Rabu, Januari 13, 2010

Mood

Hari ni mood hilang...byk yg menyerabuti fikiran. semalam patutnya stay up utk baca articles yg dah menimbun...tapi x terbuat..Byk yg x kena rasanya dr semalam lagi...makan, pinggan jatuh, nak nangis,..lepas maghrib, tidur kononnya nak bangun study malam...lgsg lelap .Pkl 4 baru terjaga, lps smyg isya, tidur balik, bangun lg, lps smayg subuh tidur lg..ke sebab makan byk semalam?

Pagi2 ni, husb suruh dtg ofis awal..tp byk benda yg dirisaukan d rumah..makan anak2, kain nak disidai etc..dan tiba2 husb ajak pulak Liza sefamily makan d rumah malam ni... akhirnya dah 10++am baru g ofis...pizza & roti yg dibuat pun x sempurna sbb oven x leh on...

Hari ni suhu Adelaide range 14-26 degree...sejuk lak..

Selasa, Januari 12, 2010

Cuaca Adelaide

Kami smpai, Adelaide summer...3-4 hari pertama, sgt sejuk, pastu bertukar panas..lama panas, tiba2 the whole 1 week pf 2 mgu lepas jadi sejuk..lepas tu panas lg..

Semalam, suhu mencecah 43 degree..,kepanasan membakar terasa masa keluar dari ofis berairc-cond ni...tu pun dah pukul 7pm..kalau lg awal lg la panas...masa husb pusing2 Mawson Lakes, rasa x tahan panas dah. Nak cepat2 smpai rumah. Sampai d rumah, carpet tebal yg baru shj dibasuh suami, dah kering..dia pun terkejut cpt sgt kering..katanya tinggallah dulu, biar betul2 kering lg esok. Bila aku sarankan baea masuk dulu, takut hujan, semua org, termasuk Asmida dan maknya gelakkan aku sbb x logik akan hujan. Panas membahang, ada pulak hujan..ha ha ha..sukanya mereka gerakkan aku.

Pagi2 td, ternyata mulutku masin. Hujan mencurah..suhu hari ni 23 degree je..turun mendadak dari semalam. Maka basah lencunlah carpet merah yg cantik & tebal tu..Mmg hidup d sini, ramalan cuaca d media menjadi satu petunjuk yg sgt penting utk merancang aktiviti harian...

Isnin, Januari 11, 2010

Hari yang panas - tetap beraktiviti sosial...

Semalam, cuaca begitu panas membakar..43 degree celcius. Namun kehidupan perlu diteruskan... Pagi2, ke rumah Asmida di ingle Farm utk tolong prepare utk kenduri sambut Liza balik + doa selamat family asmida/ shafizul masuk rumah baru..

Alhamdulillah meriah..ramai yg datang. Lepas kenduri, kami 5 kereta ke Women & Children Hospital, North Adelaide utk ziarah Zara & baby 4.45kgmya itu (Sunshine).


Then, terus ke rumah Lin/ Suhaizan, juga utk ziarah Lin & babynya An-Nadiyah (baru dpt nama pagi ni)...Seronok berbual dgn family Lin..maknya sgt ramah..ex nurse yang sungguh kuat semangat...

The day before, juga menghadiri jemputan Dr Zaki ke rumahnya..dapat kenalan baru lg...


Anak2 seronok bermain air d swimming pool air masin d rmh Dr Zaki

Flash back kehidupan & perjuangan




Rasa sedih, sayu melihat gambar lama tahun 1996...zaman kanak2..25 tahun yg lampau..sebagai kanak2 yang masih suci bersih..mentah..belum faham erti kehidupan. Hanya diselubungi keseronokan bermain, berkawan, dan bahagia dgn sedikit2 pencapaian, dan belaian ibubapa, keluarga, guru2... Seronoknya zaman ni... Walaupun masih mentah, rasanya hidup ini penuh bahagia dan berwarna warni...ceria..

Zaman seterusnya, sekolah menengah, baru kenal sedikit erti perjuangan, bila terpaksa survive sendiri d asrama, jauh dari keluarga, tak dpt bergantung pd sesiapa lg. Perlu berjuang belajar, berkawan,persaingan...

Zaman kampus lebih membuka minda dan melihat dunia dgn lebih luas..belajar erti pengurusan...berpersatuan..bermasyarakat, mengambil peranan, kepimpinan..dan zaman ni jugalah bermulanya alam dewasa..berumahtangga..

Kini, lebih 10 tahun di alam dewasa, alam kerjaya, terasa cabarannya begitu besar...erti perjuangan yg lebih luas, lebih penting...tiada istilah main-main. Survival. Apa2 tindakan, akan ada impak kpd manusia lain, terutama yg diamanahkan i.e anak2, masyarakat & negara. ......perlu fikir panjang...persaingan jg lebih mencabar.. Lebih penting, impak kpd kehidupan kekal abadi...

Sebegitu seriusnya aku memandang kpd nilai, kehidupan, jarang kukenal istilah main-main. Semuanya cuba dijaga sebaik mungkin. Difikirkan sedalamnya, agar tidak tersasar.. Sebegitu banyaknya ujian yg telah diharungi, dibayar dgn air mata, Alhamdulillah, kehidupan dirasakan dipeliharaNya sentiasa. Syukur sentiasa.

Namun ujian terus menerus datang, sebagai tanda kasih tuhan, ingin meningkatkan darjat hamba disisiNya...Kini, terasa bagai ujian itu berada dipuncaknya... tidak kuat lagi utk ku mempertahankan keutuhan diri yang dibina selama ini..Bantulah hambaMu yang lemah ini, wahai yang Maha Perkasa...

Muhasabah

Perasaan sebak datang menderu sehabis membaca entri lama blog Saifulislam.com "Tuliskan pengalaman itu, demi anak-anakmu" http://saifulislam.com/?p=4554. Bukan kali pertama membacanya, tapi mungkin keadaanku ketika ini yg memberi impak berbeza pada kali ini. Jauh beribu batu dari tanahair tercinta, tekanan study- tanggungjawab yang lebih berat, peranan sbg ibu yg tiada lg pembantu...dan kecintaanku kepada sejarah diri &keluarga..terkenang arwah ayah yang pergi terlalu awal..perasaan dan pandanganku hampir sama dgn ustaz Hasrizal..dan aku setuju benar dgn saranannya utk menulis pengalaman hidup...dan telah kucuba, namun sifat 'perfectionist'ku sedikit menjadi cabaran (hasilkan yg terbaik, atau tak payah tulis langsung), hasilnya, byk pengalamn berharga berlalu begitu saja, tanpa sempat diabadikan..sayang seribu kali sayang.....juga aku bukanlah pandai bermain kata..

Aku berazam , 2010 ini, biarlah aku bertatih menjadi penulis pengalamanku sendiri berhijrah mengutip mutiara ilmu di buni Aussie ini...

Sebakku bukan sebak biasa, aku bertarung dgn perasaan sendiri...besarnya cabaran datang bertamu di waktu aku ingin menyahut seruan Islam menjadi penuntut ilmu Allah yang luas ini...

Terkadang, datang rasa kecewa kerana 'gagal' menjadi ibu dan isteri yang baik..Kadang2, kerana kelalaianku, anak2 yg menjadi mangsa...

Ahad, Januari 03, 2010

Cerita Adelaide...first month





Alhamdulillah, ketibaanku sekeluarga pd 5 Dis, di hari lahirku disambut meriah oleh warga postgrad d Adelaide, dgn sedikit majlis makan2 dan potong kek harijadi..sungguh bertuah rasanya….

Hari pertama, tanpa berlengah, pencarian dan inspection rumah sewa bermula…rumah pertama, lengkap dgn kolam renang & hall serbaguna d luar rumah, mmg selesa…tp suami tidak tergesa2 membuat pilihan. Masa masih ada. Kami dibawa pusing2 sekitar bandar Adelaide yang teratur/terancang ini..mmg pemandangannya berbeza…dari atas bukit, kami dpat lihat laut yang memagari bandar yang tersusun ini. Satu kejutan jg apabila halaju pemanduan sangat terkawal dan terhad..ada kawasan 40kmh, ada yg 25kmh..kebanyakannya 60kmh..aduh…slownya..semuanya bersopan d jalanraya..


Petangnya, kami dihantar ke penginapan sementara di Torrens Park, rumah Wahi, yg sedang balik bercuti d Malaysia. Selepas seminggu, kami berpindah pula ke rumah Liza d McIntyre Road, Salisbury East, tidak jauh dari Kampus Mawson Lakes. Liza & family adalah rakyat Malaysia yg telah menetap dan menjadi PR Australia, dan baru shj membeli rumahnya setahun lepas. Sblm dia balik bercuti d Malaysia, dia menawarkan kami tinggal di rumahnya, boleh jg tolong siram pokok2 ros & serainya, serta petik buah apricotnya yg tak lama lagi akan masak..tawaran itu kami sambut dgn tgn terbuka..masa dan keselesaan yang ada digunakan sebaiknya utk mencari rumah sewa kami, mendapatkan barang2 keperluan harian dari pasaraya& belajar ber’garage sale’. Rutin di rumah Liza, pagi2, bagun petik buah apricot dan siram bunga..

22 Dis, kami masuk rumah sewa sendiri..Alhamdulillah, selesa, luas luar & dalam, sewa agak murah ($265 semunggu/ RM3200++ sebulan!), dan banyak pokok buah-buahan & roses. Epal, pear, lemon, orange, grapefruit semuanya sedang berbuah. Yang paling lebat buah pear hijau…laman belakang yg luas membolehkan anak2 bermain dengan bahagianya..garage juga besar dan bersih…bunga ros sdg blooming dgn banyaknya…dapatlah rumah kami dihiasi ros segar setiap hari..banunya harum menyamankan…

Setiap hari, rutin pagiku memasak, kemudian memandu ke pejabat… balik petang, biasanya disambung dgn aktiviti keluarga spt menghadiri jamuan2, ke pantai, etc..sesekali kami juga turut serta dalam eksedisi menangkap ketam. Dan setakat ni dah 2 kali menjadi tuan rumah majlis makan2. Majlis yang pertama, housewarming dan sesi taarug, dihadiri sangat ramai tetamu…hamper seluruh wrga postgrad Adelaide berkumpul, + warga PR, ustaz IISSA Syakirin etc..sungguh meriah…hidangan utama ialah ikan pari masak asam pedas johor hasil tangkapan Abg Zul/K Ros, dimasak oleh Nana & Aishah..Aku masak ayam pedas & sayur, K Nor mrnyumbang ketam masam manis, dan yg lain2 kebanyakannya desert. Kami turut menghidangkan murtabak special K Juana…Kali kedua, majlis agak kecil, perkumpulan warga mawson Lakes..juga meriah..

Setakat hampir sebulan di sini, aku menyaksikan banyak ‘miracle’ yg berlaku, kebetulan2 yang tak disangka dan mendapat kebaikan budi manusia lain, termasuk agen rumah sewa yang menyumbang berbagai keperluan..Bermula dgn kebaikan budi Zarah yang telah menghubungikudan menguruskan penempatan sementara kami d Adelaide, serta mengambil dari airport dan menganjurkan majlis menyambut kami, kami terus menerus menerima kebaikan budi orang, yang tidak terbalas rasanya…selain Zarah & Fahmi, kami turut terhutang budi pd K Ros/A Zul, Liza/Nizam, Wahi, Faruk, Nani&Pian dan lain2, dan tak dilupakan, Idris dan Hairani yg pernah berkongsi rumah dgn kami 3-4 hari d rumah Wahi…Idris banyak membantu mengorientasi kami dgn urusan2 awal-pendaftaran, bank etc…

Dan dalam masa yang sekejap, kami telah kenal mesra dgn ramai family/warga postgrad Adelaide yg lain.. Aishah&Awang, Azlianor& Suhaizan, Muzafar& Za, Safwan&…(Wafiah), Jabar& Fazila, K Nor& A Razak, naila& Azam, Nana& Dr …, Ros & Khoi, Dr Aini & Dr Shahrid, zainul & Mizah, Salina& Side, Faruk &Kay, Shila &…, Ibrisham& Suzi, Samsul Amri &isteri, dan beberapa org lagi…ukhuwah mereka/kami sgt rapat/baik, Alhamdulillah..

Khamis, Disember 31, 2009

Flash Back 2009

2009-tahun PhD...Proses dari permohonan scholarship hingga memulakan pengajian sebenarnya lebih setahun...Teringat kembali saat bertungkus lumus, tonggang terbalik menelaah literature & melahirkan proposal phd yang "canggih" di saat org lain sedang beraya sakan. Masa tu d rumah mertaua..sanggup tinggal sensorang d rumah ( & kena marah dgn suami sbb x ikut beraya) semata2 nak siapkan proposal tu, sebab tarikh tutup right after cuti raya...kenangan yg sakit ketika dilalui, tetapi manis utk dikenang sekarang...

Interview PhD. bulan Disember.. masih teringat debarannya yang mencemaskan..apa taknya, sehari sebelum tu, masih melakukan editing sana sini, sampai tgh malam... tak sempat print malam tu sbb dah ngantuk sangat..(berbeza dgn kawan2 lain yg dah siap binding awal2 lg..). Pagi2 nak g interview tu lah kalut print..5 copies..pastu stapler je..sempoi..dgn harapan, sempat singgah d kedai utk bind. Gi kedai, kedai d TTDI, kedai blum buka-apa taknya, baru 7am..Sblm masuk UiTm, singgah d SS2 kot2 ada kedai dah buka utk bind..Alhamdulillah,,ada la 1 kedai dah buka dan dgn cepat dan efisyennya, bind proposal tu dgn cepat..Then, trus speed ke bangunan Canseleri tmpat interview akan dibuat..

Sesampai di tempat dituju, ruang menunggu telah dipenuhi kawan2, calon2 yang akan berjuang d medan interview hari ini..Lbh kurang 16 orang kami semuanya..Belum sempat benafas panjang, namaku dipanggil..Aduss..aku antara 4 orang pertama yang akan dipanggil masuk..Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar..keluar dengan perasaan lega..keputusannya kuserah bulat2 pd Allah…segalanya di tangan Dia..Walaupun aku habis awal, kutunggu hingga semua calon selesai interview..he he..maklumlah, tentu setiap org keluar dgn cerita2 hangat masing2 ttg apa soalan ‘thrill’ yang diterima..dan yang penting, habis sesi di Canseleri, kami berangkat beramai2 meraikan hari penting dan menjamu selera d SACC Mall. Kini semuanya tinggal kenangan. Saat ini, masing2 kami sedang berjuang di medan sebenar, medan PhD. Ada yg bermula awal, seawal Mei (Roziya-Melbourne) dan aku antara yg paling akhir memulakan pengajian..register UniSA 7 Dis 2009. Apa taknya..liku2 perjalanan dari Dis 2008-Dis 2009 sungguh panjang dan berkeluk-keluk..

Selain interview PhD, Dis 2008 juga menyaksikan debaran & nafas2 cemas aku melalui PTK5 ’dgn jayanya’. Di saat kawan2 kebanyakannya membatalkan penyertaan mereka kerana kurang sedia, aku mengambil keputusan utk terus redah sahaja..mungkin kerana kata2 semangat org sekeliling dan mengingatkan lps ni tak tau bila lg aku berpeluang menyertainya andai aku berpeluang dpt PhD ke luar negara..

Pengalaman perasaan bagaikan tercabut jantung rasanya, menyedari ahli kumpuanku terdiri dari org2 yg hebat2 belaka..bekas dekan, tembalan dekan, ketua jabatan, pemenang anugerah research d Geneve, Korea etc..dan evaluator pula Prof Habibah yg mmg kukenali kehebatannya..dan PM Hamidah yang terkenal tegasnya..Aduss..masih teringat berkongsi rasa kecut dgn K Sai..Rasa cam nak tercabut kepala lutut melihat hasil research peserta lain yg hebat2..aku?? jauh panggang dari api!!!Debaran kekecutannya mmg sgt hebat..rasanya tak pernah rasa camtu sblm ni...namun kugagahkan jua..(tksh kata2 semangat K Sai..yg kelihatannya selamba..tp rupanya dia kata dia pun kekecutan jg, cam aku..)..hingga selesai..dan rasa teruja dgn komen penilai2 terhadap hasilan & persembahanku yang tak seberapa itu..Alhamdulillah..terasa leganya bila habis PTK tu bagaikan baru lepas keluar dari penjara api...

5 Jan 2009..tarikh keramat..terima keputusan interview biasiswa PhD..dan tuah badan,,aku satu2nya yg ditawarkan tempat ke luar negara (kecuali UK)-mana2 negara tanpa sekatan..kwn2 lain yg 5 org lg yg dpt ke luar negara semuanya samada Australia/New Zealand shj..kini..pilihanku menjadi begitu luas...itulah agaknya prosesnya menjadi panjang hingga setahun..Kalau dibenarkan ke UK spt yang kuharapkan, rasanya prosesnya kan cepat sbb dah ada potential supervisor..bila dikecualikan UK, tepaksalah cari2 semula bakal supervisor..dipendekkan cerita, Prof Luciana Duranti yang kukenali ketika International Congress on Archives KL 2008, setuju utk menjadi supervisorku..jadi , halatujuku kini ialah University of British Columbia, Vancouver, Canada...kebetulan pula, external examiner FPM, Prof Edie, bekas Dekan School of Info, UBC Canada, datang mengunjungi fakulti sebaik sahaja aku mendapat persetujuan Prof Luciana..dan teruslah diadakan sesi ’interview’ aku dgnnya..dan jalannya nampak mudah, Alhamdulillah..tinggal lagi, aku perlu menduduki peperiksaan GRE bg memenuhi syarat kemasukan..GRE oh GRE..dan masa oh masa..dgn kesibukanku dgn tugas mengajar 24 jam + OBE + etc etc, dan dgn ’susah’nya exam GRE yang mewajibku mengikuti kelas kalau nak lulus, aku tak sempat mendudukinya by April spt yg diminta UBC (utk membolehkan enrol Sept 2009), aku hanya ada 2 pilihan..Ubc beri saranan ambik GRE exam kemudian dan masuk enrolment 2010 (Sept), atau aku kena cari alternative ke negara.uni lain d dunia ni...

Selepas perbincanga dgn pihak BLPS, mereka sarankan aku cari tmpat lain atas alasan bulan Sept 2010 terlalu jauh dari Dis 1009 utk ditangguhkan..jadi setelah menimbang tara berbagai faktor termasuk education anak2, bahasa etc, aku memilh Australia/NZ..dan akhirnya spls berhempas pulas mencari, dgn bantuan Dr Abdullah, aku berjaya mendapatkan Dr Simon Shurville dari UniSA utk menjadi supervisorku.. Hanya selepas 1 atau 2 kali berkomunikasi dgn Dr Simon, aku mendapat tahu dia mendapat massive stroke dan UniSA mencari pengganti utkku..Dr Abrar Haider. Alhamdulillah, bagaimana pun caranya, akhirnya Dr Abrar yang ditemukan Allah itu begitu baik orangnya, seorang muslim pula...

Plan asal, nak bertolak Julai, tapi manusia merancang, ttp perancangan Allah adalah terbaik..akhirnya, 5 Dis dihari lahirku, tarikh itulah aku ditakdirkan menjejakkan kaki d bumi Adelaide ini...

Hikmahnya tentu sekali ada, atau banyak..Cuma kita yang mungkin tak nampak semuanya..tetapi setakat ini, aku sendiri merasakan terlalu banyak hikamahnya dgn kelewatan keberangkatanku kesini..banyak perkara yg x akan berlaku atau x akan telaksana/selesai kalau kami bertolak lebih awal..hikmah..atau ujian, hanya Allah yang tahu secara tepat...banyak perkara yg kulihat sebangai hikmah, ada juga kulihat sebagai ujian, dan ada juga yg kulihat sebagai hikmah dan ujian sekaligus...Wallahu a’lam. Apa-apapun, setinggi-tinggi kesyukuran kurafakkan di atas segala kurnianya ini....(..., ESQ165, kerja2 suami yg sempat dilangsaikannya dan byk lg..)..Semuanya dgn kehendak Allah jua..

Dan Alhamdulillah..berita gembira diterima keputusan PTK5 ku-Aras 4. Tp agak menyedihkan markah SKT/prestasiku(2008) merudum jatuh, despite tahun itulah performanceku yg paling terbaik kurasakan..antaranya penggerakUnit Kualiti fakulti (S?U) (menang AKNC lg tu!!), international Conference London, etc etc..entahlah..kuserahkan pd Allah jua..


Hari ini ,2 Januari 2010, hampir sebulan tepat kumenjejakkan kaki di bumi Adelaide bersama keluarga tercinta..Syukur yang teramat dgn suasana baru yang dikurniakan ini..keakraban warga Malaysia di sini, keselesaan tmpat tinggal, keceriaan anak2, kebaikan SV, budaya baru etc.. Namun yang ditinggalkan tetap dirindui setiap masa.... Mujur jg x jadi ke Vancouver, yang tak memungkinkan org2 yang nak datang menjenguk, dtg dgn mudah kerana terlalu jauh & mahal..di sini..lebih dekat dan mudah utk dtg...Lgpun d Vancouver suhunya sentiasa terlalu sejukkk...

Rabu, Disember 23, 2009

http://www.esyariah.gov.my/

e-syariah

KURSUS PENGURUSAN REKOD
(KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)
ZON TENGAH

Oleh Puan Ruzita Ramli




Penyelaras program iaitu Pn Ruzita sedang memberi taklimat ringkas kepada peserta sebelum slot pertama dimulakan oleh Tn Hj Abu Rahman dari Jab Arkib Negara Msia

Shah Alam, 30 Mac 2009 – Seksyen Rekod, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Jabatan Arkib Negara Malaysia telah mengadakan Kursus Pengurusan Rekod bagi kumpulan pengurusan dan profesional Gred LS 41 hingga LS52 di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor mulai 30 Mac – 1 April 2009.

Program ini merupakan kesinambungan dari kursus pengurusan rekod sebelum ini yang telah memberi tumpuan terhadap kumpulan sokongan.



Peserta dibantu oleh fasilitator dari Arkib Negara M'sia sewaktu latih amal pelupusan rekod.

Objektif
Memberi kefahaman dan maklumat tentang prinsip, konsep, perundangan, kaedah dan alat-alat dalam pengurusan rekod kerajaan yang betul dan selaras.
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melaksana dan menerajui pengurusan rekod di Jabatan masing-masing agar diurus dengan baik dan sistematik.
Menyediakan forum untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta mewujudkan jaringan pengetahuan dan kerjasama dalam pengurusan rekod awam.
Mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai keberkesanan standard, peraturan dan prosedur berhubung pengurusan rekod yang sedia ada bagi tujuan penilaian semula serta penambahbaikan yang sewajarnya.




Fail-fail disusun terlebih dahulu sebelum dilupuskan.


Peserta turut diberi tips mengisi fail dalam kotak - tinggalkan ruang yg boleh memuatkan tangan supaya mudah mengambil semula fail & kotak tidak rosak.

Hasil dari kursus ini, peserta-peserta telah mendapat banyak maklumat dan pengetahuan berhubung pengurusan rekod yang melibatkan tugasan seharian dipejabat. Antara yang turut disentuh dalam kursus ini adalah berkaitan format penyediaan memo dan surat, Kaedah pembukaan dan penutupan fail yang betul, kesedaran tentang pemeliharaan dan penyimpanan rekod dengan baik dan sistematik kerana ia merupakan instuitional memory Jabatan pada masa akan datang.

Kursus sebegini akan diteruskan ke Zon Timur, Zon Selatan dan Zon Utara serta Malaysia Timur. Diharap Kumpulan pengurusan dan profesional LS41-LS52 Zon akan datang mengambil peluang keemasan bagi mengikuti kursus ini seterunya mengaplikasikan pengetahuan dan maklumat terkini berkaitan pengurusan rekod konvensional dan elektronik di jabatan masing-masing.

Tamat

E-Syariah Portal

E-Syariah Portal

KURSUS PENGURUSAN REKOD
(KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)
ZON TENGAH

Oleh Puan Ruzita Ramli




Penyelaras program iaitu Pn Ruzita sedang memberi taklimat ringkas kepada peserta sebelum slot pertama dimulakan oleh Tn Hj Abu Rahman dari Jab Arkib Negara Msia

Shah Alam, 30 Mac 2009 – Seksyen Rekod, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Jabatan Arkib Negara Malaysia telah mengadakan Kursus Pengurusan Rekod bagi kumpulan pengurusan dan profesional Gred LS 41 hingga LS52 di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor mulai 30 Mac – 1 April 2009.

Program ini merupakan kesinambungan dari kursus pengurusan rekod sebelum ini yang telah memberi tumpuan terhadap kumpulan sokongan.



Peserta dibantu oleh fasilitator dari Arkib Negara M'sia sewaktu latih amal pelupusan rekod.

Objektif
Memberi kefahaman dan maklumat tentang prinsip, konsep, perundangan, kaedah dan alat-alat dalam pengurusan rekod kerajaan yang betul dan selaras.
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melaksana dan menerajui pengurusan rekod di Jabatan masing-masing agar diurus dengan baik dan sistematik.
Menyediakan forum untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta mewujudkan jaringan pengetahuan dan kerjasama dalam pengurusan rekod awam.
Mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai keberkesanan standard, peraturan dan prosedur berhubung pengurusan rekod yang sedia ada bagi tujuan penilaian semula serta penambahbaikan yang sewajarnya.




Fail-fail disusun terlebih dahulu sebelum dilupuskan.


Peserta turut diberi tips mengisi fail dalam kotak - tinggalkan ruang yg boleh memuatkan tangan supaya mudah mengambil semula fail & kotak tidak rosak.

Hasil dari kursus ini, peserta-peserta telah mendapat banyak maklumat dan pengetahuan berhubung pengurusan rekod yang melibatkan tugasan seharian dipejabat. Antara yang turut disentuh dalam kursus ini adalah berkaitan format penyediaan memo dan surat, Kaedah pembukaan dan penutupan fail yang betul, kesedaran tentang pemeliharaan dan penyimpanan rekod dengan baik dan sistematik kerana ia merupakan instuitional memory Jabatan pada masa akan datang.

Kursus sebegini akan diteruskan ke Zon Timur, Zon Selatan dan Zon Utara serta Malaysia Timur. Diharap Kumpulan pengurusan dan profesional LS41-LS52 Zon akan datang mengambil peluang keemasan bagi mengikuti kursus ini seterunya mengaplikasikan pengetahuan dan maklumat terkini berkaitan pengurusan rekod konvensional dan elektronik di jabatan masing-masing.

Tamat

Ahad, Disember 06, 2009

Adelaide..here we come







Alhamdulillah..sambutan sangat meriah dari kawan2 baru yang belum dikenali di Adelaide...Perfect host..Zara & Fahmi

Khamis, Disember 03, 2009

Hari2 yang meletihkan...

Hari2 terakhir ini sungguh meletihkan..fizikal, mental dan emosional... balik dari raya haji, masih terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan..

Tengahari ni sempat lunch dgn Laila besar, mlam, dinner dgn Laila kecik...mungkin pertemuan terakhir dgn laila kecik..dia menangis teresak2...aku faham kenapa..aku tahu perasaan dia...

Syukur di Adelaide, seorang hamba Allah bernama Siti Zaharah, dgn murah hati menghulurkan bantuan yang tak ternilai harganya...cari rumah, call, nak tgu d airport etc...semiga Allah membalasa segala kebaikannya...

Semalam K Tie call dari Los Angeles. Syukur, dengan kelewatanku meninggalkan bumi Malaysia, membuka rezeki kami bertemu..dia akan balik esok...

Patang tadi, Alhamdulillah jumpa dan say sorry & minta restu dan didoakan- Pn Aliza, Diana, Dr Sharif, Pn Norma, Dato Ray,Dr Nan, K Ram, Zalina, K Ani kerani, Limah, K sha, Sherry, K Mas, Zam , Ustaz, En Rahim, 3 lect baru, K Shima dll..Esok akan umpa lagi, insyaAllah..yang lain2. dr Sharif pesan, bila sampai sana, email...

Diana pula hadiahkan sati file scrap book resepi yg sangat cute..bahagianya..Laila besar hadiahkan telekung yang cantik..laila kecik hadiahkan Al- Quran mukjam..seronoknya...bahagia punya kawan2 spt mereka ..

Selasa, November 24, 2009

Weekend yang occupied

Weekend baru ni 21-22/11 adalah weekend yg sebok sejak Jumaat lg. Pagi2 Jumaat, gi report card day Aliyah.. Yayang jatuh kedudukan dlam kelas dari no3 tahun lepas ke no 4 thn ni..tak pe lah Yayang oi..Umi tetap sayang Yayang..

Pastu rushing ke LHDN sbb pegawai cal suruh isi borang LHDN 2007 & 2007 lak..(hari tu dah isi 2009 nyer. Patut la selama ni tak pernah dpt refund, rupanya, wp buat taksiran bersama, kena isi 2 borang jg..harap2 lepas ni dapat le refund tu (sejak 2001 x pernah dapat pun :-( )

Patu rushing ke sekolah Syakirin & Kak Ngah... K Ngah dpt no 7. Ok la tu..kelas dia mmg semua budak2 pandai..kata cikgu..stiff competition..Anis yg aku kenal dan rasa dia pandai pun, dpt no 8. Terer la Kak Ngah lebih bagus dari Anis, he he..

Gi kelas Syakirin, kejadian yang serupa dgn tahun lepas berlaku lagi...cikgu silap key in markah ..sampai yg fail (40%) pun ada..yg lain2 kebanyakan 70+%. Heran betul..Bau check 1st paper, yg tertulis dlm report card 78%, dalam kertas ujian sebenar 100%. Isk geram jg dibuatnya.. Akhirnya discover semuanya silap. Ustaz tersalah masukkan markah org lain rupanya. Habis satu page kena liquid paper...isk isk isk...


Sempat bermuzakarah dgn teacher Fari ttg pendidikan anak..dia welcome utk Syakirin & Aqilah balik semula ke ISSA nanti..x payah amik UPSR, aim terus amik O level..


Malamnya, ada prize giving ceremony..sungguh meriah..paling best..mungkin coral speaking.. dan kali ini gelaran best student overall yang dipegang Syakirin sejak 32 tahun lepas( sejak sekolah mula ditubuhkan) telah dirampas oleh Alya Qistina...classmate Syakirin jg...dan kebetulannya, sy duduk sebelah mak alya sepanjang majlis berlangsung..dan rupanya parents Alya pun kedua2nya ex-UIA..he he byk kebetulan..

Dan Syakirin & Aqilah memberikan souvenir kepada semua guru2. Teacher Fari (principal/ownwr)pula bg souvenir pd sy...

Esoknya, pagi Sabtu, Ihtifal sekolah Yayang pulak..dari pagi 8am-1tghari..Yayang jadi solo nasyid beberapa buah..best ..comel..tapi sayang, tengah amik video, memory card full pulak...

Petang, kemas rumah dan persiapan utk majlis esok.

Ahad, big event - majlis jamuan sempena nak berangkat ke Adelaide..3-6pm dijadualkan..tapi, before 3pm dah ada yg sampai..sib baik le ada laksa yg asmuni dah buat..si Catere terlambat datang..tetamu dah penuh rumah baru dia sampai..aku le yg kena marah dgn suami...

Sepanjang petang, tetamu datang bertali arus..tak sangka semeriah ITU...aLHAMDULILLAH..SEMOGA DOA2 MEREKA MENGIRINGI KAMI SEPANGJANG PERJUANGAN KAMI MENUNTUT ILMU....dapt yg terbaik..manfaat yang tertinggi...Aminn...


Tetamu terakhir sampai dah magrib..ustaz /Uncle Iqi & Us Safwan?., join sembhyg masghrib, then sembang panjang..Rosnia, pani, Li, anak2 pun duk til malam..pastu penat2 tu pun, akhirnya langkah kaki juga ke Konsert Opick di dewan TNB jalan Bangsar...best!

Balik, penat tul, trus tidur, esok pagi(Isnin) lepas subuh sambung tidur..he he..bangun, tengok 6 miscall, 5 sms, email berderet tgu direply...visa oh visa...

Khamis, November 19, 2009

Kembali lagi...tgu visa PhD

Lebih 3 bulan rupanya blog ini ditutup pintu utk tatapan umum, sekaligus langsung tidak diselenggara/update. 3 bulan yang berlalu ini juga terlalu menyibukkan aku dengan seribu satu macam cerita...suka dan duka..

Urusan PhD - tunggu visa dikeluarkan-skrg pending Confirmation of School Enrolment utk Syakirain & Aqilah..panjang sungguh cerita visa ni pun..dari keluh kesah menanti supervisor baru pengganti Simon yg sakit, menunggu offer letter, menunggu eCOE, urus paspot, visa dan macam2 lg.

Dan dalam kekalutan itulah juga, dugaan berat dtang menimpa, yang kukira sebagai salam selamat datang ke dunia PhDku.. bukan calang2 ujian itu bagiku..langsung tak tercapai di fikiran...telah kulaui 3 bulan lamanya dan masih kuharungi arusnya yang berbahaya...seteruk itu aku terduga..sehingga tiada ruang utkku peruntukkan utk blog ini..blog yang dah bertahun, tapi baru 50 posts. Blogku yang baru dibuat kurang 3 bulan lepas, dah 80 posts, dan yg satu lagi dah lebih 100 posts...

Tuhan, aku tahu Kau mengujikau bersebab..dan atas nama kasih sayang... Kan kuharungi jua ujian itu semoga aku berjaya lepasinya..dah mendapat ganjarannya, menikmati kemanisannya...berakhir dengan yang terbaik...mengecapi hasil kesabaran yang kupertahankan...

Tuhan, permudahkanlah segala urusanku dan keluargaku..KepadaMu aku menyerahkan bulat2 nasibku, disamping usaha dan doa yang tak berkesudahan.. Bimbinglah aku selalu...dalam tindakanku, pemikiranku, fikiranku dan segalanya...

Isnin, Ogos 10, 2009

BAHAYA! TABIAT MEMBUANG MASA

Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung
kepada kita untuk melayarinya". Setiap insane mempunyai jumlah
waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan
kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam
sehari nya.

Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai
"proscastinantion" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,
kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita
untuk mencapai kejayaan menurun.

Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang
masa ini:

MATLAMAT DIKECILKAN

Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu
terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu
besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi
untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat
besar dan tidak kesampaian!

Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar
itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10
ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah
kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,
matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan

TINGKATKAN KEKUATAN TENAGA

Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah
kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan
tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.

Sebab ini adlaah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira
berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak
mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.

Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap
produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun
sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya
melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia
akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif
pada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja
oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa
tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.

Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan
tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam
setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang
beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan
badan anda dengan tekanan kerja.

Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan
disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan
dnegan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di
barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.

Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa
sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti
kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!
Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang
sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!

SUARA POSITIF

Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita
masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negative
seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.
Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya
dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan
kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.

Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan
memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan
sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,
masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.

Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh
kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita
gembira!

Mereka yang optimis akan...
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa
keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima
dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya
memperbesarkan suatu maslaah.

Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka
sering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa
silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih
produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi
seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!

PRINSIP 80-20

Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam
setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!

Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di
ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil
daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda
akan menurun selepas 20% masa anda diambil!

Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat
anda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,
bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi
bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah
bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan
tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data
menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...
atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.

Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.
Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang
benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja
tersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada
kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu
hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama
iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu
diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan
yang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%
daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas
kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan
asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda
sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat
semula.

Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan
kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!

ps: Jangan lagi melengahkan masa dalam memulakan perniagaan. Sertai
seminar "Cara Bagaimana Untuk Mencapai Kejayaan Perniagaan Dalam
Masa Singkat dan Pelaburan yang Minimum" di

http://www.irfankhairi.com/mentor/ik/

(petikan dr email Irfan Khairi)

Sabtu, Ogos 08, 2009

Ujian datang dan pergi...

الم ﴿١﴾ أَحَسِبَ النّاسُ أَن يُترَكوا أَن يَقولوا ءامَنّا وَهُم لا يُفتَنونَ ﴿٢﴾ وَلَقَد فَتَنَّا الَّذينَ مِن قَبلِهِم ۖ فَلَيَعلَمَنَّ اللَّهُ الَّذينَ صَدَقوا وَلَيَعلَمَنَّ الكٰذِبينَ ﴿٣﴾ أَم حَسِبَ الَّذينَ يَعمَلونَ السَّيِّـٔاتِ أَن يَسبِقونا ۚ ساءَ ما يَحكُمونَ ﴿٤﴾ مَن كانَ يَرجوا لِقاءَ اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لَءاتٍ ۚ وَهُوَ السَّميعُ العَليمُ ﴿٥
﴾Al-Ankabut (29): 1-5)

1)Alif Lam Mim
2)Apakah manusia mengira bhw mereka dibiarkan mengatakan :"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji
3)Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka. Allah mengetahui org2 yg benar dan Dia mengetahui org2 yg dusta
4)Ataukah org2 yg mengerjakan kejahatan itu mengira bhw mereka akan luput(dari azab)Kami? Amatlah buruk apa yg mrk tetapkan itu
5)Barangsiapa yg mengharap pertemuan dgn Allah, sesungguhnya Allah itu pasti datang, dan Dialah yg Maha Mendengar lg Maha Mengetahui

Aku sedia maklum, Allah menyediakan dunia in sebagai 'pentas' untuk menguji manusia. Manusia diberikan satu watak..anak sipolan, isteri si polan, etc...Yang anehnya, kita diberi pilihan melakonkan watak itu..protagonis? antagonis? Pelakon itu sendiri yang menentukannya...Dan lakonan itu bayarannya amat lumayan. Pendeknya si pembawa watak protagonis dibayar syurga, antagonis dibayar neraka..kelihatan simple...

Tentu ramai yg akan memilih watak protagonis, kan? Bercakap mmg mudah, tetapi tak semudah membawa perwatakan itu sendiri..Allah tetap akan menguji si pembawa watak baik itu untuk menilai...Manusia akan diuji...itulah pentas dunia..

Ujian datang dlm berbagai bentuk...fizikal, spiritual, intelektual, emosional....Semuanya telah kulalui...dan kini aku diuji lagi...Kuatkah aku menghadapinya??? Tolonglah aku wahai Pencipta..Engkaulah yang memberi/mencipta ujian ini dan kepadaMulah aku kembali dan memohon kekuatan....Ujian kali ni mmg perlukan kekuatan luar biasa utk kutangani....

Jumaat, Ogos 07, 2009

Demi RahmatMU..

Berikanku ketabahan...redhoi ketulusan hati ..aku sanggup berkorban demi RAHMATMU..Ya Allah..ingin bahagia dunia akhirat...

Isnin, Ogos 03, 2009

Konsert Antara Dunia 2009






12.12 am 3 ogos 2009

Hari ni, walaupun agak penat, adalah hari yang menggembirakan, sekaligus hari bersejarah. Bermula dari enjoyment + satisfaction dengan Konset Antara Dunia semalam di Stadium Melawati, hinggalah rentetan2 peristiwa hari ni..kuliah subuh, bergambar dgn tokoh tersohor yang dihormati, autograph buku, etc. Towards petang, awan mendung mula bertamu-ketiga2 anak demam, mak & fizah balik Ipoh & Gerik, suami ada tugas lagi...

KAD'09 menampilkan 5 kumpulan nasyid tersohor - Rabbani, Hijjaz, Raihan, Soutul Harakah(indon) dan Nibras(Makkatul Mukarramah). Persembahan mereka semuanya sangat bertenaga, menghiburkan, penuh pengajaran kerana diselang selikan dengan slideshow/short movie, pentomin, tazkirah etc. Overal, perjalanan keseluruhan program termasuk pembukaan dengan bacaan surah Luqman & tafsirnya oleh 2 qari dan storyteller cilik dari tadika, perasmian dgn pantun oleh MB Kelantan, pemilihan lagu2 etc terasakan bagai sangat 'cantik', indah.

Yang lebih special lagi, konsert ini turut mendapat 'sentuhan' org yang sy sayangi, selaku penasihat kepada adik2 penganjur

Selasa, Julai 21, 2009

Kak Ngah sekolah day 1 lepas cuti lama

Hari ni 1st day Kak Ngah sekolah lepas 3 minggu MC. Jalannya tak berapa sempurna lagi. Tapi nampak dia happy, Alhamdulillah. Aku, suami dan adiknya ambil dia dari sekolah. Pagi tadipun aku hantar dan jumpa guru beritahu keadaan dia.Balik sekolah, aku tanya hal sekolah. Dia kata ok except 2 perkara. Dia kena denda kutip sampah sebab masuk dalam kategori kuku panjang. Heran juga. Baru je aku potong kuku dia dan nampak bersih. Kedua, budak2 berebut, bertolak2 di dewan makan. Nyaris kena dia. Dari pemerhatian aku, sekolah ni, makin lama, makin merosot mutu perkhidmatan dan mesra pelajarnya..... .especially lepas ketiadaan Teacher Nida. Mungkinkah setelah mereka

Jumaat, Julai 17, 2009

Kak Ngah dah pandai jalan

Hari ni, masuk hari ke 20 K Ngah jatuh sinki, lepas seminggu di wad, hamper 2 minggu di rumah, akhirnya hari ni K Ngah kegirangan dapat berjalan sendiri walaupun perlahan2 dan sekali sekala nak terjatuh...

Dari pengalaman K Ngah sakit, ni banyak juga yang saya belajar...terutamanya tentang psikologi anak2. K Ngah seorang anak yang baik i.e tak nakal, mendengar kata, bersistematik, tapi sensitif. Tak sangka dia akan ditimpa satu peristiwa yang unpredictable untuk anak sepertinya. Kemalangan seperti itu mengkin boleh dijangka bagi seorang budak yang nakal. Biala kanak2 spt K Ngah yang kena, traumanya dalam bagi anak itu sendiri. Simpati orang sekeliling juga lebih. K Ngah semasa di wad seperti sedang mengalami dunia baru dalam hidupnya...Bercampur baur- sakit, penat, takut, risau, keliru bercampur seronok (esp bila pelawat datang bagi buah tangan atau duit), bahagia (dapat perhatian lebih dari orang terdekat. Kesian dia...cuba memahami apayang dia lalui...Ada masa dia cemas bila nampak nurse datang utk beri ubat, ada masa dia seronok dah tersenyum bahagia mengira wang yang 'dikumpulnya' dari orang 2 yang datang menziarah.

Dan kebanyakan masa, abah yang menjaga Kak Ngah. Ummi sebok kesana kemari menguruskan urusan2 yang tak tau bila nak selesai. KUmmi tahu k Ngah nak Ummi selalu ada di sisi, maafkan Ummi.. Paling terasa, 2 kali kak Ngah masuk OT, tanpa Ummi yang mengiringi.. Dan dua-dua kali buka mata lepas sedar dari GA (general/full anaestetic), Ummi tiada juga di sisi....