu hakikat diri ku berbanding aku sendiri. Aku mahu jadi anak yang soleh, yang berjasa kapda ayahku, ibuku… biarlah semaian mereka ini berhasil. Berhasil memberi erti dan menyumbang nasib mereka di alam sana. Aku tak sempat membalas jasanu ayah..semoga aku dapat membalas jasamu di sana. Ibu, pengrbananmu telalu tinggi, bersendirian mendbesarkan dan mendidik kami, tidak terbalas jasamu itu. Semoga kau bahagia melihat kami meniti hari dewasa. Semoga kita sama2 bahagia di sana, bersama ayah. Amin…


Dan kini, aku terus melaui liku2 hidup, menerima ujian yang sangat berat aku rasakan. Ujianku bersangkutan sejarah silam yang begitu indah. Berkait kenangan bersamamu ayah…Semoga dapat kuredahi dan kulalui dgn tabah, semoga ada sinar bahagia dihujungnya. Dan semoga aku diampuni dan terus diredhai…

Isnin, Mac 08, 2010

3 bulan d Adelaide

Perasaan masih bercampur baur. Walau dah 3 buan d sini, terasa macam orang baru, banyak yang tak tau...kerja PhD masih merangkak2. Alhamdulillah di sini ada support yang kuat utk research xtvts..writers' circles..workshops etc. Alhamdulillah, Allah telah letakkan aku dalam environment yang sihat..SV yang supportive, RESA, family, kawan2...tinggal aku sahaja lg yang perlu meletakkan didiku utk terus mendaki perjuangan ini. Onak duri mmg sentiasa ada..lumrah..hidup diuji...belajar juga diuji...

Tetapkanlah aku d landasan yang engkau redhai ya Allah..hiasilah diriku dgn kejayaan2 dunia akhirat...

Gambar sekitar kenduri sempena maulidurasul di rumah kami:

Selasa, Februari 09, 2010

2 bulan

Pejam celik pejam celik, dah 2 bulan kami d Adelaide. anak2 dah sekolah. Meeting dgn SV dah berjadual, aktiviti2 mingguan dah tersedia, org Melbourne dah 2 rombongan smpai ke rumah...

Tapi hati masih resah..antaranya, wp dah 2 bulan, belum banyak hasil yg dapat dilihat..SV tentu memrhati pencapaianku..

Meeting 2 kali seminggu. Isnin & Jumaat. Sesak jg nafas dibuatnya, kadang2, bila lgsung tak de progress, maklumlah weekend selalu occupied, penuh aktiviti lgsung x jenguk kerja belajar..jadi bila jmpa SV, "ok, what do you have?" " nothing'..maka beralihlah topic discussion kpd isu2 semasa..Islam & Muslim, pemimpin2 Islam yg jd puppet US, perangai2 bangsa2 ttu, sejarah khilafah etc...mmeting camtupun biasanya at least akan berakhir 2 jam..penah meeting sampai 4 jam..aduss!!! SV ku mmg suka bercakap!..Kenalah aku jadi pendengar yg setia..

Dan kerana malu dgn lgsg x de progress, aku minta meeting Isnin dibawa ke Selasa. Of course dia stuju je...so start mgu depan, meeting Selasa & Jumaat..baru rasa lega skit..

Lepas 2 bulan ni, timbul pulak rasa rindu nak balik Msia...sblm ni x smpat trfikir gitu mgkin sbb lum settle down..

Buah pear dah start masak...

Rabu, Februari 03, 2010

Anak2 sekolah

Syakirin-d padang..dpt cert
K ngah salah kelas..beautiful

yayang,,happy cuit kwn d bas

Membaca...

Abrar 5 buku sehari

hobi dari kecik-bujal-membaca-tp x betul ke?

Rabu, Januari 13, 2010

Mood

Hari ni mood hilang...byk yg menyerabuti fikiran. semalam patutnya stay up utk baca articles yg dah menimbun...tapi x terbuat..Byk yg x kena rasanya dr semalam lagi...makan, pinggan jatuh, nak nangis,..lepas maghrib, tidur kononnya nak bangun study malam...lgsg lelap .Pkl 4 baru terjaga, lps smyg isya, tidur balik, bangun lg, lps smayg subuh tidur lg..ke sebab makan byk semalam?

Pagi2 ni, husb suruh dtg ofis awal..tp byk benda yg dirisaukan d rumah..makan anak2, kain nak disidai etc..dan tiba2 husb ajak pulak Liza sefamily makan d rumah malam ni... akhirnya dah 10++am baru g ofis...pizza & roti yg dibuat pun x sempurna sbb oven x leh on...

Hari ni suhu Adelaide range 14-26 degree...sejuk lak..

Selasa, Januari 12, 2010

Cuaca Adelaide

Kami smpai, Adelaide summer...3-4 hari pertama, sgt sejuk, pastu bertukar panas..lama panas, tiba2 the whole 1 week pf 2 mgu lepas jadi sejuk..lepas tu panas lg..

Semalam, suhu mencecah 43 degree..,kepanasan membakar terasa masa keluar dari ofis berairc-cond ni...tu pun dah pukul 7pm..kalau lg awal lg la panas...masa husb pusing2 Mawson Lakes, rasa x tahan panas dah. Nak cepat2 smpai rumah. Sampai d rumah, carpet tebal yg baru shj dibasuh suami, dah kering..dia pun terkejut cpt sgt kering..katanya tinggallah dulu, biar betul2 kering lg esok. Bila aku sarankan baea masuk dulu, takut hujan, semua org, termasuk Asmida dan maknya gelakkan aku sbb x logik akan hujan. Panas membahang, ada pulak hujan..ha ha ha..sukanya mereka gerakkan aku.

Pagi2 td, ternyata mulutku masin. Hujan mencurah..suhu hari ni 23 degree je..turun mendadak dari semalam. Maka basah lencunlah carpet merah yg cantik & tebal tu..Mmg hidup d sini, ramalan cuaca d media menjadi satu petunjuk yg sgt penting utk merancang aktiviti harian...

Isnin, Januari 11, 2010

Hari yang panas - tetap beraktiviti sosial...

Semalam, cuaca begitu panas membakar..43 degree celcius. Namun kehidupan perlu diteruskan... Pagi2, ke rumah Asmida di ingle Farm utk tolong prepare utk kenduri sambut Liza balik + doa selamat family asmida/ shafizul masuk rumah baru..

Alhamdulillah meriah..ramai yg datang. Lepas kenduri, kami 5 kereta ke Women & Children Hospital, North Adelaide utk ziarah Zara & baby 4.45kgmya itu (Sunshine).


Then, terus ke rumah Lin/ Suhaizan, juga utk ziarah Lin & babynya An-Nadiyah (baru dpt nama pagi ni)...Seronok berbual dgn family Lin..maknya sgt ramah..ex nurse yang sungguh kuat semangat...

The day before, juga menghadiri jemputan Dr Zaki ke rumahnya..dapat kenalan baru lg...


Anak2 seronok bermain air d swimming pool air masin d rmh Dr Zaki

Flash back kehidupan & perjuangan




Rasa sedih, sayu melihat gambar lama tahun 1996...zaman kanak2..25 tahun yg lampau..sebagai kanak2 yang masih suci bersih..mentah..belum faham erti kehidupan. Hanya diselubungi keseronokan bermain, berkawan, dan bahagia dgn sedikit2 pencapaian, dan belaian ibubapa, keluarga, guru2... Seronoknya zaman ni... Walaupun masih mentah, rasanya hidup ini penuh bahagia dan berwarna warni...ceria..

Zaman seterusnya, sekolah menengah, baru kenal sedikit erti perjuangan, bila terpaksa survive sendiri d asrama, jauh dari keluarga, tak dpt bergantung pd sesiapa lg. Perlu berjuang belajar, berkawan,persaingan...

Zaman kampus lebih membuka minda dan melihat dunia dgn lebih luas..belajar erti pengurusan...berpersatuan..bermasyarakat, mengambil peranan, kepimpinan..dan zaman ni jugalah bermulanya alam dewasa..berumahtangga..

Kini, lebih 10 tahun di alam dewasa, alam kerjaya, terasa cabarannya begitu besar...erti perjuangan yg lebih luas, lebih penting...tiada istilah main-main. Survival. Apa2 tindakan, akan ada impak kpd manusia lain, terutama yg diamanahkan i.e anak2, masyarakat & negara. ......perlu fikir panjang...persaingan jg lebih mencabar.. Lebih penting, impak kpd kehidupan kekal abadi...

Sebegitu seriusnya aku memandang kpd nilai, kehidupan, jarang kukenal istilah main-main. Semuanya cuba dijaga sebaik mungkin. Difikirkan sedalamnya, agar tidak tersasar.. Sebegitu banyaknya ujian yg telah diharungi, dibayar dgn air mata, Alhamdulillah, kehidupan dirasakan dipeliharaNya sentiasa. Syukur sentiasa.

Namun ujian terus menerus datang, sebagai tanda kasih tuhan, ingin meningkatkan darjat hamba disisiNya...Kini, terasa bagai ujian itu berada dipuncaknya... tidak kuat lagi utk ku mempertahankan keutuhan diri yang dibina selama ini..Bantulah hambaMu yang lemah ini, wahai yang Maha Perkasa...

Muhasabah

Perasaan sebak datang menderu sehabis membaca entri lama blog Saifulislam.com "Tuliskan pengalaman itu, demi anak-anakmu" http://saifulislam.com/?p=4554. Bukan kali pertama membacanya, tapi mungkin keadaanku ketika ini yg memberi impak berbeza pada kali ini. Jauh beribu batu dari tanahair tercinta, tekanan study- tanggungjawab yang lebih berat, peranan sbg ibu yg tiada lg pembantu...dan kecintaanku kepada sejarah diri &keluarga..terkenang arwah ayah yang pergi terlalu awal..perasaan dan pandanganku hampir sama dgn ustaz Hasrizal..dan aku setuju benar dgn saranannya utk menulis pengalaman hidup...dan telah kucuba, namun sifat 'perfectionist'ku sedikit menjadi cabaran (hasilkan yg terbaik, atau tak payah tulis langsung), hasilnya, byk pengalamn berharga berlalu begitu saja, tanpa sempat diabadikan..sayang seribu kali sayang.....juga aku bukanlah pandai bermain kata..

Aku berazam , 2010 ini, biarlah aku bertatih menjadi penulis pengalamanku sendiri berhijrah mengutip mutiara ilmu di buni Aussie ini...

Sebakku bukan sebak biasa, aku bertarung dgn perasaan sendiri...besarnya cabaran datang bertamu di waktu aku ingin menyahut seruan Islam menjadi penuntut ilmu Allah yang luas ini...

Terkadang, datang rasa kecewa kerana 'gagal' menjadi ibu dan isteri yang baik..Kadang2, kerana kelalaianku, anak2 yg menjadi mangsa...

Ahad, Januari 03, 2010

Cerita Adelaide...first month





Alhamdulillah, ketibaanku sekeluarga pd 5 Dis, di hari lahirku disambut meriah oleh warga postgrad d Adelaide, dgn sedikit majlis makan2 dan potong kek harijadi..sungguh bertuah rasanya….

Hari pertama, tanpa berlengah, pencarian dan inspection rumah sewa bermula…rumah pertama, lengkap dgn kolam renang & hall serbaguna d luar rumah, mmg selesa…tp suami tidak tergesa2 membuat pilihan. Masa masih ada. Kami dibawa pusing2 sekitar bandar Adelaide yang teratur/terancang ini..mmg pemandangannya berbeza…dari atas bukit, kami dpat lihat laut yang memagari bandar yang tersusun ini. Satu kejutan jg apabila halaju pemanduan sangat terkawal dan terhad..ada kawasan 40kmh, ada yg 25kmh..kebanyakannya 60kmh..aduh…slownya..semuanya bersopan d jalanraya..


Petangnya, kami dihantar ke penginapan sementara di Torrens Park, rumah Wahi, yg sedang balik bercuti d Malaysia. Selepas seminggu, kami berpindah pula ke rumah Liza d McIntyre Road, Salisbury East, tidak jauh dari Kampus Mawson Lakes. Liza & family adalah rakyat Malaysia yg telah menetap dan menjadi PR Australia, dan baru shj membeli rumahnya setahun lepas. Sblm dia balik bercuti d Malaysia, dia menawarkan kami tinggal di rumahnya, boleh jg tolong siram pokok2 ros & serainya, serta petik buah apricotnya yg tak lama lagi akan masak..tawaran itu kami sambut dgn tgn terbuka..masa dan keselesaan yang ada digunakan sebaiknya utk mencari rumah sewa kami, mendapatkan barang2 keperluan harian dari pasaraya& belajar ber’garage sale’. Rutin di rumah Liza, pagi2, bagun petik buah apricot dan siram bunga..

22 Dis, kami masuk rumah sewa sendiri..Alhamdulillah, selesa, luas luar & dalam, sewa agak murah ($265 semunggu/ RM3200++ sebulan!), dan banyak pokok buah-buahan & roses. Epal, pear, lemon, orange, grapefruit semuanya sedang berbuah. Yang paling lebat buah pear hijau…laman belakang yg luas membolehkan anak2 bermain dengan bahagianya..garage juga besar dan bersih…bunga ros sdg blooming dgn banyaknya…dapatlah rumah kami dihiasi ros segar setiap hari..banunya harum menyamankan…

Setiap hari, rutin pagiku memasak, kemudian memandu ke pejabat… balik petang, biasanya disambung dgn aktiviti keluarga spt menghadiri jamuan2, ke pantai, etc..sesekali kami juga turut serta dalam eksedisi menangkap ketam. Dan setakat ni dah 2 kali menjadi tuan rumah majlis makan2. Majlis yang pertama, housewarming dan sesi taarug, dihadiri sangat ramai tetamu…hamper seluruh wrga postgrad Adelaide berkumpul, + warga PR, ustaz IISSA Syakirin etc..sungguh meriah…hidangan utama ialah ikan pari masak asam pedas johor hasil tangkapan Abg Zul/K Ros, dimasak oleh Nana & Aishah..Aku masak ayam pedas & sayur, K Nor mrnyumbang ketam masam manis, dan yg lain2 kebanyakannya desert. Kami turut menghidangkan murtabak special K Juana…Kali kedua, majlis agak kecil, perkumpulan warga mawson Lakes..juga meriah..

Setakat hampir sebulan di sini, aku menyaksikan banyak ‘miracle’ yg berlaku, kebetulan2 yang tak disangka dan mendapat kebaikan budi manusia lain, termasuk agen rumah sewa yang menyumbang berbagai keperluan..Bermula dgn kebaikan budi Zarah yang telah menghubungikudan menguruskan penempatan sementara kami d Adelaide, serta mengambil dari airport dan menganjurkan majlis menyambut kami, kami terus menerus menerima kebaikan budi orang, yang tidak terbalas rasanya…selain Zarah & Fahmi, kami turut terhutang budi pd K Ros/A Zul, Liza/Nizam, Wahi, Faruk, Nani&Pian dan lain2, dan tak dilupakan, Idris dan Hairani yg pernah berkongsi rumah dgn kami 3-4 hari d rumah Wahi…Idris banyak membantu mengorientasi kami dgn urusan2 awal-pendaftaran, bank etc…

Dan dalam masa yang sekejap, kami telah kenal mesra dgn ramai family/warga postgrad Adelaide yg lain.. Aishah&Awang, Azlianor& Suhaizan, Muzafar& Za, Safwan&…(Wafiah), Jabar& Fazila, K Nor& A Razak, naila& Azam, Nana& Dr …, Ros & Khoi, Dr Aini & Dr Shahrid, zainul & Mizah, Salina& Side, Faruk &Kay, Shila &…, Ibrisham& Suzi, Samsul Amri &isteri, dan beberapa org lagi…ukhuwah mereka/kami sgt rapat/baik, Alhamdulillah..

Khamis, Disember 31, 2009

Flash Back 2009

2009-tahun PhD...Proses dari permohonan scholarship hingga memulakan pengajian sebenarnya lebih setahun...Teringat kembali saat bertungkus lumus, tonggang terbalik menelaah literature & melahirkan proposal phd yang "canggih" di saat org lain sedang beraya sakan. Masa tu d rumah mertaua..sanggup tinggal sensorang d rumah ( & kena marah dgn suami sbb x ikut beraya) semata2 nak siapkan proposal tu, sebab tarikh tutup right after cuti raya...kenangan yg sakit ketika dilalui, tetapi manis utk dikenang sekarang...

Interview PhD. bulan Disember.. masih teringat debarannya yang mencemaskan..apa taknya, sehari sebelum tu, masih melakukan editing sana sini, sampai tgh malam... tak sempat print malam tu sbb dah ngantuk sangat..(berbeza dgn kawan2 lain yg dah siap binding awal2 lg..). Pagi2 nak g interview tu lah kalut print..5 copies..pastu stapler je..sempoi..dgn harapan, sempat singgah d kedai utk bind. Gi kedai, kedai d TTDI, kedai blum buka-apa taknya, baru 7am..Sblm masuk UiTm, singgah d SS2 kot2 ada kedai dah buka utk bind..Alhamdulillah,,ada la 1 kedai dah buka dan dgn cepat dan efisyennya, bind proposal tu dgn cepat..Then, trus speed ke bangunan Canseleri tmpat interview akan dibuat..

Sesampai di tempat dituju, ruang menunggu telah dipenuhi kawan2, calon2 yang akan berjuang d medan interview hari ini..Lbh kurang 16 orang kami semuanya..Belum sempat benafas panjang, namaku dipanggil..Aduss..aku antara 4 orang pertama yang akan dipanggil masuk..Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar..keluar dengan perasaan lega..keputusannya kuserah bulat2 pd Allah…segalanya di tangan Dia..Walaupun aku habis awal, kutunggu hingga semua calon selesai interview..he he..maklumlah, tentu setiap org keluar dgn cerita2 hangat masing2 ttg apa soalan ‘thrill’ yang diterima..dan yang penting, habis sesi di Canseleri, kami berangkat beramai2 meraikan hari penting dan menjamu selera d SACC Mall. Kini semuanya tinggal kenangan. Saat ini, masing2 kami sedang berjuang di medan sebenar, medan PhD. Ada yg bermula awal, seawal Mei (Roziya-Melbourne) dan aku antara yg paling akhir memulakan pengajian..register UniSA 7 Dis 2009. Apa taknya..liku2 perjalanan dari Dis 2008-Dis 2009 sungguh panjang dan berkeluk-keluk..

Selain interview PhD, Dis 2008 juga menyaksikan debaran & nafas2 cemas aku melalui PTK5 ’dgn jayanya’. Di saat kawan2 kebanyakannya membatalkan penyertaan mereka kerana kurang sedia, aku mengambil keputusan utk terus redah sahaja..mungkin kerana kata2 semangat org sekeliling dan mengingatkan lps ni tak tau bila lg aku berpeluang menyertainya andai aku berpeluang dpt PhD ke luar negara..

Pengalaman perasaan bagaikan tercabut jantung rasanya, menyedari ahli kumpuanku terdiri dari org2 yg hebat2 belaka..bekas dekan, tembalan dekan, ketua jabatan, pemenang anugerah research d Geneve, Korea etc..dan evaluator pula Prof Habibah yg mmg kukenali kehebatannya..dan PM Hamidah yang terkenal tegasnya..Aduss..masih teringat berkongsi rasa kecut dgn K Sai..Rasa cam nak tercabut kepala lutut melihat hasil research peserta lain yg hebat2..aku?? jauh panggang dari api!!!Debaran kekecutannya mmg sgt hebat..rasanya tak pernah rasa camtu sblm ni...namun kugagahkan jua..(tksh kata2 semangat K Sai..yg kelihatannya selamba..tp rupanya dia kata dia pun kekecutan jg, cam aku..)..hingga selesai..dan rasa teruja dgn komen penilai2 terhadap hasilan & persembahanku yang tak seberapa itu..Alhamdulillah..terasa leganya bila habis PTK tu bagaikan baru lepas keluar dari penjara api...

5 Jan 2009..tarikh keramat..terima keputusan interview biasiswa PhD..dan tuah badan,,aku satu2nya yg ditawarkan tempat ke luar negara (kecuali UK)-mana2 negara tanpa sekatan..kwn2 lain yg 5 org lg yg dpt ke luar negara semuanya samada Australia/New Zealand shj..kini..pilihanku menjadi begitu luas...itulah agaknya prosesnya menjadi panjang hingga setahun..Kalau dibenarkan ke UK spt yang kuharapkan, rasanya prosesnya kan cepat sbb dah ada potential supervisor..bila dikecualikan UK, tepaksalah cari2 semula bakal supervisor..dipendekkan cerita, Prof Luciana Duranti yang kukenali ketika International Congress on Archives KL 2008, setuju utk menjadi supervisorku..jadi , halatujuku kini ialah University of British Columbia, Vancouver, Canada...kebetulan pula, external examiner FPM, Prof Edie, bekas Dekan School of Info, UBC Canada, datang mengunjungi fakulti sebaik sahaja aku mendapat persetujuan Prof Luciana..dan teruslah diadakan sesi ’interview’ aku dgnnya..dan jalannya nampak mudah, Alhamdulillah..tinggal lagi, aku perlu menduduki peperiksaan GRE bg memenuhi syarat kemasukan..GRE oh GRE..dan masa oh masa..dgn kesibukanku dgn tugas mengajar 24 jam + OBE + etc etc, dan dgn ’susah’nya exam GRE yang mewajibku mengikuti kelas kalau nak lulus, aku tak sempat mendudukinya by April spt yg diminta UBC (utk membolehkan enrol Sept 2009), aku hanya ada 2 pilihan..Ubc beri saranan ambik GRE exam kemudian dan masuk enrolment 2010 (Sept), atau aku kena cari alternative ke negara.uni lain d dunia ni...

Selepas perbincanga dgn pihak BLPS, mereka sarankan aku cari tmpat lain atas alasan bulan Sept 2010 terlalu jauh dari Dis 1009 utk ditangguhkan..jadi setelah menimbang tara berbagai faktor termasuk education anak2, bahasa etc, aku memilh Australia/NZ..dan akhirnya spls berhempas pulas mencari, dgn bantuan Dr Abdullah, aku berjaya mendapatkan Dr Simon Shurville dari UniSA utk menjadi supervisorku.. Hanya selepas 1 atau 2 kali berkomunikasi dgn Dr Simon, aku mendapat tahu dia mendapat massive stroke dan UniSA mencari pengganti utkku..Dr Abrar Haider. Alhamdulillah, bagaimana pun caranya, akhirnya Dr Abrar yang ditemukan Allah itu begitu baik orangnya, seorang muslim pula...

Plan asal, nak bertolak Julai, tapi manusia merancang, ttp perancangan Allah adalah terbaik..akhirnya, 5 Dis dihari lahirku, tarikh itulah aku ditakdirkan menjejakkan kaki d bumi Adelaide ini...

Hikmahnya tentu sekali ada, atau banyak..Cuma kita yang mungkin tak nampak semuanya..tetapi setakat ini, aku sendiri merasakan terlalu banyak hikamahnya dgn kelewatan keberangkatanku kesini..banyak perkara yg x akan berlaku atau x akan telaksana/selesai kalau kami bertolak lebih awal..hikmah..atau ujian, hanya Allah yang tahu secara tepat...banyak perkara yg kulihat sebangai hikmah, ada juga kulihat sebagai ujian, dan ada juga yg kulihat sebagai hikmah dan ujian sekaligus...Wallahu a’lam. Apa-apapun, setinggi-tinggi kesyukuran kurafakkan di atas segala kurnianya ini....(..., ESQ165, kerja2 suami yg sempat dilangsaikannya dan byk lg..)..Semuanya dgn kehendak Allah jua..

Dan Alhamdulillah..berita gembira diterima keputusan PTK5 ku-Aras 4. Tp agak menyedihkan markah SKT/prestasiku(2008) merudum jatuh, despite tahun itulah performanceku yg paling terbaik kurasakan..antaranya penggerakUnit Kualiti fakulti (S?U) (menang AKNC lg tu!!), international Conference London, etc etc..entahlah..kuserahkan pd Allah jua..


Hari ini ,2 Januari 2010, hampir sebulan tepat kumenjejakkan kaki di bumi Adelaide bersama keluarga tercinta..Syukur yang teramat dgn suasana baru yang dikurniakan ini..keakraban warga Malaysia di sini, keselesaan tmpat tinggal, keceriaan anak2, kebaikan SV, budaya baru etc.. Namun yang ditinggalkan tetap dirindui setiap masa.... Mujur jg x jadi ke Vancouver, yang tak memungkinkan org2 yang nak datang menjenguk, dtg dgn mudah kerana terlalu jauh & mahal..di sini..lebih dekat dan mudah utk dtg...Lgpun d Vancouver suhunya sentiasa terlalu sejukkk...

Rabu, Disember 23, 2009

http://www.esyariah.gov.my/

e-syariah

KURSUS PENGURUSAN REKOD
(KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)
ZON TENGAH

Oleh Puan Ruzita Ramli




Penyelaras program iaitu Pn Ruzita sedang memberi taklimat ringkas kepada peserta sebelum slot pertama dimulakan oleh Tn Hj Abu Rahman dari Jab Arkib Negara Msia

Shah Alam, 30 Mac 2009 – Seksyen Rekod, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Jabatan Arkib Negara Malaysia telah mengadakan Kursus Pengurusan Rekod bagi kumpulan pengurusan dan profesional Gred LS 41 hingga LS52 di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor mulai 30 Mac – 1 April 2009.

Program ini merupakan kesinambungan dari kursus pengurusan rekod sebelum ini yang telah memberi tumpuan terhadap kumpulan sokongan.



Peserta dibantu oleh fasilitator dari Arkib Negara M'sia sewaktu latih amal pelupusan rekod.

Objektif
Memberi kefahaman dan maklumat tentang prinsip, konsep, perundangan, kaedah dan alat-alat dalam pengurusan rekod kerajaan yang betul dan selaras.
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melaksana dan menerajui pengurusan rekod di Jabatan masing-masing agar diurus dengan baik dan sistematik.
Menyediakan forum untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta mewujudkan jaringan pengetahuan dan kerjasama dalam pengurusan rekod awam.
Mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai keberkesanan standard, peraturan dan prosedur berhubung pengurusan rekod yang sedia ada bagi tujuan penilaian semula serta penambahbaikan yang sewajarnya.




Fail-fail disusun terlebih dahulu sebelum dilupuskan.


Peserta turut diberi tips mengisi fail dalam kotak - tinggalkan ruang yg boleh memuatkan tangan supaya mudah mengambil semula fail & kotak tidak rosak.

Hasil dari kursus ini, peserta-peserta telah mendapat banyak maklumat dan pengetahuan berhubung pengurusan rekod yang melibatkan tugasan seharian dipejabat. Antara yang turut disentuh dalam kursus ini adalah berkaitan format penyediaan memo dan surat, Kaedah pembukaan dan penutupan fail yang betul, kesedaran tentang pemeliharaan dan penyimpanan rekod dengan baik dan sistematik kerana ia merupakan instuitional memory Jabatan pada masa akan datang.

Kursus sebegini akan diteruskan ke Zon Timur, Zon Selatan dan Zon Utara serta Malaysia Timur. Diharap Kumpulan pengurusan dan profesional LS41-LS52 Zon akan datang mengambil peluang keemasan bagi mengikuti kursus ini seterunya mengaplikasikan pengetahuan dan maklumat terkini berkaitan pengurusan rekod konvensional dan elektronik di jabatan masing-masing.

Tamat

E-Syariah Portal

E-Syariah Portal

KURSUS PENGURUSAN REKOD
(KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)
ZON TENGAH

Oleh Puan Ruzita Ramli




Penyelaras program iaitu Pn Ruzita sedang memberi taklimat ringkas kepada peserta sebelum slot pertama dimulakan oleh Tn Hj Abu Rahman dari Jab Arkib Negara Msia

Shah Alam, 30 Mac 2009 – Seksyen Rekod, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Jabatan Arkib Negara Malaysia telah mengadakan Kursus Pengurusan Rekod bagi kumpulan pengurusan dan profesional Gred LS 41 hingga LS52 di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor mulai 30 Mac – 1 April 2009.

Program ini merupakan kesinambungan dari kursus pengurusan rekod sebelum ini yang telah memberi tumpuan terhadap kumpulan sokongan.



Peserta dibantu oleh fasilitator dari Arkib Negara M'sia sewaktu latih amal pelupusan rekod.

Objektif
Memberi kefahaman dan maklumat tentang prinsip, konsep, perundangan, kaedah dan alat-alat dalam pengurusan rekod kerajaan yang betul dan selaras.
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melaksana dan menerajui pengurusan rekod di Jabatan masing-masing agar diurus dengan baik dan sistematik.
Menyediakan forum untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta mewujudkan jaringan pengetahuan dan kerjasama dalam pengurusan rekod awam.
Mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai keberkesanan standard, peraturan dan prosedur berhubung pengurusan rekod yang sedia ada bagi tujuan penilaian semula serta penambahbaikan yang sewajarnya.




Fail-fail disusun terlebih dahulu sebelum dilupuskan.


Peserta turut diberi tips mengisi fail dalam kotak - tinggalkan ruang yg boleh memuatkan tangan supaya mudah mengambil semula fail & kotak tidak rosak.

Hasil dari kursus ini, peserta-peserta telah mendapat banyak maklumat dan pengetahuan berhubung pengurusan rekod yang melibatkan tugasan seharian dipejabat. Antara yang turut disentuh dalam kursus ini adalah berkaitan format penyediaan memo dan surat, Kaedah pembukaan dan penutupan fail yang betul, kesedaran tentang pemeliharaan dan penyimpanan rekod dengan baik dan sistematik kerana ia merupakan instuitional memory Jabatan pada masa akan datang.

Kursus sebegini akan diteruskan ke Zon Timur, Zon Selatan dan Zon Utara serta Malaysia Timur. Diharap Kumpulan pengurusan dan profesional LS41-LS52 Zon akan datang mengambil peluang keemasan bagi mengikuti kursus ini seterunya mengaplikasikan pengetahuan dan maklumat terkini berkaitan pengurusan rekod konvensional dan elektronik di jabatan masing-masing.

Tamat

Ahad, Disember 06, 2009

Adelaide..here we come







Alhamdulillah..sambutan sangat meriah dari kawan2 baru yang belum dikenali di Adelaide...Perfect host..Zara & Fahmi

Khamis, Disember 03, 2009

Hari2 yang meletihkan...

Hari2 terakhir ini sungguh meletihkan..fizikal, mental dan emosional... balik dari raya haji, masih terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan..

Tengahari ni sempat lunch dgn Laila besar, mlam, dinner dgn Laila kecik...mungkin pertemuan terakhir dgn laila kecik..dia menangis teresak2...aku faham kenapa..aku tahu perasaan dia...

Syukur di Adelaide, seorang hamba Allah bernama Siti Zaharah, dgn murah hati menghulurkan bantuan yang tak ternilai harganya...cari rumah, call, nak tgu d airport etc...semiga Allah membalasa segala kebaikannya...

Semalam K Tie call dari Los Angeles. Syukur, dengan kelewatanku meninggalkan bumi Malaysia, membuka rezeki kami bertemu..dia akan balik esok...

Patang tadi, Alhamdulillah jumpa dan say sorry & minta restu dan didoakan- Pn Aliza, Diana, Dr Sharif, Pn Norma, Dato Ray,Dr Nan, K Ram, Zalina, K Ani kerani, Limah, K sha, Sherry, K Mas, Zam , Ustaz, En Rahim, 3 lect baru, K Shima dll..Esok akan umpa lagi, insyaAllah..yang lain2. dr Sharif pesan, bila sampai sana, email...

Diana pula hadiahkan sati file scrap book resepi yg sangat cute..bahagianya..Laila besar hadiahkan telekung yang cantik..laila kecik hadiahkan Al- Quran mukjam..seronoknya...bahagia punya kawan2 spt mereka ..

Selasa, November 24, 2009

Weekend yang occupied

Weekend baru ni 21-22/11 adalah weekend yg sebok sejak Jumaat lg. Pagi2 Jumaat, gi report card day Aliyah.. Yayang jatuh kedudukan dlam kelas dari no3 tahun lepas ke no 4 thn ni..tak pe lah Yayang oi..Umi tetap sayang Yayang..

Pastu rushing ke LHDN sbb pegawai cal suruh isi borang LHDN 2007 & 2007 lak..(hari tu dah isi 2009 nyer. Patut la selama ni tak pernah dpt refund, rupanya, wp buat taksiran bersama, kena isi 2 borang jg..harap2 lepas ni dapat le refund tu (sejak 2001 x pernah dapat pun :-( )

Patu rushing ke sekolah Syakirin & Kak Ngah... K Ngah dpt no 7. Ok la tu..kelas dia mmg semua budak2 pandai..kata cikgu..stiff competition..Anis yg aku kenal dan rasa dia pandai pun, dpt no 8. Terer la Kak Ngah lebih bagus dari Anis, he he..

Gi kelas Syakirin, kejadian yang serupa dgn tahun lepas berlaku lagi...cikgu silap key in markah ..sampai yg fail (40%) pun ada..yg lain2 kebanyakan 70+%. Heran betul..Bau check 1st paper, yg tertulis dlm report card 78%, dalam kertas ujian sebenar 100%. Isk geram jg dibuatnya.. Akhirnya discover semuanya silap. Ustaz tersalah masukkan markah org lain rupanya. Habis satu page kena liquid paper...isk isk isk...


Sempat bermuzakarah dgn teacher Fari ttg pendidikan anak..dia welcome utk Syakirin & Aqilah balik semula ke ISSA nanti..x payah amik UPSR, aim terus amik O level..


Malamnya, ada prize giving ceremony..sungguh meriah..paling best..mungkin coral speaking.. dan kali ini gelaran best student overall yang dipegang Syakirin sejak 32 tahun lepas( sejak sekolah mula ditubuhkan) telah dirampas oleh Alya Qistina...classmate Syakirin jg...dan kebetulannya, sy duduk sebelah mak alya sepanjang majlis berlangsung..dan rupanya parents Alya pun kedua2nya ex-UIA..he he byk kebetulan..

Dan Syakirin & Aqilah memberikan souvenir kepada semua guru2. Teacher Fari (principal/ownwr)pula bg souvenir pd sy...

Esoknya, pagi Sabtu, Ihtifal sekolah Yayang pulak..dari pagi 8am-1tghari..Yayang jadi solo nasyid beberapa buah..best ..comel..tapi sayang, tengah amik video, memory card full pulak...

Petang, kemas rumah dan persiapan utk majlis esok.

Ahad, big event - majlis jamuan sempena nak berangkat ke Adelaide..3-6pm dijadualkan..tapi, before 3pm dah ada yg sampai..sib baik le ada laksa yg asmuni dah buat..si Catere terlambat datang..tetamu dah penuh rumah baru dia sampai..aku le yg kena marah dgn suami...

Sepanjang petang, tetamu datang bertali arus..tak sangka semeriah ITU...aLHAMDULILLAH..SEMOGA DOA2 MEREKA MENGIRINGI KAMI SEPANGJANG PERJUANGAN KAMI MENUNTUT ILMU....dapt yg terbaik..manfaat yang tertinggi...Aminn...


Tetamu terakhir sampai dah magrib..ustaz /Uncle Iqi & Us Safwan?., join sembhyg masghrib, then sembang panjang..Rosnia, pani, Li, anak2 pun duk til malam..pastu penat2 tu pun, akhirnya langkah kaki juga ke Konsert Opick di dewan TNB jalan Bangsar...best!

Balik, penat tul, trus tidur, esok pagi(Isnin) lepas subuh sambung tidur..he he..bangun, tengok 6 miscall, 5 sms, email berderet tgu direply...visa oh visa...